About Me

10/30/2013

2/3 Piece Pant Suit


Rasanya semua dah tau kan....Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.9/2013 telahpun keluar pada awal bulan Oktober mengenai  PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE PANT SUIT BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA.
 
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan yang membenarkan pemakaian two/three - piece pant suit bagi pegawai awam wanita semasa bekerja.
 
Suka le semua pegawai awam wanita kita nih kan... termasuk le tuan punya blog ni kan...kan...kan..... hehehehe......
 
Saja nak citer harinih masa turun beli kuih kat minimart tadi dah terserempak dengan beberapa pegawai awam wanita yang memakai 2/ 3 piece pant suit nih.... ermm oklah Nampak smart ..bergaya... tapi kan yang tak berapa smart tu....ada gak yang memakai seluar slack yang agak ketat...ermm.... dah bagi kemudahan jangan le kita salah gunakan pulak ye..pakai aje yang loose-loose senang nak bergerak dan mudahkan le apa yang dipermudahkan untuk kita ye...ihikkk
 
 
Boleh le shopping pant suit pasnih...jom shopping!! 
 
 
  
 
 
 



Suka le kot yang nih.... 
labuh menutup punggung...
sesuai dengan I yang berpuluhan tahun ini kan. ehhehehe.....

 

10/28/2013

AEON BIG turun harga 4,000 barang

Sumber : Harian Metro Online 28/10/2013

Kuala Lumpur: AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) mengadakan kempen turun harga membabitkan lebih 4,000 barangan sempena sambutan ulang tahun pertama di semua stor pasar raya itu di seluruh negara dengan nilai penurunan bergantung kepada jenis barangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nagahisa Oyama berkata, kempen itu menawarkan harga lebih rendah atas barangan harian seperti makanan mentah dan sayuran sekali gus membantu mengurangkan beban pelanggan dalam perbelanjaan harian mereka serta menikmati nilai barangan yang hebat. “Potongan harga kami boleh mencecah hingga 70 peratus ke atas barangan terpilih apabila kami ingin terus membantu pelanggan dalam penjimatan berbelanja terutama menjelang musim perayaan,” katanya pada satu kenyataan di sini, baru-baru ini. Kempen Karnival Ulang Tahun Pertama AEON BiG akan berlangsung mulai 25 Oktober hingga 5 Disember ini bertujuan meraikan penubuhan rangkaian pasar raya besar itu di Malaysia sejak setahun lalu selepas mengambil alih 26 buah pasar raya besar dan pengurusan Carrefour serta pembukaan dua lagi cawangan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan Kluang, Johor. Bersempena kempen itu, pelanggan akan menikmati promosi istimewa, hadiah, cenderahati dan aktiviti di samping penganjuran program amal warga kerja AEON BiG bersama komuniti setempat seperti penanaman pokok, kempen derma darah, sarapan ilmu bersama pelajar sekolah dan aktiviti gotong-royong.

“Kami turut akan memperkenalkan kad keahlian Aeon Big pertama di mana pelanggan dapat menikmati rebat dan manfaat besar dengan setiap wang yang dibelanjakan di stor AEON BiG di samping tawaran produk Tovalu dengan kualiti, dan harga nilai yang tiada tandingnya,” katanya. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti peraduan Padan dan Menang (25 Oktober-5 Disember 2013), pemberian beg Terima Kasih (1-3 November 2013), Eco Beg Edisi Terhad (9,16, 23 November 2013), tawaran istimewa kad hadiah (22 November - 24 November 2013).


Amacam geng??? Apa lagi...sila lah ke AEON Big yang berhampiran ngan kita tu!!! huhuhu.....

10/24/2013

Sejuk dan Demam

Sejuknya tidak terkata petang nih.... nak balik on the dot sikit lagi .. bos takde... tak tahan dah sejuk beku ngan hidung berair nih.... uwaaaaaaaa

10/18/2013

 
 
 
 
 
 Langgura Baron Resort - Gambar ehsan dari Google (Kami tak sempat snap sebab lupa....kehkehkeh....)


 
 
Bilik kami lebih kurang gitu lah di Langgura Baron Resort (LBR)... Superior Room, ada peti sejuk kecik bawah meja tu... dua buah katil saiz Queen, luas dan sangat selesa untuk kami tiga beranak ni...ihikkk..
 
 
Selepas rehat , mandi, tengok tv dan solat...terasa aircond bilik tu macam tak berfungsi... panas le pulak kan....dalam jam 6 petang gitu kami pun bersiap-siap nak jejalan.. ingat nak gi jalan Kuah le dulu...sebab ayah Syahmi nak cari Celcom Kiosk untuk bayar bil telepon dia.. ermm ok gak tu... boleh singgah survey kat HIG kan...ihikkk..Sebelum tu dah maklumkan pada staf kaunter lobi mengenai aircond tu, staf tu gitau nanti dia mintak maintenance dia tengokkan.  Oklah gitu, harap-harapnya balik nanti sejukla sikit bilik kami tu kan. Huhuhu.....
 
Pusing-pusing area pekan Kuah tu, kami pun singgah kat HIG yang berdepan Langkawi Saga tu.... mulanya cadang nak survey je... tapi dah keinginan meluap-luap sangat nak shopping terbeli le jugak coklat nyer....mana leh tahan kan..takkan nak tengok jek ....ehhehehe..... Syahmi pun senang je order coklat M & M yang ada kartun tu... amboiii..... Ayah sengih je nengok ibu keluarkan duit dari sampul...keh3..... Tak lama lepas tu staf LBR tepon maklumkan kami kena tukar bilik sebab aircond situ memang dah rosak, ermm...mulanya nak jalan-jalan lagik...tapi  terus balik jelah sebab kalau sampai lewat nanti penat le nak angkat beg kan.... so selesai shopping coklat kami gerak balik ke Pantai Cenang.....
 
 
Setelah angkat barang dan bertukar bilik selang 2 buah dari bilik asal, solat bagai kami keluar jalan-jalan sambil misi untuk makan malam pula.  Memang happening area Pantai Cenang bila malam hari...Deretan kedai-kedai situ banyak yang menjual barangan cenderamata, baju-baju, spa, minit market, pub, restoran, hotel dan resort dan juga agen travel bagi Island Hopping dan Mangrove Tour... dan pelbagai. Dalam Cenang Mall ada KFC, Starbuck Coffee, Old Town White Coffee, Guardian, The Loaf dan lupa pulak yang selebihnya. Ehehhee..... Tandas dalam Cenang Mall nih mahal le sikit bayarannya RM1 seorang.... woooo.... tupun masuk sebab Syahmi dah nak terkencing sangat kan... kalo tak balik bilik kami je yang seberang jalan tu.... tapi hero kecik dah tak tahan sangat....Jalan-jalan dalam tu tak abis pun sampai semua kedai, misi cari tempat makan malam harus diselesaikan segera. 
 
 
                                        Dalam Cenang Mall
 
 
Setelah bertanya pada adik cashier Guardian tu, dia mencadangkan makan di Restoran Aliah yang tak jauh dari resort kami.  Okla boleh cuba manatau sedap kan, kalo tidak takkan adik tu nak rekemen.  Malam tu kami tak pilih makanan yang mewah sangat, yang penting sedap dan mengenyangkan....layan kuey teow hailam dan mee goreng basah.  Restoran tu ada gak menyediakan fresh seafood, tapi kami tak cuba pun sebab rasa macam nak makan yang ringan je malam tu.
 
 



Sudah kenyang suka hati...ehehhe.... lepas makan apa lagi kan... aktiviti jalan-jalan mengambil angin dan mencuci mata di sekitar Pantai Cenang dan kedai-kedai berhampiran.




Syahmi tekun cari ketam malam-malam
 
 
 
Dah penat berjalan-jalan seharian, kami pun balik le bilik untuk berehat.  Syahmi seronok sangat seharian ni... dapat coklat le lebihnya yang paling dia suka...ihikkk.... esok katanya dia nak mandi laut... okla dah duk dekat pantai wajiblah pegi mandi laut kan.... tidur lena dia, penat sangat le tu.  

 
 
 
 

 
 

10/08/2013

Sambungan : Cuti-Cuti Malaysia Langkawi

Selepas dapat kereta, cek aircond ok... dan lain-lain ok......perkara yang paling penting adalah mengisi minyak kereta. Takde minyak kereta maka tak bergeraklah kereta tu ke mana-mana pun kan.   Maklumlah gambar tangki minyak kereta tu dah berkelip-kelip minta di isi.  Minyak yang ada pun cukup-cukup untuk sampai ke stesen minyak yang berdekatan je. Siti mencadangkan kami isi minyak di Stesen Minyak Petronas di Padang Mat Sirat, iaitu stesen minyak yang paling terdekat dengan airport.  Berbekalkan peta Langkawi yang ada tu Siti menerangkan arah jalan yang perlu kami lalu untuk sampai ke stesen minyak tersebut. Ok masing-masing dah nampak gambaran arah jalan nya... apa lagi... start enjin dan terus bergerak ke hadapan....... ihikkkkkk....

Belek-belek peta Langkawi tu .... bukan susah mana pun kan.... tapi memang tak pandai le nak tengok peta tu..konpius.... ayah Syahmi pun tunjuk keterorannya guna GPS henpon.... heleh...... sebab co-pilot sebelah macam blur jekan..... sampai gak ler kat stesen minyak tu... rupanya tak jauh mana pun .....dah dekat sangat.... Kami isi minyak RM20 je dulu.... sebab Cik Rin cakap mula-mula tak usah isi minyak banyak sangat, buatnya kereta tu meragam ke apa ke... nak kena tukar kereta lain pulak kan... apa-apa pun kena mintak resit lepas isi minyak tu nanti... mana le tau kan.... ihikkk... tapi sebelum tu awal-awal dah  review dalam forum Cari.com tu kebanyakan kereta sewa Kak Zarina tu semuanya ok tak de masalah......tu yang berani nak ambik tu...

Nak makan tengahari ayah Syahmi kata tak lapar lagik.... ler... ibu dah teruja bila lalu depan restoran Jom Ikan Bakar dekat Padang Mat Sirat tadi..... alahhhh...... ramai forumer Cari.com rekemen makan tengahari kat situ.... nak le juga merasa kan.... takpe lepas nih baru kita gi makan.....ehhehehe.....Singgah sebentar kat pasar mini beli topup dan ayah Syahmi beli selipar jepun sepasang.....RM4.90....harga boleh tahan lagik....

Destinasi pertama kami adalah ke Langkawi Cable Car dengan berbekalkan peta dan juga GPS henpon yang ada.  Sebelum tu dah telefon hotel, masih tak boleh check in lagi... pukul 2 petang baru boleh.  Sementara tu, kami rancang naik kereta kabel le dulu... opss sebelum tu mesti le kita akan lalu kat Oriental Village dulu kan... jalan-jalan kat area kedai situ.....tangkap gambar bagai.... duduk berehat sebentar layan makan aiskrim sorang satu sebab teringin pulak tengah ada couple tu makan aiskrim...... slurpppp......panas-panas makan aiskrim memang best ....ayah Syahmi nak makan aiskrim sebijik macam couple tu makan..... biar betui ayah nih......ihikkkk..... terbaik!  Snap snap snap gambar lagik...... cuaca memang panas, mata kecik je kami nih.... ibu pun tak bawak spekmata hitam... pun lupa nak amik topi ngan spekmata hitam Syahmi dalam kereta, kesian pulak dia berkerut-kerut mata dan muka, tapi masih teruja...ihikkk.....

