About Me

12/31/2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat datang tahun 2010...... Selamat tinggal tahun 2009....
Selamat tinggal kenangan... selamat datang harapan....
Semoga tahun 2010 akan memberi sinar kebahagiaan kepada semua dan memberi keazaman yang jitu untuk sama-sama memperbaiki kehidupan kita supaya diberkati Allah SWT. Mudah-mudahan......
SELAMAT TAHUN BARU.......

12/29/2009

Jadual Gaji Tahun 2010






Balik dari bercuti....

Malehnyer nak keja arinih... dah cuti lama.... Syahmi pun bangun lambat lagi pagi ni.... ibu gak nak kena gerakkan, kalo dibiarkan alamatnya tak bangun-bangun le dia tu....
Balik kampung kalinih Syahmi dah baaaaanyak berlari saaanaaaa siiiiiniiiiii .... dan akhirnya jatuh berdebab di atas pasir....ehehheheh.. kalo kat umah sini kalo jatuh pun atas lantai je la.... tangan dia berdarah luka...... pastu main-main ngan anak buah yg lain jatuh lagi kena lutut kanan pulak...ish ish ish..... hero tul anak ibu nih... tau lak sakit dia ngadu.... ehehhehe..sian... takper orang lelaki kena tahan sakit... baru kuat tau..... ibu letak minyak dh ok skit....
Muka lak kiri dan kanan bercalar... pasaipe tahler... mana dia main tengok-tengok dah bercalar... lerrr.... nakai sungguh le anak ibu nih..... Tak dapat nk snap gambar masa balik ke kg aritu pasai bateri kamera weak.... lupa bwk charger.....
Opss....nak citer tadi tengok kat blog yang anjurkan contest Baby With Transport tu masa Top 10, Syahmi ada tersenarai sama... ehehhehehe...... okla tu alhamdullilah.... tp mungkin takde rezki kami.... Top 5 tak terpilih... walau bagaimanapun ini pengalaman pertama masuk contest.... best.... ----> http://ijanmemory.blogspot.com/2009/12/top-10-baby-with-transport-contest.html

12/24/2009

Tips Penjagaan Wajah

Hah... citer pasai penjagaan muka lak...muka berminyak macam gue nih payah nk jaga.... mehla kita share benda yang bagus sesama kan....


Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas, iaitu membersih, menyegar dan melembap. Tip berikut juga boleh membantu.

1) Pelembab Untuk Kulit Sihat Dan Segar
a. Kulit Normal
Kulit jenis ini sebenarnya memiliki kandungan minyak yang semulajadi. Tetapi, adakalanya kulit menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan supaya memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen. Jika menggunakan pelembab jenis AHA, jangan gunakannya terlalu kerap, cukup sekali atau dua kali seminggu.

b. Kulit Kering
Kulit jenis ini sangat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur pada setiap hari. Krim malam ini berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda remaja.

c. Kulit Berminyak
Sebenarnya mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kalenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting sekali ia berasaskan air. Pelembab jenis AHA amat disarankan kerana ia membantu membuka pori-pori yang tersumbat.

2) Tips Untuk Solekan Natural dan Segar
a. Persediaan Kulit Wajah
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ini diikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, bahkan apabila ia tidak sesuai dengan kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Selain itu, jangan lupa sapukan pelembap untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah
Ingat! yang anda cari adalah kulit yang bersinar dari dalam, bukan yang berkilat kerana berminyak. Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukankan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapukkan bedak.

c. Periksa Cela-cela Pada Wajah
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela-cela yang terdapat pada wajah.Tetapi, jika ia terlalu tebal dan banyak, ‘concealer’ hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ anda secara tipis di tempat yang bernoda sebelumnya menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain Warna
Tampil dengan mekap tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah dan oren lembut. Untuk mata, sebaiknya pilih yang berjenis ‘matte’. Hindari pembayang mata yang ‘glossy’. Jangan lupa sapukan pemerah pipi senada dengan warna gincu agar anda nampak segar berseri.

f. Awas minyak!
Akhir sekali, jangan lupa membawa kertas minyak atau pun tisu muka di dalam tas tangan anda. Kedua-dua barang ini diperlukan untuk menyerap minyak pada wajah. Cara ini lebih baik diguna pakai daripada anda harus mengaplikasikan bedak setiap sejam sekali kerana muka yang berminyak. Malah, ia juga menjimatkan penggunaan bedak muka anda.


