Ini blog saya....
2/06/2014
1/10/2014
1/09/2014
Lunas
Ini kucing peliharaan Mak Ngah dah famili di kampung. Nak citer dulu Syahmi nih agak takut pada kucing, Nampak kucing dekat pun lari-lari sembunyi belakang orang, bila orang usik nak bagi kucing nangis, nak belai sentuh lagi le tidak. Kucing nih dinamakan Lunas. Masa mula-mula dulu lebih kurang 2 bulan lepas Lunas adalah sekecil dalam gambar pertama tu... comel kan??? Kecik kenot je bak kata Syahmi. Syahmi berani tengok je daripada dalam sangkar, setakat pura-pura berani. Bila dilepaskan mengelupur le dia berlari masuk bilik.... kah3..... kelakar bila ingat balik.
Ini gambar terbaru Lunas masa bulan Disember 2013. Dah besar pun dia, badan pun dah panjang, muka pun dah tak comel macam sebelum nih. Ehehhe.... Sepanjang Syahmi tinggal dengan opah di kampung masa ibu berkursus dulu, rupanya dia dah mula berani bermain dan sentuh Lunas. Macam tak percaya pulak kan..... rupanya binatang nih ada tarikan sendiri untuk buat orang sayangkan dia. Bila telefon je anak buah gitau Syahmi tengah main dengan Lunas.... uiks.... satu perkembangan yang baik.
Rupanya Syahmi nih dah mula sayangkan si Lunas. Dia tolong buka sangkar Lunas, tolong tangkap Lunas kalo Lunas keluar jauh-jauh. Pagi-pagi pun bangun seawal 6.30 pagi semata-mata nak main dengan Lunas, Ish... memang macam tak percaya je bila dengar citer, tapi bila tengok dengan mata sendiri barulah percaya... betul Syahmi nih. Seharian tu kat rumah Opah kerjanya tengok tv, main dengan Lunas, makan, main dengan Lunas, main dengan Lunas sampai le ke malam. Pastu jam 9 malam dah penat dan ngantuk. Macam-macam Syahmi ni. Lunas pun mesti boring je asyik kena tangkap je bila lari jauh skit.... takde privacy katanya kan..... ahaksss...... tapi dah Syahmi jenis tak bosan duk tunggu si Lunas....
Nak balik Putrajaya pun hati dah sedih. Jenuh pujuk. "Saya rindukan Lunas, saya nak balik rumah Opah".
Adeshhh..... sebak pulak ibu rasa bila dengar Syahmi cakap gitu. Serius sayu tengok anak bersedih hati gitu. Sampai Putrajaya je dia menangis tiba-tiba. Ya Allah terkejut le jugak kan, ingatkan kenapa... rupanya dia kata dia rindukan Lunas! Allah Akhbar.... jenuh lagik pujuk dan terangkan kat dia elok-elok.
Dalam seminggu lebih le jugak Syahmi bersedih hati dan kadang kala menangis tiba-tiba. Nampak cam ganas tapi hati lembut rupanya. Ahakss....In sha Allah nanti kita balik jumpa Lunas tau...ehehehhe....
Saya nak balik rumah Opah...saya rindu Lunas.....
Saya nak balik rumah Opah...saya rindu Lunas.....
11/20/2013
Baru tau ke......ish ish ish......
Pagi tadi macam hari-hari sebelumnya ikut jalan biasa nak hantar Syahmi ke tadika, tapi rupanya jalan berhadapan dengan tadika dan food court Teja tu ditutup, mungkin ada program agaknya. Alahaiii... semua kereta kena ambil altenatif jalan lalu depan Klinik Kesihatan Presint 9 tu.... sila bagi signer kiri dan pandu ke hadapan ye...ihikkkk....
Dah lama benar tak lalu ikut jalan depan klinik nih.... kalo takde hal memang le tak lalu situ kan...ihikkk.... tadi nak dijadikan cerita semua kereta yang di depan semua lepas dah palang automatik nih... tapi bila sampai kereta kami tiba-tiba palang tu takmau naik ke atas untuk bagi laluan... uikss... cuak gak nih... nak kata kena tekan apa-apa, sah memang tak perlu tekan apa-apa sebab semua kereta lalu cun je tadi.... alahaii.... duk tengok belakang ada kereta pulak ...nak gostan ke nak ke depan nih??? Alahaiiii....
Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya
Tekan minyak kereta ke depan tak jugak palang nih naik...apa yang tak kena pulak nih? Cer gostan pulak... tengok kereta belakang pun gostan gak, agaknya pelik apahal le kereta wira pompuan nih....ermm... try gerak ke depan lagi... tak jugak palang nih terangkat.... aduhhhh.....
Mujur ada sorang nurse nih naik motor kebetulan lalu depan.... sekali tanya dia kata kereta kena berada dalam kotak yang disediakan kat atas jalan tu....baru palang tu akan scan dan terangkat.... lerrrrrr... bukak cermin tingkap skit.... baru nampak rupanya betul ada kotak khas untuk kereta berhenti ...kah kah kah....... terima kasih Cik Nurse yang baik hati..... kalo tak sampai bebila pun kami duk gostan ke depan...... gostan ke depan le alamatnya.....
Ish..ish..ish.... Nampak sangat ketinggalan betui le .... sebelum nih penah lalu sekali je kat laluan tu... tapi kebetulan masa tu palang tu memang terangkat dan tak berfungsi lagi... aduiii malu..malu.....baru tau ke ibu??? Hahahahha...... ayat tak tahan.......