Jalan-jalan lagi kalini ke seberang titi tu pulak.... berhenti duduk sekejap.... cuaca panas sungguh masa tu... melekat-lekat peluh pada baju kami memasing...memang basah ketiak le weh.....ihikkk.. Layan Syahmi bagi makanan ikan kat kolam tu... satu paket makanan ikan hanya RM1.... letak je duit dalam bekas yang disediakan tu... ambik makanan ikan dan lemparkan pada ikan dalam kolam tu... menderu ikan datang terkam.......wahhh..... suka le Syahmi suka.....ehehhehee.....


Waktu tu memang panas terik la dalam pukul 12.30 tengahari gitu.  Nak beli tiket pun senang sebab orang tak ramai, tak perlu beratur... tapi masih juga ramai  orang dan pelancong asing kat kawasan situ pada hari-hari biasa macam nih....Harga tiket dewasa RM30 dan tiket kanak-kanak RM20, untuk warga Malaysia yang menggunakan mykad dan mykid dapat separuh harga daripada harga asal. Maknanya tiket dewasa (mykad) RM15 dan tiket kanak-kanak (mykid) RM10 sahaja.  Rasanya berbaloi le harga gitu pergi dan balik kan...... masa kami pergi haritu Jambatan Gantung (SkyBridge) masih dalam 'Under Maintenance'.. jadinya tak dapat le berjalan ke situ.... tangkap gambo.... jalan-jalan tangkap gambo..... duduk kejap... tangkap gambo ... jalan tangkap gambo... kiranya bergambooooooooooo jelah sepanjang ada kat atas tu...... sampai Syahmi mengadu dia letih... belilah air tin kat situ... harga memang mahal skit le...tapi apa nak buat.... nak bawak mineral water pun tak boleh... patutnya seludup masuk henbeg pun takpe tadi...ehehhehe.....


Suka dia... apa tah ayah dia wat lawak
 
 Pemandangan dari dalam kereta kabel
 
Pemandangan dari dalam kereta kabel
 
Pemandangan dari dalam kereta kabel..... air terjun....
 
 
Memang sejuk mata memandang tengok keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT ni, Masya-Allah.... (erkk betui ke penggunaan perkataan nih)......Dari jauh sayup-sayup je nampak laut hijau kebiruan.... pokok-pokok nan menghijau .... air terjun melompat-lompat mengalir deras.... gunung ganang terbentang... fuhhh...... walaupun cuaca panas tapi rasa sejuk je dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kami di dalam kereta kabel tu......sangat tenang....... dan mendamaikan....serius...... tetapi bagi sesiapa yang gayat tu, jangan le pandang bawah sangat ye.... ehehhehehehe...


Lebih kurang sejam setengah gitu kami pun turun le ke bawah pula.  Jalan-jalan satu pusingan area Oriental Village tu.... jamu mata sekejap... dan kami pun bergerak untuk ke Restoran Jom Ikan Bakar kat Padang Mat Sirat untuk makan tengah hari pula.   Bila kami sampai rupanya dah ramai yang tengah makan kat restoran tu...lebih kurang hampir jam 3 petang masa tu..... memang niat nak makan ikan bakar macam review yang forumer cari.com duk rekemen tu ... tapi masa tu ikan bakar yang ada tak banyak pilihan, nak kena tunggu sebab ada yang tengah bakar...sebab perut dah minta diisi dan dah beratur orang pun sedang menunggu..... kami pun ambik je ikan bakar yg kecik-kecik tu dengan sotong bakar saiz sederhana dalam 4 ekor...cedok le kuah  apa yang patut...dan bismillahirahmanirahim...... ehhehehehehehhe
 
 
 
 


 
Untuk makluman, restoran nih menyediakan banyak pilihan lauk pauk... semuanya layan diri ye.... ambik nasi sendiri dan cedok lauk pauk sendiri.... last boleh gi kaunter bayar ataupun nanti kakak tu akan kira di meja.  Yang paling best air minuman yang ada disediakan adalah percuma... diiulangi PERCUMA!  Ehehhehe.... ada le disediakan air teh ais, sirap, sarsi dan anggur aritu.  Kalo sesiapa nak air yang selain daripada air itu kenalah order lain dan kena lah bayar ye. Ihikkk......  Makanan tengahari kami tiga beranak pada hari itu adalah RM17 sahaja.... murah kan... alhamdullilah...


