About Me

2/25/2010

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua kengkawan. Selamat bercuti juga.

2/23/2010

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Kita

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, bunga raya terus digunakan sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti dan hibrid telah dihasilkan. Dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan bergada.
** Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Gambar yang kat bawah nih pulak bunga raya yang datang dari Ipoh. Eehheheh....
patut-patutnya pokok bunga raya nih bawak balik bulan lepas tapi disebabkan terlupa tertinggal le ia selama sebulan lebih. So balikcuti kali nih mak dah letak dekat ngan kereta supaya tidak terlupa lagik. Masa bawak balik pun dah tumbuh kuntum tu cuma lum berkembang jelah. Nanti nak kena tukar pasu besar skit.
Aritu masa Syahmi demam ada terbaca dalam internet daun bunga raya ni elok untuk kurangkan panas badan, so tu yang mintak mak sepokok. Nak petik kat Putrajaya nih takut gak kang tak pasai-pasai kena saman. Eheheheh... mana le tau....
Semalam pagi bunga raya nih dah stat berkembang... cantik nyer kata Syahmi...ehehheheh.... suka lak tengok kan... tapi tak lama le dia kembang pagi tadi bangun pagi tengok dah gugur...ehehheh.... tapi takpe ada satu lagi kuntum lum kembang.... yang penting daunnyer tu...ehheheheh.... dah lama balkoni tu tak dihijaukan ngan pokok-pokok... takpe pelan-pelan pasnih ingat nk carik sepokok dua wat hiasan dan kehijauan mata memandang...ecewahhhh.....


Bunga raya kembang mekar


Seperti biasa model yang x asing lagik....

2/19/2010

Jalan-Jalan ke Zoo Taiping

Cuti Tahun Baru Cina aritu saja bawak Syahmi jalan-jalan ke Zoo Taiping. Bertolak dari rumah jam 10 pagi dan sampai sana lebih kurang jam 11 lebih. Time tu memang orang dah ramai kat sana... cari parking yang dekat semua dah full, so terpaksa parking jauh skit la... kat area B. Sampai kat kaunter tiket pun orang dah ramai beratur... sementara ayah beratur beli tiket kami berdua gi jengok kat gerai depan kaunter tu jap...eehhehehe

Rupanya tiket skang RM12 dah untuk dewasa... dulu murah je.... tapi rega tiket termasuk sekali ngan keretapi tu....okla tu... cuaca panas sangat time tengahari gini.... berpeluh-peluh beratur menunggu keretapi... Syahmi yang pakai topi pun rimas takmau pakai... berpeluh kepala yang kurang rambut tu...ehehheheheh.... Nak suh berjalan dia wat maleh lak... sementara menunggu tu ibu dan ayah bergilir-gilir dukung.... Sib baik pihak zoo dah stanby keretapi banyak so takde le tunggu lama sangat kan... time cuti-cuti ginih ramai giler pengunjung zoo nih.... Emm tak sempat nak citer panjang....Layan gambar jelah....



































Burger..burger... mari mari mariiiii

Burger...burger....

Tukang masak burger di rumah nih sibuk bertungkus lumus menyediakan burger untuk semua ahli keluarga yang balik ke kampung cuti tahun baru cina aritu. Juga kredit kepada pembantu-pembantu tukang masak yang juga sibuk memotong sayur dan bagai. Ehehehheheheh..... nih burger spesial yang dimasak khas oleh tukang masak kita... burger ayam bersalut telur... alhamdullilah... kenyang.


Burger special


Tu dia tangan tukang masak kita....

2/11/2010

Dah lama tak menulis dalam blog nih... sejak bekerja dan mengasuh Syahmi 2 minggu lepas di opis... takde kesempatan dan peluang nk pegang pc nih... pasainya Syahmi yang menconqure pc ibunya sepanjang dia sakit mata aritu. Ehhhh... duk layan Barney le... Spongebob le... mcm2.... takpela bagi peluang kat dia kan kan kan....bukan selalu pung...
Alhamdullilah dah sembuh dari isnin aritu.... berulang-ulang gi klinik dan hospital ... kesian kat dia sepanjang sakit mata tu... tapi dalam tak sihat tu masih lagik akftif memanjang...ehehheheheh.... duk nurseri nih mcm2 penyakit berjangkit cepat je dapat... sabar jelah.... semoga pasnih anak ibu akan sihat selalu ye...