3) Buat Si Kulit Kering
Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia anda yang sebenar? Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah. Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?
Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri. Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya hanya mencacatkan penampilan. Kulit kering memang memerlukan penjagaan yang rapi dan anda seharusnya mengikuti langkah-langkah tersebut untuk memiliki kulit wajah idaman.

a. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap. b. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kusamnya kulit. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

c. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

d. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

e. Gunakan tuala yang lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.
f. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

Cuti 3 kali Jumaat

Minggu lepas hari Jumaat Awal Muharam, cuti umum. Minggu nih lak Krismas jatuh pada hari Jumaat, cuti umum. Minggu depan hari Tahun Baru 2010 jatuh pada hari Jumaat gak, cuti umum. Perghhh..... tiga kali Jumaat cuti...bestnya.....

Esok cuti Krismas, kami balik Ipoh... yeyyyyyyyyy....... Selasa baru masuk keja.....

Lupa nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua....

Selamat bercuti .....

12/21/2009

Edisi Tambahan Wall Sticker.....


Dinding bilik air



Dinding bilik Syahmi




Dinding bilik Syahmi

12/16/2009

Mari Membaca

Rajin adik rajin... rajinlah belajar...
Bila besar nanti boleh tunjuk ajar...

Ahakss..... Syahmi nih mula tunjuk minat membaca lak lately, tengok gambar dan tunjuk2 atas tulisan ... waduhhhh..... sambil ngomel2 dengan bahse Jerman nyer itu.... ehheheheheh.... Abih buku cerita ibu yang atas rak buku tu digeledahnya tiap kali masuk bilik..... adehhh pening nak susun nyer semula... sabor jelah anak ibu nih...
Nih lak dia pandai-pandai amik buku dari dalam bilik ibu.. pastu terus duk atas sofa.. nampak sangat tekun ya amat anakku ini membaca dengan muncung-muncung nyer sekali...wakkakaka....
Masa kejadian nih berlaku...ibu kat dapur.... sesekali pelik tengok apsai le anakku itu tekun benar menunduk... begitu asyik sekali ngan bukunyer itu....selalunyer seminit pun dia tak reti duk diam.... emmmm .... bukan buku abc dia pun tu.... pelik gak ....
Diam-diam ibu mengintai dekat... amboiii rajinnyer dia.... amik henpon tangkap gambar dia nih pun dia wat tak heran... seolah-olah buku tu lebih syok daripada layan kamera henpon nih... ambooiiiii........ panggei dua tiga kali pun dia tak noleh..... ish budak nih buku apa nih....
Laaaaaa....... saborjelah. Kalo korang nak tau Syahmi nih tgh kusyuk bagai nak rak nih dari tadi duk baca buku Penyusuan Susu Ibu yang ibu dapat masa pregnant dulu...kah kah kah........ macam le dia faham benor....atau mungkin ada gambar-gambar yang dia memang faham tu dari pengalaman nyer....... ahaksss... Syahmi...Syahmi.... macam-macam anak ibu nih....
Layan gambar dia eh......
Sila buka muka surat seterusnya ye....



Oooooooo....begitu rupanya.....




Nih cara-caranya ye....




Opss... kena tunduk skit... kurang jelas...

12/03/2009

Demo demo ELKEN

Hari Ahad lepas, setelah breakfast kat umah, dalam tengah hari kami semua 3 kereta bergerak ke rumah sepupu di Kampar. Saja jalan-jalan beraya, dalam perjalanan hujan reyai-reyai area Gopeng menghala ke Kampar. Cari rumah sepupu berpusing-pusing tiga empat kali mencari rumah. Adesss..... apa raaa.... semua yang penah pegi pun lupa.... last-last call sepupu tanya dan akhirnya sampai juga di rumah dia. Sampai-sampai saprah (kain alas lapik) dah terbentang ngan gelas-gelas dan pinggan. Kak sepupu masak mee bandung rupanya.... apalagi bila terhidang je semua serbuuuuuuuuu........
Masa nak gi buat air susu Syahmi, gi dapur nk cari air masak.... cari merata tak jumpa... pastu kak sepupu yang nampak duk berlegar-legar kat dapur tu datang... hah mula le dia mempromosi penapis air ELKEN nyer itu... le haiiii barulah nampak rupanya air panas pun ada tekan kat situ... patutle mencari tak jumpa tadi...wakkakakaka.... dia pun baiknyer promosi...pastu datang lak kakak yg sulung mendengar .... pastu sorang-sorang datang ke dapur untuk melihat demonstrasi menguji air.... dan kami pun merasa juga le air yang mengalir hasil dari penapis air ELKEN itu..... selepas wat ujian air nampak sangat ya allah berkarat dan kotor nyer air yang kita minum sebelum nih... alamak tak lalu pun ada eh......
Memang berhasrat nak cari penapis air... tambahan air kat putrajaya nih memang le berkarat.... tengok le kalo ada rezki lebih nak le beli ELKEN nih... bagus gak ... tak payah masak air panas.... lagipun kata kak sepupu elektrik save walupun 24 jam pasang.... emmmm.... tengokla dulu...
Kakak ngan mak beli sprulina ELKEN nih.... bagus gak makanan untuk kesihatan... nanti nak try ..... ni antara gambar-gambar yang sempat di snap masa gi ke rumah dia aritu.... layannnnnnnnnnnn....