Sudah kenyang senang hati...ehhehehehe... ok bergerak pula ke Pantai Cenang untuk check in hotel... nak rehat sekejap.. mandi dan solat... Tak susah nak cari Langgura Baron Resort nih, lokasi sangat strategik, betul-betul berhadapan dengan Cenang Mall.... yer terbaik pilihan ibu kan ayah!!! Ehehhehehehe....... Kalo booking via Agoda.com kita akan dapat voucher hotel, so kita kena print dah beri kat petugas kaunter hotel ye..... dia cek sebentar pastu tadaaa..... kunci bilik dah dapat dan angkat le beg kita ke bilik yang disediakan tu.  Teruja kan... Syahmi sangat teruja.... katanya kaki dah penat dan rehat sekejap kat rumah ni... ehhehehe..... ok jom kita.....

Opsss.... kita sambung lagik selepas ini ye.....citer hari pertama pun tak habis-habis kan...ihikkk... maklumlah masa tak mengizinkan...ada je keja nyer.....tungguuuuuuuuu




 
 
 

10/02/2013

Hari Pertama : Cuti-cuti Malaysia Langkawi

Hari Pertama : Cuti-Cuti Malaysia Langkawi


Kami gerak dari rumah ke Putrajaya Sentral jam 6.55 pagi.  Sebab dah rancang nak naik ERL Transit ke Salak Tinggi jam 7.20 pagi. Selesai parking kereta kat Park n Ride  Putrajaya Sentral tu, dan pastikan tempat parking tu selamat dan dekat ngan lif, (supaya mudah nak angkut beg pergi dan balik ni kan)  kami terus berjalan laju-laju ke hala ERL.
 
 
Kadar Bayaran untuk Parking Kereta Berbumbung Park n Ride Putrajaya Sentral tu adalah RM2 untuk sekali masuk dan RM5 sehari surcaj tambahan jika diletak semalaman (Surcaj dikenakan jika kenderaan disimpan semalaman dari 1.00 pagi hingg 6.00 pagi selama 14 hari).  Rasanya sangat berbaloi kadar bayarannya tu... mula-mula kami bercadang nak parking di LCCT, tapi setelah di tolak campur mahal harga parking di sana .... dan jalan nak ke LCCT pun masing-masing kabur...ngeh3.... paling mudah parking kat Putrajaya Sentral jelah... katanya beg dia boleh heret... so tak payah risau kalo ada orang kuat bersama anda ye....ihikkkkk
 
 
Opss sebelum tu lupa nak gitau, tiket ERL Transit dan tiket bas ke Salak Tinggi - LCCT tu dah beli awal sehari sebelum tarikh perjalanan.  Sebab ada baca dalam satu blog...dah lupa blog mana..... kita boleh beli awal seminggu rasanya tiket tu sebelum tarikh perjalanan kita (nanti kena confirmkan ye) .....bukan pe kami ni pegi time hari bekerja,  takut kalut nak beratur panjang saing ngan orang yang nak gi kerja tu beli tiket pagi-pagi kan.. so sampai-sampai je terus scan tiket dan turun lif ...tunggu ERL sampai. Sangat mudah kan. Tiket ERL Transit + Tiket Bas Shuttle LCCT berharga RM5.50 seorang bagi dewasa, RM4.00 bagi kanak-kanak.  Kami dua dewasa dan seorang kanak-kanak hanya berjumlah RM15 sahaja.  Okla kan..... mudah dan jimat.
 
 
 
Pagi tu hujan turun dengan lebat.  Elok-elok je kami sampai kat tempat menunggu . Hujan rahmat.....
 
