About Me

3/16/2012

Muslimah Sejati Bagaikan Bidadari di Syurga

Hai... assalammualaikum dan selamat hari Jumaat... tadi baca suratkhabar dalam ruangan mega agama... tertarik pula pada ruangan di situ ... insaf diri serba kekurangan... sempena hari Jumaat hari yang mulia ini, mungkin kita boleh sama-sama baca jadikan renungan diri saya sendiri dan juga kita semua.



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An Nur : 31)




Huraian :



Ayat ini merupakan perintah Allah SWT. Kepada wanita-wanita mukminat agar menahan pandangannya dari apa yang diharamkan Allah untuk dilihat oleh kaum wanita, Islam menggalakkan terutamanya kepada kaum hawa untuk menutup aurat. Pentingnya seseorang wanita itu menjaga aurat ini adalah kerana aurat boleh menyebabkan timbulnya sesuatu fitnah kepada golongan wanita juga kemusnahan di bumi. Seperti yang kita lihat pada zaman kini ramainya wanita-wanita tidak menutup aurat kerana terpengaruh dengan budaya barat. Gejala sosial yang berlaku terhadap golongan wanita seperti membuka aurat tanpa segan silu di depan umum telah menyebabkan meningkatnya kes pembuangan bayi.



Antara ciri-ciri wanita solehah adalah tidak mahu memandang dan tidak merelakan diri untuk dipandang oleh lelaki yang bukan mahramnya. Wanita juga dilarang dari memakai perhiasan berlebih-lebihan yang boleh menimbulkan fitnah. Dan Allah berseru di penutup ayat ini, " bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung".



Kesimpulan:

Tidak salah bagi golongan wanita mahu berhias, kerana kita sendiri telah maklum bahawa wanita merupakan perhiasan di dunia, tetapi kita diharuskan berhias mengikut syariat Islam dan tidaklah keterlaluan. Seperti kisah yang berlaku melalui peristiwa Israk Mikraj yang mana Rasullullah S.W.T diangkat ke langit. Baginda memberitahu kepada umatnya setelah di angkat ke langit mengenai ramainya kaum wanita di Neraka. Subhanallah, semoga kita menjadi muslimah yang bertakwa agar dijauhkan dari azab seksaan api neraka.




















Sumber : Utusan Malaysia, Jumaat 16 Mac 2012

Tiada ulasan: