About Me

3/29/2012

AEON IPOH STATION 18 OPENING 29 MARCH 2012






Seronok..seronok..seronok dan sangattttttttttttttt seronok kerana..... kerana AEON IPOH STATION 18, IPOH - OPENING 29 MARCH 2012.........yeahaaaa..........





Abih tu nape suka sangat pulak?






1) Sebabnya Jusco baru ini adalah Jusco atau nama barunyer sekarang adalah AEON yang terbesar di Ipoh.





2) Ianya dibuka secara rasminya hari ini..... kami akan balik ke ipoh hari sabtu nih jadinya AEON akan menjadi tempat utama untuk bershopping dan melepak nanti....





3) AEON ini terletak hanya 20 minit dari rumah kampung ....... suka ..suka... suka.....





dan selalunya kalo opening nih mesti best le jugak sales nya kan... harus jengok mana le tau kut-kut ada yang spesial harganya kan kan kan........ untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh klik http://aeonretail.com.my/aeon/aeon_ipoh/promotions.html






3/28/2012

Petua Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer

Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop. Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih.



1. Lakukan Pemeriksaan Mata


Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.



2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian


Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.



3. Kurangkan Silau


Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya. Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya. Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.



4. ‘Upgrade’ Monitor


Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer. Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.



5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer


Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.



6. Kelipkan Mata Dengan Kerap


SENAMAN: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.



7. Rehatkan Pandangan


Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.



8. Luangkan Masa Untuk Berehat


Pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama. Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.



9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda


Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda. Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.



10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer


Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue. Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.


3/16/2012

Muslimah Sejati Bagaikan Bidadari di Syurga

Hai... assalammualaikum dan selamat hari Jumaat... tadi baca suratkhabar dalam ruangan mega agama... tertarik pula pada ruangan di situ ... insaf diri serba kekurangan... sempena hari Jumaat hari yang mulia ini, mungkin kita boleh sama-sama baca jadikan renungan diri saya sendiri dan juga kita semua.



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31)




Huraian :



Ayat ini merupakan perintah Allah SWT. Kepada wanita-wanita mukminat agar menahan pandangannya dari apa yang diharamkan Allah untuk dilihat oleh kaum wanita, Islam menggalakkan terutamanya kepada kaum hawa untuk menutup aurat. Pentingnya seseorang wanita itu menjaga aurat ini adalah kerana aurat boleh menyebabkan timbulnya sesuatu fitnah kepada golongan wanita juga kemusnahan di bumi. Seperti yang kita lihat pada zaman kini ramainya wanita-wanita tidak menutup aurat kerana terpengaruh dengan budaya barat. Gejala sosial yang berlaku terhadap golongan wanita seperti membuka aurat tanpa segan silu di depan umum telah menyebabkan meningkatnya kes pembuangan bayi.



Antara ciri-ciri wanita solehah adalah tidak mahu memandang dan tidak merelakan diri untuk dipandang oleh lelaki yang bukan mahramnya. Wanita juga dilarang dari memakai perhiasan berlebih-lebihan yang boleh menimbulkan fitnah. Dan Allah berseru di penutup ayat ini, " bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung".



Kesimpulan:

Tidak salah bagi golongan wanita mahu berhias, kerana kita sendiri telah maklum bahawa wanita merupakan perhiasan di dunia, tetapi kita diharuskan berhias mengikut syariat Islam dan tidaklah keterlaluan. Seperti kisah yang berlaku melalui peristiwa Israk Mikraj yang mana Rasullullah S.W.T diangkat ke langit. Baginda memberitahu kepada umatnya setelah di angkat ke langit mengenai ramainya kaum wanita di Neraka. Subhanallah, semoga kita menjadi muslimah yang bertakwa agar dijauhkan dari azab seksaan api neraka.




















Sumber : Utusan Malaysia, Jumaat 16 Mac 2012

3/15/2012

AEON Sale 10 Mac - 1 April 2012




Semalam kebetulan ke Jusco IOI Puchong baru tau ada sales rupanya.... So marilah terjah ke AEON Jusco yang terdekat untuk beli belah keperluan dan kehendak yang di idamkan itew.... ehehehehhehe....


Satu lagi nak citer, sekarang tengah promosi AEON & REPLACE untuk JCard dengan gantian kad baru AEON Member Card percuma sehingga 30 April 2012. Wahhh... bestkan... walau bagaimanapun untuk renew kad baru tetap kena bayaran rm12 setahun...ehehheee



















Ermm... En Suami terima kasih ye belanja kami dinner Pizza Hut semalam.... Syahmi pun makan sangat berselera ... Alhamdullilah ....

