About Me

5/30/2011

Dah ketattttt....

Arrghh tulung tulung ..... seluar jeans lama dua tiga helai dah ketat le ... nak kena carik lain nih.... saiz pun dah lain sekarang.... alahaiiii

5/25/2011

Hari gaji... hari untuk membayar hutang piutang segala2 nya... balance yang tinggal??? adess.......

5/23/2011

Sedihnya.... berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.. tak dapat menahan air mata daripada terus mengalir bila merenung gambar-gambar dalam surat khabar dan berita malam semalam dan kelmarin pasal kejadian tanah runtuh ini.


Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh baru-baru ini di Ulu Langat, Selangor. Al- fatihah ......


5/20/2011

Selamat datang baby Harith Iskandar ....

Memperkenalkan orang baru dalam keluarga Haji Nasir iaitu ----> Mohammad Harith Iskandar bin Muhammad Ifwat......
















1hb Mei 2011 yang lepas anak sedara yakni sepupu Syahmi telahpun menerima kedatangan orang baru ke dalam keluarga dorang. Muhammad Harith Iskandar, berat 2.72 kg selamat dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Walaupun Harith adalah bayi pramatang, namun perkembangan kesihatannya alhamdullilah memberangsangkan. Kini berat Harith dah pun 3 kg... sonoknya tengok dia... asyik tido je.... nak dengar suara dia menangis pun payah sangat... ehehhehe..... cepat besar ye nanti leh main sama-sama ngan abang Syahmi tau!! Ihikkk....



Tahniah Tasha dan Ifwat... semoga bertambah ceria dan bahagia dengan adanya Harith.... terimalah sedikit pemberian dari Mak Ngah, Cik Nandong dan Maksu tu ye.....






5/19/2011

Jamuan Perpisahan......




















Selamat maju jaya di tempat yang baru En Sidin.... all the best!!!



5/18/2011

BBQ

















Hah.... makan daripada pagi sampai ke malam ..... dah jadi macam ular sawa masing-masing... keh3.... alhamdullilah... kenyang.... best





Majlis Hari Jadi Ke-3 Tahun di Rumah Opah










Pakaian yang mengikut tema pink biru.... baguih baguih...
cuma birthday boy lain skit lari tema... muahaaaahahaa.....








Selepas potong kek hari jadi Syahmi... para ibu-ibu pula diwakili oleh Mak Ngah Syahmi memotong kek Mother's Day.... kek blueberry cheesecake...nyam..nyam sedapp.....yeayyyy......













5/08/2011

HAPPY MOTHER'S DAY

Ibu... ibu.... engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu.... ibu.. engkaulah ratu hatiku....


Syahmi pandai nyanyi lagu nih.... tak tau le dia faham ke tak makna lagu nih... ehehhehe... apa pun tadi pagi masa suh dia hug ibu... dia ucap tima kasih.... erkk... agaknya sebab sebelum tu ibu hadiahkan dia present hari jadi kat dia agaknya... ihikkk.... tak kisah le bila tanya dia Syahmi sayang ibu tak? Jawapan dia.... Syahmi ayang ibu.... dengan pelat2 nya iteww.... sayang syahmi jugak.....suh dia cakap Selamat Hari Ibu.... dia pun ikut gak sebut dengan pelat2 nya iteww sekali lagik...

Semalam dah telefon mak untuk wish dia ... terima kasih mak... you are the best! Terima kasih atas kasih sayang mak yang tak berbelah bagi buat kami adik beradik selama ini.... terima kasih juga atas kasih sayang mak terhadap Syahmi.... terima kasih....



5/06/2011

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD SYAHMI YANG KE 3 TAHUN

Alhamdullilah semalam 5hb Mei Syahmi dah pun genap 3 tahun. Besar dah anak ibu nih.




Seperti mana yang dirancang, ibu sengaja buat sedikit sambutan bersama kawan-kawan di Taska walaupun sebenarnya berniat nak buat sambutan bersama opah dan famili kat kampung minggu depan. Tapi takpelah bukan selalu pun kan... hanya setahun sekali je.... apa salahnya.... ada rezki lebih elok la dikongsikan bersama-sama kan....




Credit to Cik Rin kerana berjaya merealisasikan kartun favorite Syahmi iaitu Dora The Explorer dan Go Diego Go ke atas kek hari jadi yang sangat menarik dan tertarik itu, sapa-sapa yang berminat untuk mendapatkan tempahan kek dan coklat boleh layari http://www.creamchoc.blospot.com .





SELAMAT HARI JADI SYAHMI !!!! IBU DAN AYAH SAYANGKAN SYAHMI.




Kek Dora & Diego




Birthday boy sedang memotong kek hari jadinya



Bersama ibu sedang berposing..sambil kawan-kawan di belakang dengan

sabar menunggu untuk menyerang kek...keh3...





Kawan-kawan Syahmi di Taska





5/04/2011

1 hari lagi Syahmi genap 3 tahun...

Yeay..... Syahmi akan genap 3 tahun esok.... tak sabar nak tengok kek yang ditempah dari Cik Rin nak bawak ke taska esok.... yeahaaaa