About Me

4/29/2010

Main air...















Lamanyer x menulis kat blog nih... bz le katakan... lately surat2 masuk banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.... blog nih terpaksa di tinggalkan sekejap... rindu pun ada...so ada masa nih nak upload gambar aksi Syahmi dan sepupunya masa mandi kolam kat kampung minggu lepas. Kalo ikutkan hati dorang bukan nak keluar dari kolam tu tapi pas Opah dia suh baru masing2 keluar... kecut dah tangan kaki memasing.... tp xpe sambung mandi petang nyer pulak...ehhehehehe....








































4/06/2010

1 tahun 11 bulan

5hb semalam Syahmi dah 1 tahun 11 bulan... so 1 month to go to 2 years old!!! Kejap sungguh masa berlalu.... diam tak diam dah besar anak ibu nih.... mulut duk ckp jerman lagi pot pet pot pet.... sebijik perkataan pun ibu tak faham... adess.... malam masa duk tengok tv asik ajak ibu sembang je.... satu dua je yang leh le faham sebab ada bunyik2 yang ala2 betui...ehehhehehe... tp xpe hopefuli pasnih anak ibu akan dpt bercakap dengan baik dan lancar... x sabar nk tunggu saat tu...ehehhehehe...
Minggu lepas dia dah bertukar ke bilik untuk 2 tahun keatas... cikgu favorite dia yg sms bagitau... okla dalam bilik dia skang pun dah ramai junior2 yang 1-1 1/2 tahun kt situ.... dah patut syahmi pindah bilik.... ari pertama kat bilik baru cikgu dia bgitau Syahmi kekok pasai tiap petang dorang selalu ada minum petang... so petang tu ada roti cicah milo...dia x pandai lagik nk menyesuaikan diri lagi... kesian Syahmi sebelum ni kalo bilik lama time petang gitu tak minum susu mesti dorang playtime.... amik masa gak le lagipun dalam bilik tu ramai senior2 dia yang dulu penah duk satu bilik ngan dia dulu masa baby.... tp dorang mayb lagik advanced dari dia... ehehhehe... junior memang le takut2 je kan kalo ramai senior kt dlm bilik baru tu...ehehhehehe.... harap2nya pas 2 minggu nanti Syahmi ok....
Sekarang kalo ibu antar pagi2 kat taska Syahmi mcm tak nak jln sendiri masuk... nak suh dukung...alahaiiii kalo ringan tu takpe le gak kan.... ihikk... dia ingat nk masuk bilik lama lagik semalam... lupa agaknya anak ibu dah tukar bilik lah..... sebelum makan cikgu suh bebudak nih tengok tv dulu..... Syahmi cam biasa kena pekena susu dulu pepagi .... pastu baru ibu temankan tengok tv .... gedebuk terus dia duduk bila ibu cakap ' Syahmi duduk'.. ehhehehe... macam kelakar lak... pastu bila duk dlm 2 minit situ ckp 'Ibu naik atas keja ye... Syahmi duk ngan kawan2 ye'.. dia pun angkat punggung gak nak ikut ibu bangun... ler... mcm nak nangis dah dia tadi...ishhh... sedih lak ibu rasa tengok muka kesian tu... terpaksa le pujuk2 jap suh sembang ngan kawan2 dia.... cikgu dia datang pujuk... baru ok skit.... emmmm..... dah pandai dia skang... tapi muka kesian tu le kalo ingat memang sedih lak hati ibu nih....
Mcmner lah nak tinggalkan kat kg masa kursus nanti nih... leh ke ibu kontrol?! alahaiiii...... uwaaaaaa

4/01/2010

62 PETUA AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Utusan Malaysia 1 April 2010

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah memberi 62 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan
2. Patuh ajaran agama
3. Murah dengan pujian
4. Murah dengan khidmat
5. Murah dengan belaian kasih sayang
6. Murah dengan sentuhan
7. Mencari kebaikan pasangan
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
15. Tolak ansur
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin'(intuition) perempuan
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
20. Sanggup berkorban buat pasangan
21. Menghormati pasangan
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
23. PErhubungan seksual yang sihat dan diredhai
24. Menghormati perbezaaan dalam diri pasangan
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
27. Meletakkan hak kepada pasangan
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
30. Mengawal marah. Buat perjanjian
31. Mencari penyelesaian dalam situasa 'menang-menang'
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan
34. Memahami peranan 'pasangan'
35. Hubungan perasaan sesama pasangan
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
39. Tujuh kali puji dan satu teguran
40. Sebut 'I love u' sepanjang masa
41. Banyakkan bergurau dan bermesra
42. Sentiasa berterus-terang
43. Beri masa untuk perubahan berlaku-sabar
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
45. Elakkan salah pasangan
46. Cari titik pertemuan
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
48. Lebih banyak memberi daripada menerima
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
51. Seimbangkan hubungan dari segi :
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
53. Tidak terlalu mengongkong
54. Tidak bertindak bersendirian
55. Memberi peluang untuk berbeza :
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Citarasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
59. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
61. Mencari kelainan dan perubahan positif
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun