About Me

1/30/2013

Mee Udang Kuala Sepetang




Hah... amacam? Terliur tak? Ehehhehe.... entri harinih tayang sikit gambo Mee Udang Mak Jah yang popular kat Kuala Sepetang ni.  Rasanya tak lama dulu ada masuk rancangan Majalah Tiga pasai Mee Udang Mak Jah ni.  Dah lama dengor dan tengok je gambo-gambo mee udang nih dari jauh kan.... so akhirnya dapat le jugak merasa mee udang yang disebut-sebut tu.     Kami semua dewasa je yang pegi, anak dara yang remaja-remaja tu semua duk rumah je. Elok le duk rumah ye, kemas-kemas dan masak apa yang patut ye. Ngeh3.......Yang bestnya mak aka opah Syahmi yang belanja kami semua... ehehehehhe... lagi le sedap kan.... ngeh3.....

Memula kami bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar, saja jalan-jalan dan tengok pasar pagi kat sana... barang-barang boleh le tahan harganya... tapi rasanya pasar pagi Bota, Parit lagi murah dan berpatutan.  Eheheheh.....  Jalan-jalan sekitar pasar pagi, beli murtabak le, apam balik le, air kelapa le, putu bambu le.... kiranya semua yang kami beli lebih kepada makanan. Sebab barang-barang lain rasanya harga sama je macam kat Ipoh.  Eheheh....

Selepas dah kenyang sekadar alas perut, tiba-tiba mak ajak ke Kuala Sepetang makan mee udang katanya.  Wahhh..... bestnya harap-harap kedai Mak Jah tu tak tutup le hendaknya. Daripada Kuala Kangsar ke Kuala Sepetang tak jauh sangat lebih kurang 1 jam lebih je ikut jalan lama.  Tak susah sangat ikut 'signboard' tulis Kuala Sepetang, sampai dekat-dekat situ sepanjang jalan ada 'signboard' Mee Udang Mak Jah menunjukkan jarak kedai tu.  Untuk makluman sebelum tu pun ada banyak kedai menjual mee udang yang lain, tapi disebabkan nak gak cari Mee Udang Mak Jah yang glamer tu, kami terus je sampai jumpa kedai tu. 

Kedai Mak Jah nih bermula jam 12.30 tengahari, kami sampai dalam 12.05 tengahari, so kena le menunggu sekejap kan.  Kiranya kami orang pertama yang sampai situ.  Lepas dah dapat makanan tu, mula le satu demi satu kereta sampai ke tempat parking kedai Mak Jah nih.  Perghhh....... ramai giler orang mula datang semata-mata nak makan mee udang sini...  glamer  kedai nih weh..... 

Udang ada lebih kurang 7-8 ekor dalam setiap hidangan.  Ada lebih kurang 3 ekor yang besar dan yang lain kira sederhana besarnya.  Harga pun berpatutan sangat.  Selain mee udang berkuah, ada gak hidangan lain kuey teow udang, nasi goreng, udang goreng tepung dan pelbagai menu udang lain.  So far kami semua puas hati sebab dapat makan mee udang yang ada banyak udang nih... ehehhehehe...... kenyang.  

Layan gambo dulu ek.....






'Signboard' Kedai Mee Udang Mak Jah



Nasi Goreng Udang dalam sampan... ehehehhee



Mee Udang dan Kuey Teow Udang



Dua orang budak yang sedang asyik main games..



Kedai Mak Jah dari hadapan



 Berpatutan harganya... puas hati







Kepada peminat mee udang disyorkan berkunjung ke kedai Mee Udang Mak Jah ni.  Mudah nak cari kedainya, gerenti tak sesat.  Insya-allah ada rezeki kami nak gi lagi ke sana pasni.  Nak cuba order menu lain pulak. Ehehehhehe...... nyam-nyam.......


1/29/2013

Arini tak nangis

Pagi tadi masa hantar Syahmi ke tadika, dari jauh dah dengo suara nangis sorang budak.  Alahaiiii dalam hati ibu dah risau takut berjangkit pulak kat Syahmi.  Ibu pandang dia tengah jalan , dia selamba je bangun pagi mandi dan pakai baju pun takde masalah tadi, mood sangat tenang dan gembira. Siap tanya boleh tak saya bawak spek mata nih ibu? Amboiiii nak gi tadika pun nak smart2 bagai ye anak ku........

Tapi mana le tau kan dah cuti 5 hari nih....  tiba-tiba mood berubah,tak ke naya dan sadis kan ... kan...

Syahmi yang nampak kawan tadika dia sedang di gendung si ayah budak tu tersengih je dari jauh.  Sambil bukak kasut dan susun atas rak kasut tu dia cakap :- 

Syahmi : Hehe... budak tu nangis ibu.

Ibu : Bukan Syahmi pun nangis jugak ke?

