About Me

10/31/2011

Korean Drama yang seterusnya....




Seperti biasa..... bertambah lagi koleksi drama yang difollow iaitu PROTECT THE BOSS... memang tak kering gusi asyik gelak dari episod 1 hingga episod 5 (buat masa ni) tengok drama nih..... terutama aksi lakonan heronya yang sedikit macam nakal2 kebudak2kan tu.... bestttt.....

10/22/2011

Yeahhhhhh sukses!!

Tahniah kepada semua warga JANM dan warga BPPP khususnya kerana telah berjaya menerima Sijil Amalan 5S pada hari Jumaat baru-baru ini. Penat lelah semua pihak daripada segala segi sumbangan yang diberikan... komitmen yang padu ... dengan kerjasama semua sangat memberangsangkan..... perghhhh lega rasanya...alhamdullilah...

Selepas ni semua yang telah dimulakan harus diteruskan dengan menten... erk.. agak-agaknya boleh ke menten ek??? ehehheheee.... opsss harus berpikiran positif..... menten..jangan tak menten... ihikk...

Misi seterusnya ialah hantar SKT melalui HRMIS sebelum hujung bulan ini... kemudian update Fail Meja sikit sebelum bengkel di PD nanti ... aiyakkk... banyak le pulak task nak kena buat nih...tapi takpe still got a time.. chewah bahse omputih le pulak...

Sekali lagi tahniah kepada semua geng Zon 2 SIGMA....jadi ke nak open table celebrate nih??? ngeh ngeh ngeh ......


10/19/2011

Kes langgar budak 2 Tahun

Sedih..kecewa..pilunya bila tengok video pasai kes langgar lari budak 2 tahun di China nih semalam.... kebetulan kami dua beranak yang duk depan tv tiba-tiba terkesima sekejap bila tengok Berita TV3 jam 8 malam. Syahmi yang tak penah nak kusyuk tengok berita pun tiba-tiba berminat berhenti daripada main basikal dia tu dan datang duk sebelum ibu. Agaknya dia heran pasai apa ibu duk bebel depan tv.




Ibu : Ya Allah.... gila betul le manusia nih.... kesiannya budak tu....

Syahmi : Nape ibu... nape?

Ibu : Tu...kesian budak tu kena langgar... lori dah nampak dia tapi dia langgar jugak... gila
Syahmi : Kesian budak tu... gila le orang tu kan ibu... gila

Ibu : Memang gila pun Mi.... takde perikemanusiaan langsung... orang lalu wat tak tau je.... eeiiiii kesian dia...



Erk..... terlalu emosi rasanya bila tengok video nih... sampai lupa nak tapis wording 'gila' tu depan Syahmi... memang tak dapat nak kontrol perasaan kecewa dan marah bila tengok kes macam nih.... tiba-tiba baru teringat,tak baik pulak guna perkataan kurang elok macam tu depan anak... nanti dia ingat perkataan tu suka-suka je dilafazkan pada orang... eeiiii...harus diperbetulkan...




Syahmi : Gila le kan ibu...

Ibu : Erm.... tak baik macam tu kan Mi.... berdosa...

Syahmi : Dosa dia kan ibu....



Hahahaha.... lega Syahmi dah lupa perkataan gila yang ibu sebut tadi.... ehehhehe.... lupa diri jap tadi... memang hangat hati ..... lastnya berjurai gak air mata nih..... memang sedih... sangat sedih....kenapa takde sapa yang sudi membantu anak kecil tu... bukannya tu anak patung... tak bersuara dan takde nyawa? Takde sapa ke rasa kesian dengan keadaan budak tu yang parah? Dan pemandu lori yang langgar budak tu takkan tak boleh nak mengelak? Kalau dah langgar takkan tak boleh nak bantu?????? Kalo iyapun yang lalu lalang situ takkan langsung tak boleh bantu? Kenapa?????????????????



Boleh tengok video berkenaan kat sini :-

http://my.news.yahoo.com/video/world-26300172/disturbing-video-of-a-hit-and-run-26983424.html

10/17/2011

Scent Of A Woman Korean Drama




Yeah.... go go go....... sedang mengikuti drama nih pulak rentetan daripada rekemen dari Cik Nandong... best katanya... dan terbukti memang best citer nih.... komedi romantik....



Heroin Kim Seon Ah (sebelum ni berlakon drama My Name is Kim Sam Soon/Night after Night dll))


Hero Lee Dong Wook (sebelum ni berlakon drama My Girl/The Partner dll)






Layanzzzzzz........