 
 
Ada terbaca dalam blog lain-lain, dinasihatkan 2 jam awal perlu ada kat LCCT, mana le tau sempat nak semak dan urus apa yang patut... dan selebihnya boleh rileks saja tanpa kalut-kalut.... yer betui... bila dah sampai awal takde kalut sangat ... maklumlah dah lama jugak tak naik kapal terbang, lupa le gak ke mana halanya nanti...ihikkk.......ok sambung cerita ye....
 
Alhamdullilah dapat naik tren jam 7.20 pagi tu, dan dalam 7.29 pagi kami dah sampai di Stesen ERL Salak Tinggi.  Dari kejauhan dah nampak sebuah bas shuttle ke LCCT tu, tapi di sebabkan kami tunggu lif punyalah lambat, so kami terlepas bas yang awal tu.  Tapi jangan risau dalam 10 - 15 minit kemudian muncul lagi sebuah bas shuttle.  Ada potter yang berbaju t-shirt ungu akan bantu kita angkat dan letakkan beg kat tempat letak beg bawah bas tu.  Dan tiket bas tu jangan lupa serahkan pada sorang lagik yang jaga kat depan pintu bas tu ye.  Dengan gembiranya kami naik bas tersebut... dan makin lama makin ramai yang naik......
 
Buruk pulok kamera henpon nih... shaking.....tp nak tunjuk gak nih dalam bas shuttle tu


 
Ibu pun nak interprem gak le
 
 
 
Perjalanan dari Stesen Salak Tinggi ke LCCT adalah lebih kurang 30 minit kalo tak salah hitung.... kalo salah harap maaf.... ehehhehe..... Bas berhenti berhadapan dengan pintu ketibaan domestik.  Beg kita pun potter tu akan tolong keluarkan dari bawah bas tu... kita tunggu dan angkut je ke dalam LCCT tu.  Sangat mudah. 
 
Sampai-sampai terus cari alat penimbang, saja nak sedapkan hati untuk timbang sekali lagi walaupun tau berat beg troli tu mesti tak sampai 15 kg..... ehehhehe yes 13kg jek.... ok takde yang perlu di risaukan lagik.  Langkah seterusnya pula.....dah web chek-in seminggu sebelum tarikh perjalanan ni, jadi kami terus ke tempat scan bag dan ke kaunter untuk drop bag.  Mulanya ingat nak bawah je beg sandang sorang satu, tapi sebelum beli luggage aritu ayah syahmi kata takpe bawak je beg troli tu kasi muat baju kami tiga beranak.  Senang lengang kangkung naik flight.  timbang beg troli tu berat 13kg je...... ermm..ada space 2kg lagi rupanya..... lenkali kalo nak jimat rasanya elok bawak beg sandang sorang satu... hand carry naik atas..... so tak payah beli luggage kan....ok dah ada pengalaman.  Chewahh....
 
Selesai drop beg ...cek dokumen ok takde masalah..... tengok line nak masuk tempat menunggu pun dah panjang.... kami pun beratur le gak sebab ingat nak rileks je kat dalam... lagi selesa kan....syahmi seronok duk main keluar masuk kat tempat scan badan tu...ihikkk... lawak pulak....ok semua selesai.... cari makan dan minum dulu...
 
Ibu beli roti gardenia 4 bungkus untuk makan lapik perut dulu.... lepak kat kedai makan dalam tu.... nasi lemak RM5.50.... hahahahaa.... gelak besor ibu... ayah dengan eksyen rembat sebungkus nasi lemak ngan kopi panas.  Kami kongsi le makan... udahle mahai kan.... tak tau le sedap mana pun... bolehla tahan rasanya....syahmi lak merajuk pulak nak coco cola pepagi tu... ermm... apa le merepek anak aku nih.... orang lapor nasi lemak dia lapor cola pulak... dah tinggal skit baru nak merasa nasi lemak...pastu dia nak lagik ....ehehhehe ibu senyum je tengok ayah.... " Syahmi, nanti kita makan dalam kapal terbang ye... ibu ada beli nasi lemak, sabor jap ye".  Dah pre book nasi lemak pak Nasser satu, yelah nak le merasa asyik dengar je kan .....
 