Syahmi : Dulu Syahmi nangis... arini tak...

Ehehehhe..... lawak pulak jawapan Syahmi nih. 

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul semua!! 

1/18/2013

Tentang Syahmi lagi........

 

Pagi nih agak terkejut gak, lepas keluar dari bilik air ... tiba-tiba Syahmi bangun dari katil dan berdiri depan pintu bilik air.  Ermm... selalunya payah benor nak gerak bangun, pagi nih senang baitu..... terus dia bukak baju dan tanggalkan seluar tido dia.... pampers letak tepi.... berdiri depan pintu bilik air lama...

"Assalammualaikum Syahmi... selamat pagi... dah bangun anak ibu nih.... nak mandi dah?"

Senyap je takde jawapan.  Ibu pun cepat-cepat sediakan air suam mandi untuk dia, sebelum dia berubah fikiran kan.  Ehehehehhe.... bagus pulak dia bangun sendiri pagi nih... takde nangis-nangis dah.... alhamdullilah....Pupp... terus dia masuk dalam kolam mandi dia yang kecik tu.  Alhamdullilah......

"Arinih pakai baju melayu tau ibu".

"Yer ibu tau... ibu dah siap gantung tu"

Harinih Syahmi langsung tak sebut ayat tak nak pegi sekolah baru!  Wahhhh.... rasanya semangat sekolah tadika baru dah mula ada dalam diri Syahmi.  Ngeh3....... baru nampak dia semangat gitu... tak macam semalam dan sebelum nih.  Rasanya dia dah boleh adapt environment di tadika baru tu.   Yes!!!! Lega hati ibu....

Sebelum tu lupa nak citer... pagi semalam masa antar Syahmi ke tadika, mak Aliya (Yaya) ada bagitau. Untuk makluman Yaya nih rakan setaska Syahmi dulu, sebab tu dorang kenal.

"Yaya cakap Syahmi nak datang rumah.... Yaya suh masak kuih".

"Ohhh ye ker... rumah Yaya kat mana... hah insyaallah boleh nanti Syahmi pegi ".

Nak tergelak pulak rasanya masa tu.  Pandai pulak Yaya ajak Syahmi datang rumah ye...... tapi oklah tu satu perkembangan baru, asalkan Syahmi rasa seronok sudahhh.....




1/17/2013

Apa turrrr.....







Asyik pegi sekolah jek.......

Bila teringat ayat nih rasa lawak dan sangat nak tergelak......sebab..........?????  Ayat yang keluar daripada mulut Syahmi setiap pagi bila ibu gerak untuk bangun pagi mandi dan bersiap....ayat yang mula-mula keluar daripada mulut dia bila terjaga dari tidur dan terbuka mata dia....

"Ibu, saya tak nak pegi sekolah baruuuuuu.......... "

Syahmi memang berat hati dan dia tak seronok nampaknya bersekolah di tadika barunya.  Mungkin sebab faktor bangun awal dari biasa... kena mandi awal.... tak biasa dengan cikgu dan kawan-kawan sekelas yang baru... atau dia takde kawan baik macam taska lama dulu..... lagipun dia daripada 3 bulan duk kat taska bawah tu... mungkin environment dah berbeza, dia susah nak adapt lagi.....ermmm.... sian anak ibu nih..... Kalo dia tengok balik gambar kat kamera dan laptop masa taska lama, dia suka sangat sambil sengih panjang duk sebut nama sorang-sorang kawan baik dia..... Naufal, Danish Lam.... dia suka sebut nama kawan berdua tu... katanya dorang suka main ngan dia....ermm.. sayu pulak rasanya bila dia macam nih...

Syahmi asyik takde mood je pagi-pagi.... petang balik sekolah jek mesti dia tanya ibu dia arinih sekolah tak? esok sekolah tak ibu? hari apa yg tak sekolah ibu? Ehehehehhehe.... nak tak nak ibu nyer kena le jawab dengan penuh berhemah dan manis mulut... kalo tinggi suarat kang sentap pulak... merajuk..... adeshh.... sangat sensitif gak anak teruna daku ini..... memang mencabar rupanya mendidik dan melayan karenah anak bila dorang semakin membesar... padahal nih baru 5 tahun... panjanggggggggggggggg lagi masa kan.... sabar jelah ibu......

Masa hari pertama dan kedua dia sangat cool dan ok... tapi bila hari ketiga dia mula cakap tak nak ke sekolah baru.  Alahaiiii...... mintak sepupu dan mak sedara dia advise kan pun tak jalan.... dia asyik kata tak best sekolah baru. Ehehehe..... memang sangat mencabar minda dan emosi ibu nih.  Pujuk le gak dengan bawak mandi kolam.... jalan-jalan.... makan keropok.. main games.... dapat le skit convincekan dia untuk gi sekolah baru....

Pagi nih alhamdulilah masa ibu gerak pagi tadi.. .automatik dia bangun pagi tanpa sebut ayat favorite dia tu... ehehhehe terkejut gak ibu nih... bagus pulak anak aku nih bangun tak bebel-bebel...... sambil mata pejam tu duk lagik bersila atas tilam.. usap2 mata.... jengok pulak luar tingkap " Ibu... gelap lagi le macam malam je"... adeshhhhh ada-ada jelah ko nih Syahmi...... suh bukak seluar dan baju pun dibuatnya dengan rela hati tak macam semalam dan sebelum nih..... dia terus masuk dalam kolam mandi dia tu.... duk diam lama dalam bilik air.... ibu memang dah sediakan air mandi suam kat dia tiap-tiap pagi, aritu kena je air sejuk sangat dia nangis tak nak mandi pagi.... adehhhh.... layan le gak sementara waktu nih kan... nanti da biasa mandi le air sejuk ye!

"Ibu... saya tak nak pegi sekolah baru". Aduhaiiii..... ingatkan dah ok rupanya ada gak ketidakpuasan hati dia tu lagi. Eheheheheh... tapi oklah daripada sebelum nih, sekurang-kurangnya nampak perubahan dia... daripada susah nak bangun pagi sekarang dah ok skit....

Tapikan bila ibu perhatikan, Syahmi nih kat rumah je dia duk sebut tak nak ke sekolah baru... bila ibu ambik dia balik dari sekolah petang dia siap nyanyi-nyanyi dan sengih lagik.  Rasanya sebab nak kena bangun awal skit dari biasa dan mandi pagi yang buat dia bagi alasan tak nak ke sekolah baru agaknya....... ermm... apa-apa pun harapnya esok lebih baik daripada harini.... harap-harap Syahmi akan ke sekolah baru dengan perasaan berbunga-bunga dan gembira seperti kawan-kawan lain...... nih baru 12 hari dia bersekolah di tadika baru.... biasanya dalam masa 2 minggu ke atas mesti dah ok.  Harap-harapnya le.....

1/14/2013

Cuti-Cuti Malaysia 2012 - Melaka

Entri hari ini sebenarnya adalah percutian kami ke Melaka pada hujung tahun lepas.  Ehehehe.... baru ada masa skit nak upload dan story mory kat blog nih.  Kami menginap kat chalet di Pengkalan Balak, Melaka.  Kebetulan cuti sekolah masa tu, kebanyakan chalet semuanya penuh, tapi mujurlah ada gak yang masih kosong.  Tapi chalet nih jauh skit le daripada tepi pantai, tak macam chalet lain yang keluar kaki daripada chalet je dah cecah pantai... macam kami kena seberang jalan baru jumpa pantai.  Tapi so far oklah... kiranya 2 tahun lepas pun kami pernah menginap kat chalet Angin Laut nih.  Masa tu Syahmi baru 2 tahun, rasanya ada gak citer kat blog nih.... (kena selak post lama).

Masa nampak pantai dan laut pun skang dia dah pandai ingat nak mandi laut dan main pasir.  Ehehehehhe...... daripada dalam perjalanan duk pot pet tanya ...penat ibu ngan ayah nak jawab tau...... Tapi ibu dalam diam-diam dah prepare toys dan baju mandi Syahmi... lalalalala..... 

Kiranya percutian 3 hari 2 malam nih sangat menyeronokkan Syahmi. Hari kedua dan ketiga sebelum balik sibuk duk cakap nak mandi laut.  Ehehehe.... mandi sampai kecut tangan dan kaki abihs... amik ko!... 

Makan malam seafood yang fresh kat restoran Nelayan Sg Baru..... jalan-jalan sekitar Bandar Hilir... Pantai Klebang... Pantai Puteri .. dan merata-rata ayah bawa seolah-olah macam jadi pemandu pelancong kami lak... ehehhehe..... 

Kiranya penutup tahun 2012 berjaya melangsaikan misi untuk percutian bersama keluarga.  Alhamdullilah....... lain kali ada rezeki kita berjalan lagik....... yeahaaaaaaa


















AEON Sales!!

Yuhuuu.... AEON Sale kembali lagik!!! Mula daripada 12 Januari 2013 hingga 10 Februari 2013. 

Ermm...... tengah berkira-kira nak shopping nih..... tak sabar tunggu bonus.... yeahaaaaa

1/07/2013

Selamat Tahun Baru... Citer baru... azam baru???

Haiii..... lamanya tak meng'update' blog ni.  Dah bersawang-sawang nih.... ehehehhe... Untuk permulaan tahun baru ni.. nak merajinkan diri untuk meng'update' blog ... ada macam-macam citer dan gamba yang nak di kongsikan bersama kawan-kawan semua.....  nanti kita jumpa ye!!!!!