12/31/2009
Selamat Tahun Baru 2010
12/29/2009
Balik dari bercuti....
12/24/2009
Tips Penjagaan Wajah
Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Tip berikut juga boleh membantu.
1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar
a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.
b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.
c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.
2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar
a. Persediaan Kulit Wajah
b. Cerahkan Wajah
c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
d. Pilih Bedak Yang Tepat
e. Bermain Warna
f. Awas minyak!
3) Buat Si Kulit Kering
Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?
Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.
a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap. b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.
c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.
d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.
e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.
Cuti 3 kali Jumaat
Esok cuti Krismas, kami balik Ipoh... yeyyyyyyyyy....... Selasa baru masuk keja.....
Lupa nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua....
Selamat bercuti .....
12/21/2009
12/16/2009
Mari Membaca
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar...
Oooooooo....begitu rupanya.....
Nih cara-caranya ye....
Opss... kena tunduk skit... kurang jelas...
12/03/2009
Demo demo ELKEN
Ni tempat tekan yer...
Demo ditunjukkan oleh sepupu cara menekan air penapis...ehhehehe
Dari kiri : Air penapis ELKEN, air paip dan air suling yang kami bawa
Dari kiri : Air paip dan air suling menjadi keruh manakala air penapis KEN 2 putih bersih
Motor Gempak
verrrrommm.....verrrommmm......
sapa mau tumpang... mari mari...
yeah... aksi peluk motor...wiiiii....
Jeng..jeng..jeng... inilah rupanyer motor baru Syahmi. Baru je ibu beli dua tiga hari sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni. Amacam..... ganaz ek? ehehhehe..... dapat je terus naik macam tau aje macamner nak gerakkan motor tu.... kelakar.... banyak kali tekan hon ... side mirror di goyang kiri kanan berkali-kali sampaikan tekeluar cermin yang tak rupa cermin tu...ahaksss..... diterbalikkan motor tu semata-mata nak main pusing-pusing tayar moto... adesss..... nih yang tak leh tahan nih.... tepaksa ibu simpan dulu dalam bilik... nk main bebetui nanti baru ibu keluarkan ye..... agaknya kena tunggu dia 2 tahun dulu baru pandai... kaki pun tak sampai betui nak tekan pedal tu.... ehehheheh..... nakai anak ibu nih...
Baby With Transport Contest
ape syarat2 nk join contest ni:
1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....
2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...
3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...
4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...
5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima
6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?
7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...
8. terbuka kepada boy n girl k...
9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...
opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...
wokey... nak join nak join.... nih gambar anak teruna saya bersama motor barunya...ehhehehe...
Nama : Muhammad Syahmi bin Mohammed Sabri
Umur : 1 tahun 6 bulan
Al kisahnya motor ni baru je ibu beli lebih kurang 3 hari sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni. Syahmi sangat teruja dengan motor barunya sampai pelbagai aksi tunggangan dia buat... dan stail ala-ala mat rempit nih salah satu aksi yang agak memeranjatkan ibu. Janganle anak ibu buat aksi macam ni bila besar nanti tau.