 
 
Nasi lemak RM5.50
 
 
 
 
Ada budak merajuk baring depan kedai yang kami makan
 
 
 
Selesai makan, ke tandas bagai... so kami pun lepak le sampai pengumuman flight ke Langkawi dah sedia. Memang ramai juga umat yang bercuti walaupun bukan time cuti sekolah ye..... tak kira masa LCCT nih mesti penuh .... fuhhh.....Syahmi bertambah teruja bilamana nampak kapal terbang AA yang di depan mata dia tu... ehehehhe.... laju sangat jalan...ibu suh stop nak snap gambo kejap pun tak di herannya...cit.... punyalah bergegas nak naik atas dah...ambooiiii.....
 
Dah pilih seat belakang...senang naik ikut pintu belakang je.... tak payah rebut-rebut ikut depan tu kan..... Syahmi duk dekat tingkap... ayah tengah dan ibu hujung lane..yang bestnya Syahmi duduk je terus pakai seat belt sendiri.... wahhhh teruja nya dia.....
 
Ibu : Amboii dah pakai tali pinggang sendiri.....pandainya Syahmi pakai ye....
 
Syahmi : Yelah saya kan dah besar...
 
Waduhhh jawapan tu yang tak tahan dengar tu...ihikk... ibu lupa anak ibu dah besar rupanya.... pandai menjawab.....hahahhahaa
 
Bosan menunggu sambil tu Syahmi belek buku di depan dia tu... duk belek menu makanan... hah ibu rasa macam dah tau dah nih....
 
 
 
 
Syahmi : Ibu, ada nasi lemak le... saya nak
 
Ibu : Ada.. ibu dah beli ... nanti bila dah terbang atas kita dapat le nasi lemak tu... kejap tau...
 
Ibu : Ayah, dah syak dah...... dia lapor le tu.... ihikkkkk
 
 
Sibuk mulut duk pot pet bila nak terbang...bila nak terbang..... ihikkk...... akhirnya take off le dengan jayanya.... nasi lemak pun dihantar pada kami... lupa nak snap gambar nasi lemak pak Nasser tu..... sebab memang tak tahan lapar.... kongsi makan dengan Syahmi.. ayah dah kenyang makan nasi lemak RM5.50 tadi... huhuhu....... rendang ayam dia sedap ooo.... nasi lemak nyer ciput je... tupun cian kat Syahmi tak cukup.... ibu makan skit je...selebihnya bagi kat dia makan.... itu pun dia nak lagik.... huarhhhhh......
 
Ayah : Sampai langkawi nanti kita gi makan tengahari... Syahmi makan nasi lemak ngan roti ni dulu tau....
 
Sengih jelah ibu.... yelah nasi lemaknya prebook RM12... kalo beli atas RM15..... nak merasa punya pasai kan..beli le satu.. jangan orang citer kita nganga tak tau macamner rasanya kan...memang sedap.... ihikkkk
 
Kami sampai Langkawi Airport jam 11 pagi..... cuaca panas.  Landing dengan baik.  alhamdullilah..... Staf situ tak bagi sangat orang duk berenti snap gambo depan kapal terbang tu.... semua di suruh jalan cepat ke dalam... alah.... nak snap gak...ihikkk
 
Sampai-sampai on henpon dah ada miscall dari Siti yang uruskan untuk kereta sewa kami sepanjang di Langkawi ni. Sebelum nih deal ngan Kak Zarina, tapi Siti ni pun kira staf agensi tempat Kak Zarina..   Rupanya dia dah ada di depan pintu masuk airport.  Ok selepas urusan ambil luggage selesai, kami pun berjalan keluar dan kelihatan dia dah sedia menunggu... setelah dia gitau dia bertudung hitam putih dan berbaju hitam tadi...ihikkk
 