11/13/2013
Majlis Graduasi dan Apresiasi Tadika
Walah.... entry bunyik sangat class gitu kan... ehehhehee
Al kisahnya sabtu lepas tadika Syahmi mengadakan Majlis Graduasi dan Apresiasi untuk meraikan kanak-kanak tadika yang berumur 6 tahun yang bakal berhijrah ke Tahun 1 pada tahun hadapan bertempat di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya. Majlis ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada kanak-kanak tadika yang berjaya mencapai tahap cemerlang dalam ujian penggal pertama dan penggal akhir . Bestkan..
Semua kanak-kanak tadika di situ wajib untuk mengambil bahagian bagi acara persembahan. Tak terkecuali juga si Syahmi tu.... sibuk pot pet pot pet berciter tentang latihan menari yang di ajar Cikgu Amy tu dari 2 bulan lepas.... pandai ke ko menari Syahmi??? Kah..kah..kah.... tak penah ajar pun dia menari... kalo dia tengok orang menari-nari pun dalam televisyen jelah kan..... tapi budak-budak nih memang kalo dilentur dari awal semua dorang boleh buat kan... tambah lak kalo cikgu yang ajar ermm...senang le dorang nak dengar cakap cikgu tu kan..kan..kan...
Macam-macam gaya dan aksi kanak-kanak nih atas pentas... tak larat gelak pun ada dibuatnya....sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh dorang nih menari... takde rasa takut-takut dan malu... nih memang tak dapat dinafikan lagik....self confidence dorang tinggi.... berani untuk bersajak dan bercakap di depan... caya lah cikgu-cikgu!! Cuma yang kelakar, kanak-kanak 2 tahun tu jek yang kaku dan mungkin dorang terkejut tengok ramai penonton duk depan dorang...ehehheheh.... tapi sweet sangat .......
Sampai giliran kelas Syahmi yang menari... yeahh..... Nampak dari jauh anak teruna ku itu menari di atas pentas...keh..keh...keh......terkedek-kedek dorang semua..... perasaan ibu??? Boleh tak kalo ibu cakap ibu bangga tengok Syahmi berani??? Ehehehhe....Dengan pantas ibu dan parents lain yang mana anak-anak ada atas pentas tu kelam kabut ke depan siap dengan kamera dan hepon memasing.... ahakss.... semangat kan parents????
Yang si anak dara comei benar ngan baju kebaya ungu tu... comei sangat..yang si teruna berbaju melayu bersamping lagik....comei sangat budak-budak nih..... yang best gak sepasang baju melayu tu dapat terus rupanya.... ingatkan nak kena pulangkan semula pada Tadika..... kiranya boleh le buat baju melayu untuk pakai Hari Raya tahun depan...keh..keh..keh.....
Walaupun bukan Syahmi yang menerima sijil konvo... bukan menerima anugerah cemerlang.... tapi ibu bangga kerana Syahmi berani naik atas pentas dan menari di depan ramai orang sepenuh dewan tu. Bukan semua orang boleh berdiri depan orang ramai dengan senang hati ye... klo ibu pun belum tentu cool macam bebudak nih... harus jantung berdebar-debar.... panik ya amat..... Bukan le nak bangga semata-mata sebab anak pandai menari kan... mudah-mudahan Syahmi jadi anak yang berani dalam mengharungi apa juga dugaan dan rintangan dalam kehidupan dia yang mendatang... ibu harap Syahmi juga akan berani melaungkan azan, bernasyid dan mengalunkan al-quran di depan orang ramai suatu hari nanti. Dengan izin Allah...mudah-mudahan kan.... Berjaya di dunia dan akhirat. Amin......
Yang si anak dara comei benar ngan baju kebaya ungu tu... comei sangat..yang si teruna berbaju melayu bersamping lagik....comei sangat budak-budak nih..... yang best gak sepasang baju melayu tu dapat terus rupanya.... ingatkan nak kena pulangkan semula pada Tadika..... kiranya boleh le buat baju melayu untuk pakai Hari Raya tahun depan...keh..keh..keh.....
Walaupun bukan Syahmi yang menerima sijil konvo... bukan menerima anugerah cemerlang.... tapi ibu bangga kerana Syahmi berani naik atas pentas dan menari di depan ramai orang sepenuh dewan tu. Bukan semua orang boleh berdiri depan orang ramai dengan senang hati ye... klo ibu pun belum tentu cool macam bebudak nih... harus jantung berdebar-debar.... panik ya amat..... Bukan le nak bangga semata-mata sebab anak pandai menari kan... mudah-mudahan Syahmi jadi anak yang berani dalam mengharungi apa juga dugaan dan rintangan dalam kehidupan dia yang mendatang... ibu harap Syahmi juga akan berani melaungkan azan, bernasyid dan mengalunkan al-quran di depan orang ramai suatu hari nanti. Dengan izin Allah...mudah-mudahan kan.... Berjaya di dunia dan akhirat. Amin......
11/08/2013
11/01/2013
Salam Awal Muharam
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun tahun Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Sayugianya pada hari terakhir bulan Zuljijjah dan pada 1 Muharram dibacakan doa-doa yang berikut :
1. Doa akhir tahun dan awal Muharram
2. Selepas solat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.
Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram pada tahun baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Solihin.
Marilah kita hayati lirik lagu ini..
Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x
Selamat Menyambut Awal Muharram 1435H.
Langgan:
Catatan (Atom)