About Me

4/26/2012

Tuneeca

Cantik sungguh tengok model mengayakan busana tunic dress nih.  Rasanya ingin merembat sehelai jika ada terlebih duit nanti.  Ehehehhe.... sangat teruja bila kali pertama melihat di satu website, tapi memandangkan harganya mencecah beratus-ratus nak kena slow-slow dulu kan.... ehehhehehe..... Berkenan sungguh kat tunic dress model kedua yang berwarna merah dan pink belacan tu... terserlah gaya muslimah yang eksklusif dan moden dan sedikit ranggi. 







4/25/2012

Hari ini gaji



Hari ini gaji.  Setelah menunggu lama untuk menerima gaji baru 13% akhirnya alhamdullilah dapat harini... apa perancangan lepas nih?  Ermmm..... macam-macam dah rancang peruntukan dan menunggu untuk dibelanjakan.  Ehehehe.....

suka..suka ...sukaaaaaaaa

Alhamdullilah......

4/16/2012

Baling kasut... .sorok kasut

Siapa suka main baling kasut? Sorok kasut? Anybody??? Suka tak????

Ermmm....anak mokcik ni, si  Syahmi sangat suka main permainan ini!  Buktinya semalam petang dia dah create satu games baling dan sorok kasut, ayah dan ibu dan termasuk seorang kakak penjual baju terpaksa join games yang tak dirancang ini!!! Grrrrrrrrrr.............

Cantik dan cun kami bertiga sampai di dalam perkarangan kompleks PKNS.. tujuan nak mencuci mata dan makan malam di restoran kat situ.  Ada jualan baju-baju dan kain kat perkarangan bawah tu, best gak tengok cantik-cantik baju kurung readymade pun ada.  Dalam pada jalan-jalan ada yang ingin sponsor ...katanya rembatlah satu.... ehem..ehem... apa lagik meronda dua kali le nak pilih kan... kah3... jahat..... tukang sponsor sudah berkenan pada satu baju dan kena le beri perhatian skit kan.... so dari pandangan mata ibu pun sudah berkenan dengan warna dan patern baju itu, dan mula untuk mencuba.  Bukan apa kan mokcik nih tinggi jadi kenalah carik yang sepadan dan sesuai kan. 

Dalam pada ibunya duk menerai baju tu... Syahmi punyalah hepi duk main lari-lari dan menyorok sorang-sorangnya.  Alahaii... en suami lak sedang bercakap henpon di sebelah sana.  Ermm..... anak teruna yang sorang itu memanglah tersangat aktif daripada dalam kereta tadi.  Asyik nak kena menjerit panggil dia je tau..... ibu memang kena muka tebal lately.  Ermm..... sabar jelah...

Sedang elok duk posing depan cermin, tak sengaja ibu buka le kasut kan... konon nak jalan depan belakang nak tengok kesesuaian.  Syahmi lak tiba-tiba amik sebelah kasut dan buat-buat nak sorok belakang dia.  Alahaiii... main kasut pulak.... kotor le wahai anakku.....  takper lagik... ibu pun saling menerai lagi sehelai baju sambil tu.... mata duk perati gak kat Syahmi yang lari sana sini bawak kasut sebelah tu.  Ishhh..... Syahmi!!!!

Dah selesai pilih baju,  mencari-cari le si ibu ni lagi sebelah kasutnya...... tengok Syahmi duk sengih-sengih kerang busuk kat sebelah...... 

Ibu : Syahmi, mana kasut ibu lagi sebelah nih? 

Syahmi : Tak tau le.....

Eeiii budak nih... dia yang main tadi wat tak tau pulak.... alahaiii....
Dia masih lagik sengih... sengih nakal

Ibu : Tadi Syahmi main kasut ibu kan... mana Syahmi letak? Cuba cari...

Syahmi : Syahmi tak tau le ibu.... ( sambil tu dia duk main gunting yang dia jumpa kat dalam meja kakak yang jual baju tu)

Uiii... masa nih ibunya dah geram giler nih... macamner nak balik kalo dah sebelah je berkasut nya..... ish.... takkan nak kena beli kasut baru pulak!!! Uwaaaaa..... kami semua pakat mencari le celah-celah baju tu kut-kut dia sorok.... ermmm takde gak..... dengan kakak tukang jual tu pun join carikan kasut ibu lagi sebelah tu.... adesss........

Ayah : Mi... Syahmi letak mana kasut ibu nih?

Syami : Syahmi duk sini tadi pastu Syami wat macam ni (sambil mengayakan tangan dia tengah baling kasut tu)

Adessss....... baling kasut pulak ke?

Ibu : Syahmi baling kasut ibu kat mana? Cuba tunjuk? Ingat tak kat mana? Macamner ibu nak balik takde kasut sebelah nih??

Syahmi : Keh..keh...keh.... (Ketawa nakal lagik)

Ayah dah menggeleng kepala pening .  Tak puas ati abis semua rak-rak baju tu ibu geledah..... dan akhirnya setelah setengah jam mencari kasut sebelah yang disorok dan dibaling... jumpa gak rupanya..... elok terletak kat bawah rak baju yang kakak tukang jual tu cari tadi... agaknya kasut tadi tersekat kat baju pas goyang-goyang baru jatuh ke bawah.  Alhamdullilahhhhh.... lega rasanya.

Pakat gelak le kami semua masa tu.  Nak marah pun dah tak jadi pada Syahmi.  Dia masih lagik sengih nakal........  memang le mencabar minda ibu dan ayah ko semalam.  Syahmi...Syahmi... ada je nak wat lawak kat ibu ye!! 

Terus masuk restoran Cempaka Rimba untuk mengisi perut kami.  Macam biasa Syahmi tak duduk diam gak... ermm..... sabar jelah kan.  Bila teringat balik memang kelakar le Syahmi ni.... kasut ibu sebelah pun jadi mainan...... ada je idea dia nak wat nakal.....

Selepas makan singgah solat kat Masjid Bandar Baru Bangi.... pastu terus balik.  Sampai rumah dia dah penat agaknya dan minum susu terus tidur.  Syahmi... Syahmi.....




4/05/2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI DAN MINGGU SETIAUSAHA !!

Setia + Usaha = Setiausaha


Mengikut Ensiklopedia Wikipedia :-

Seorang setiausaha merupakan pembantu pentadbiran sama ada dalam pejabat pentadbiran perniagaan, atau dalam kerusi kerajaan, seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara.

 
Gelaran di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Setiausaha eksekutif bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha, seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk majlis makan tengah hari.



Selamat datang April!!!
 
Seperti yang semua sedia maklum bulan ini sangat ditunggu-tunggu oleh semua warga setiausaha di seluruh negara.  Tak ketinggalan mokcik gak. Eheee...
 
Setakat ni dalam suratkhabar pun dah banyak iklan sempena hari dan minggu setiausaha yang akan diadakan di beberapa hotel yang terkenal.  Antara artis yang menjadi pilihan ialah Anuar Zain, Dato' Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Dato' Shake dan beberapa lagi artis yang terlibat. 
 
Dulu-dulu dapat gak can jumpa Ning Baizura dan Anuar Zain, oklah sekadar beberapa jam untuk berhibur dan heppi heppi... suka sangat kan.  Dapat lak jumpa Anuar Zain, waduhhh hensem weh. Ehehehehehe.......
 
Sempena bulan April ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Setiausaha kepada semua warga Setiausaha di Malaysia.  Semoga kerjaya kita semua diredhai Allah dan semoga kita dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen terhadap sebarang tugasan yang diamanahkan.