Salam-salam ...berkenalan skit.... dia gitau kereta dah sedia ada kat depan... dah terbukak pun bonet nya .... ehhehehe.... so dia bagi pelan Langkawi... bayar baki selebihnya dan dia bagi resit. Done.  Urusan selesai.  Untuk makluman kami booking untuk kereta Viva sebelum ni, tapi sehari sebelum perjalanan tu dia call takde stok, so dia gantikan kereta Myvi auto gak... harga tetap sama RM70 sehari.  Okla.... kereta pun nampak cam baru setahun dua... takde le uzur benar kan..... so apa lagik....... yeahaaaaa.........Malangnya kami lupa nak snap dan possing dengan kereta Myvi sewa tu.... dah anto balik baru ingat.... bukan pe takde le kenangan ngan kereta KCK 1100 tu..... alah alah.....
 
 
 
 
 
 
 
 
 *** Bersambung kemudian ye
 
 
 


Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Langkawi

 
 
Huhuhu...... dah hampir seminggu baru gedik nak tulis coretan percutian kan..... ihikkkkk.. aci tau.... masa tak mengizinkan, maklumlah kena le wat rajin bila dah cuti panjang kan.... hahahaa....
 
Kebetulan ada masa ni... boleh la ambik peluang mencoret hasil percutian baru-baru ini... manalah tau sekiranya dapat bantu guide dan bagi gambaran kepada kawan-kawan lain yang akan ke destinasi ini nanti.
 
Ok ni pengalaman pertama bagi Syahmi dan ayahnya naik kapal terbang.  Bestkan kecik-kecik anak dah merasa naik kapal terbang, ibunya ni time kerja dah besor panjang je baru merasa.  Bertuah anak-anak sekarang ni...... Dan ayahnya tidaklah mempamerkan sangat keterujaan itu... mungkin tidak macam si kecik Syahmi yang sangat teruja bila tahu dan nampak kapal terbang Air Asia kat LCCT tu.  Syahmi hanya tahu akan naik kapal terbang pada pagi hari kejadian sahaja..... ehehhehehe.... kalo diberitahu awal..alamatnya penat ibu nak melayan soklan-soklan yang panjang lebar dari dia nanti.... ehhehehe dah tau dah peel budak nih... Tips--->jangan dibagitau awal-awal..(1) takut jika ada aral melintang, benda tak jadi...(2) nanti banyakkkkkkkk tanya dan hari-hariiiiiiiiiiiiiiiii akan tanya bila nak naik kapal terbang ibu????? dah penah alami sebelum ini, so ibu jadikan sempadan....keh3....
 
Sebelum tu nak gitau, percutian ni kami rancang dari September 2012 masa booking tiket Air Asia (AA) promo RM0 tu... alhamdullilah dapat le jugak bercuti sekeluarga baru-baru ini walaupun setahun menunggu dengan penuh debaran...chewahh.....akhirnya impian menjadi kenyataan...alhamdullilah. Mencari tarikh yang sesuai memang le sangat susah time promo gitu.... akhirnya terpaksa le pejam mata pilih tarikh hari bekerja tu kerana bila memikirkan peluang susah nak dapat selepas ni... dah ada peluang harus direbut!!! Cehcehh......
 
Masa beli mula-mula dulu atas bantuan Cik Rin, beli la tiket sahaja untuk bertiga.  Yang penting tiket wajib beli dulu katanya... lain-lain luggage...makan bolehlah tambah kemudian... ermm... bagus juga gitu.... tapi kalo nak beli awal-awal pun boleh juga, takde masalah...cuma kadang-kadang ada yang last minute ada perubahan ke... apa ke... manale tau kan.... benda tak dapat nak ramal sebab penerbangan nya lambat lagik..... ihikkkk..... walau bagaimanapun sekarang AA ada sediakan Manage My Booking... so nak tambah add on makan, berat luggage .... insurans dan sebagainya takde masalah dah.....kan kan.....
 
 
 

10/01/2013

Oktober menjelma.....

Sekali sekali jengok blog, tup tup dah bulan September aritu.... terus senyap takde cerita...ihikkk... nanti pasni ada cerita ye....

Harini sudah masuk 1 Oktober... cepat sungguh masa berlalu......