Ni tempat tekan yer...



Demo ditunjukkan oleh sepupu cara menekan air penapis...ehhehehe




Dari kiri : Air penapis ELKEN, air paip dan air suling yang kami bawa



Dari kiri : Air paip dan air suling menjadi keruh manakala air penapis KEN 2 putih bersih


Motor Gempak


verrrrommm.....verrrommmm......


sapa mau tumpang... mari mari...



yeah... aksi peluk motor...wiiiii....

Jeng..jeng..jeng... inilah rupanyer motor baru Syahmi. Baru je ibu beli dua tiga hari sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni. Amacam..... ganaz ek? ehehhehe..... dapat je terus naik macam tau aje macamner nak gerakkan motor tu.... kelakar.... banyak kali tekan hon ... side mirror di goyang kiri kanan berkali-kali sampaikan tekeluar cermin yang tak rupa cermin tu...ahaksss..... diterbalikkan motor tu semata-mata nak main pusing-pusing tayar moto... adesss..... nih yang tak leh tahan nih.... tepaksa ibu simpan dulu dalam bilik... nk main bebetui nanti baru ibu keluarkan ye..... agaknya kena tunggu dia 2 tahun dulu baru pandai... kaki pun tak sampai betui nak tekan pedal tu.... ehehheheh..... nakai anak ibu nih...

Baby With Transport Contest

Hai..hai.. hai.... dapat tau dari kawan ada contest, ni anjuran umminabilah. Sesapa yang berminat boleh klik untuk dapatkan info lanjut di sini ---> http://ijanmemory.blogspot.com/2009/11/baby-with-transport-contest.html








ape syarat2 nk join contest ni:


1. mestilah jd follower aku and masukkan dlm bloglist korang....


2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...


3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...


4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...


5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima


6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?


7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...


8. terbuka kepada boy n girl k...


9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...


opps hadiah?? emm dirahsiakan dulu k...akan di publish kan pade next n3....pemenang akan dipilih seramai 3 org...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke? top ten akan dipilih oleh kawan baik aku....sape? adelah....top five akan ditapis oleh hubby aku...and top 3 akan dipilih aku sendiri....so ape lagi....join lah...


wokey... nak join nak join.... nih gambar anak teruna saya bersama motor barunya...ehhehehe...


Nama : Muhammad Syahmi bin Mohammed Sabri
Umur : 1 tahun 6 bulan

Al kisahnya motor ni baru je ibu beli lebih kurang 3 hari sebelum Hari Raya Haji baru-baru ni. Syahmi sangat teruja dengan motor barunya sampai pelbagai aksi tunggangan dia buat... dan stail ala-ala mat rempit nih salah satu aksi yang agak memeranjatkan ibu. Janganle anak ibu buat aksi macam ni bila besar nanti tau.



12/01/2009

Tahi burung

Emm.... pagi-pagi dah bengang giler ya amat sgttttttttttt....... astafirullahalazim....... baru nak jemur kain yang dibasuh mlm tadi... tunduk punya tunduk ke bawah masa nak keluar dari balkoni tengok-tengok punya le banyak tahi burung. Nak melangkah pun geli geliman....Ya Allah.... sabar jelah baru bape hari je kami balik kampung raya.... si geng burung merpati tu pun sibuk beraya kat balkoni umah nih.... jenuh le duk basuh tahi burung tu pulak pepagi hari sebelum jemur kain tadi.... geram sangat le... sebelum nih tak penah lak jadi ginih setakat kat tingkap bilik air tu ada le.... nih sampai ke lantai balkoni dah berani buang najis merata-rata... memang hangat sangat pagi tadi..... sib baik hubby pun tolong sama bersihkan... nak jemur baju lagi... nak besiap gi keja lagik... sib baik syahmi tido lagi time tu...kalo tidak mesti dia pun sibuk nak main air kt balkoni tu....
Skang nih tengah cari petua macamner nak elak atau halau burung-burung tu dari terus bertenggek dan buang najis kat balkoni umah nih.... sapa-sapa ada petua tolong le bagitau.... gerammmmmmnye....