About Me

9/10/2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Dalam diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa. Ada lebih kurang 10 hari je lagi nak raya. Kejap je rasanya masa berlalu. Di kesempatan ini Nora ingin mengambil peluang memohon kemaafan andai ada ketelanjuran bahse atau perbuatan sepanjang pergaulan kita semua sebelum ini. Bagi yang nak balik ke kampung halaman tu, berhati-hati memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Yang tak sempat buat baju raya tu beli aje lah yang ready made. Ehehehe... Yang tak sempat buat kuih raya pun beli ajelah.. tu yang mudah dan cepat. Ehehhehe...

Dengan adanya wang saguhati dari PM kita tu gunakan le sebaik yang mungkin ye. Walaupun sedikit tapi bolehla lepas tol dan duit minyak kita skit. Ehehehehhe....

Salam Aidilfitri dari Nora, Sabri dan Syahmi.

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

9/09/2009

Mask

Musim H1N1 nih syahmi pun kena pakai mask tau. Biasanya kalo ibu yang pakaikan mesti syahmi dah tarik2 mask tu tak nak pakai, tapi time ayah yang bagi pakai leh wat diam je.. mcm dah biasa pakai....nak tarik ke nak pegang pun idak... eiiii... geramnyer ibu. Ayah sengih nyer tengok anak dia pakai mask.. sampai balik shopping kat alamanda syahmi tak usik2 pun mask tu... tertido atas buggy pun dgn mask sambil tertutup mata...kah kah kah.... memang lawak le syahmi nih.....


Amboi gayut dgn sapa tu



9/08/2009



































Hah... gambar-gambar kat atas tu adalah semasa sambutan hari jadi anak teruna i, Syahmi yang pertama aka setahun usianya di kampung Ipoh dua hari sebelum tarikh hari jadinya yang sebenar. Ehehehe... semua anak buah..opah...mak2 sedara syahmi excited nak celebrate hari jadi dia.... ada yg tukang tiup belon.. gantung belon... opah dia yg tlg masak mcm2... yang tlg decorate ruang tamu... yang tlg jemput orang....perghhh...... bak kata mcm ada AJK Adhoc ditubuhkan le dgn tugasan masing-masing. Syabas semua dengan penat lelah korang majlis hari jadi Syahmi berlangsung dengan meriahnya. Selamat Hari Jadi Syahmi... jadi anak ibu yang baik dan dengar cakap ibu tau....dah besar nanti jadi orang yang berjaya, ibu doakan selalu...