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Hari ini 15 Mac hingga 18 Mac 2012 acara Hot Balloon akan bermula... dari kejauhan dah nampak tiga empat biji belon panas yang besar-besar kat area Monumen Alaf Baru tu... banyak gak kereta yang memenuhi lapangan parking situ..... ermm..... budak-budak cuti sekolah semua mari ajak emak ayah masing-masing berkunjung ke sana ye..... rasanya kalinih kami tak pegi kut.... dari umah atau dari tepi jalan dah boleh nampak belon-belon tu..... nak pegi ke sana dengan Syahmi yang semakin aktif tu tidak le kut.... cukupla dah pegi sekali bawak Syahmi dulu.... ehheheheh....






Maklumat lanjut boleh klik sini http://www.myballoonfiesta.com/






3/13/2012

Luqman....... cepat baik ye

Khamis lepas kami balik menziarah anak sedara, Luqman yang berada di hospital akibat eksiden motor petang Rabu sebelumnya. Terkejut gak dapat panggilan dari Ifwat malam Rabu tu. Sampai Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh dah lewat lebih kurang jam 5 petang gitu.... terus gi ke wad yang berada di tingkat 1.. sib baik naik tangga setingkat je..nak tunggu lif punyalah ramai orang beratur menunggu.




Ermm.... sedihnya tengok keadaan Man masa tu... mukanya bengkak kiri kanan akibat rahang patah, bibir pecah kena jahit, dagu juga pecah kena jahit, gigi atas juga patah ..... alahaiiii...apapun syukur alhamdullilah dia selamat... bahagian muka je cedera yang lain-lain alhamdullilah ok. Syukran... (Maksu ada snap gambo tapi utk jaga kehenseman ko maksu x nak dedahkan gambar itu di sini...ehehehehhe). Jangan risau....




Semalam hari Isnin, dia dah selamat menjalani pembedahan betulkan rahang kanan yang patah.. kata Yong doktor masukkan 3 plet ke dalam mulutnya.. erm.... tak dapat bayangkan macamner... sakit jelah yang dapat dirasakan... walau apa pun semuanya dah ok... pasnih kena berehat lagik di hospital dan makan le ubat dengan baik ye Man... kami doakan semoga Man cepat baik dan lepas nih boleh naik motor laju-laju lagik ye....!!!... Opss... no no no.... bwk motor hati-hati lenkali... kalo ujan atau tak ujan jgn bawak laju-laju tau... ingat yang tersayang.. ingat mak dan ayah tu... sian depa.... cepat baik dan boleh bergurau senda macam biasa nanti ye..... Yong telefon bagitau Man dah boleh keluar tengahari ni.. alhamdullilah... so rehat le serehat-rehatnya kat rumah nanti ye.....





Jangan tak makan tau... nanti takde tenaga dan lambat baik pulak nanti..... lepas nih nanti kena minum susu bagi tambahkan kalsium dan kuatkan tulang...tengah muda lagik nih cepatle tulang nak baik.... esok-esok dah tua payah.....


Opah masak sambal tumis nanti sedap-sedap ... huhuhuuuuu.... telan air liuq jelah nanti dari kejauhan sementara waktu nih ye.... ngeh3......








3/01/2012

Botol susu ooooo botol susu

Ibu sedang mencari botol susu dan bekas air yang sesuai untuk menggantikan botol susu yang sedia ada sekarang untuk hero kecik Syahmi. Syahmi tahun depan nak sekolah tadika jadinya ibu rasa elok la Syahmi guna botol susu yang agak sedikit 'matured' dengan umur yang bakal mencecah 5 tahun, tahun 2013 nanti. Dah berderet jugak le ibu belikan botol susu untuk Syahmi, tapi bila yang bukan berputing je mesti tak berapa berkenan, bila suh minum dalam gelas atau cawan pulak..minum susu nya sikit je tak abis... mungkin feeling semasa minum guna botol susu yang berputing tu lain daripada feeling minum guna gelas atau botol lain. Bila dah biasa guna botol gitu janggal pulak nak bertukar ke botol lain kan.... ibu faham... tapi Syahmi kenalah cuba dan cuba dan cuba.... Ehehehe......



Botol susu pun berwarna warni sekarang nih banyak kat pasaran... pilih aje mana yang berkenan di hati dan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak kita.....ibu pulak yang rambang mata nengok..keh3.... ibu doakan Syahmi bekenan le hendaknya bila ibu beli yang baru nanti ye....













Botol susu tupperware yang diguna sekarang









Botol MAM sekali dua je dia minum pastu terus tinggal.... mahei tu Syahmi ooiiii....












Botol Tommi Tippee yang ibu baru beli... tak tau le macamner pulak penerimaan Syahmi dengan botol nih....nih beli sebab ada sales....ehehehhee









Sesiapa yang berminat nak beli barangan anak-anak tu boleh le jengok kat http://www.mybbstore.com dan ini juga http://www.littlewhiz.com/ . Ada sales yang menarik kat situ....