About Me

3/31/2010

Alhamdullilah



Syukur alhamdullilah batuk dah kurang nampaknya dan dah x seteruk dulu.... baru rasa ok skit... masa duk view wmc tadi ternampak lak satu produk baru nih BSY Noni Black Hair Magic...perghhh dengar macam best jekan...ehehheheh..... nak lak sapa2 yang ada uban2 tu hah agaknya leh le try produk nih.... ehemmmm ehemmmmm



3/24/2010

Aromatherapy plus





Citer pasai batuk yang x abis-abis nih... semalam masa duk tgk forum wmc (wanita melayu dot com) ternampak ada thread pasai aromatherapy plus (ap) nih... emmm ingat leh gak try mana le tau kut2 dpt kurangkan kahak dan batuk-batuk nih yg dah dekat sebulan lebih.... rimas banget sih...... sebotol rm14.... lagipun bukan untuk batuk je... beberapa penyakit leh mampu diatasi ngan ap nih.... kalo nk tau berkesan atau kita kena le try kan... ehhehehhe
Pagi nih dah dapat ap tu... terus bukak dan letak kat leher...dada... dan belakang badan ... kalo ikutkan kalo selesema batuk bagai dia suh sapu area situ..... emmm xdela wangi sangat... sedap fresh.... tapi xkan le otomatik terus lega kan..mesti takes time... so tengok skit masa lagik esok lusa kalo okay leh terus guna untuk wat spare lenkali.... lagipun ni barangan orang melayu kita... so takde le was-was nak guna kan..... harap-harap batuk pasnih dapat le hilang....

Belon panas
















3/10/2010

Fadhilat Bercium????

Dapat emel dari sorang kawan pasai fadhilat bercium. Ada betui ke tarak betui? Ehhehehhe.... check it out.....
Ahli Perubatan mendapati bahawa bercium baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan bercium bagi kesihatan??
* Bercium pada waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
* Setelah bercium, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit, ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
* Beberapa doktor gigi percaya, bercium merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Bercium menstimulasikan air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
* Bercium yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium pada waktu yang lama boleh menghancurkan hormon stress.
dan lagi kelebihan bercium.....
* Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.
* Bercium baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.
* Bercium membakar kalori, 2-3 kalori per minit menggandakan tingkat metabolisma. Ada yang mengatakan bahawa dengan bercium ghairah 3 kali per hari (setidaknya 20 detik perciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.
* Bercium dikenali sebagai penghilang stress. Bercium penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan energi negatif, memproduksi rasa sihat dan menurunkan hormon stress.
* Bercium menggunakan setidak-tidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang ketika ciuman yang ghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
* Bercium baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
* Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah perut.
* Selama bercium, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
Selamat beramal dan renung-renungkan ye...............

3/08/2010

Batuk oh Batuk...

Batuk tak baik2 lagik nih dekat sebulan...ish... tak selesa sungguh le.... ubat batuk mcm2 dan teguk... lambat lak baik kalinih....minggu lepas try asmakur.... emmm dah dekat setengah botol tapi tak baik2 gak.... baru nih beli madu asli lak dari kak zuliana.... tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, madu tu tumpah dah tinggal skit je dari asal....emmm... takpelah takde rezki... tp alhamdullilah kak zuliana sudi mengepos botol baru untuk menggantikan yg tumpah tu.... ya allah terima kasih banyak2 akak..... ingatkan saya memang nk beli yang baru je.... alahmdullilah.... tadi kak zuliana bagitau dah pos pagi nih... esok sampai dia suh bagitau condition penghantaran tu .... emmm takpe nanti dpt je saya inform akak tau....
sejak batuk nih mcm2 petua dah try....
makan kicap ngan limau dah
minum breacol pun dah
makan strepstil pun dah
Nih dah selesema lak dah dekat 1 minggu.... emmmm memang tak selesa......
harap2 cepat le lega skit.... sakit perut dah batuk lama2 nih.... minum air masak.... motivasikan diri...minum air minum air minum air minum air......

3/01/2010

Panas

Sejak akhir-akhir ini cuaca panas sangat. Cuaca panas ginih kita kena minum banyakkkkkk air masak kan sebab kita mudah 'dehydrate'. Demam, batuk, selesema dan pelbagai penyakit pun mula berlaku akibat cuaca dan kurangnya air dalam badan. Nak kena memotivasikan diri untuk minum air lebih banyak dari selalu nih.... cayhok..chayok !! Batuk dari aritu tak hilang...ubat batuk dah berbotol minum... strepsils pun dah makan.... tapi batuk lambat benor nak ilang... sekali minum ais hah.... padan muka kong kong le balik batuk...ehhehehehe....nih dah selesema lak datang.... cepatle sembuh hendaknya....
Kat rumah pasang kipas laju pun tak terasa. Syahmi berpeluh-peluh tido malam dan asyik kerap terjaga sebab dahaga, mintak susu. Ada hujan turun membasahi bumi tapi tak lama... cuaca panas sangat sampai tak terasa kelembapan air hujan tu. Nih ujian Allah SWT pada kita agaknya.... apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.... mudah-mudahan sedikit masa lagik akan kembali asal kepada cuaca yang sederhana ....
Time-time ginih bil elektrik dan air pun makin melambung kan. Kipas kat umah 24 jam pasang. Mandi kerap lak untuk hilangkan panas badan. Kalo ada swimming pool kat rumah best skit... panas je terjun kolam...kah kah kah....... berangan jelah.... nak gi taman tema air mahei lak tu nak gi berendam hari-hari..... tak kuasa gitu...ehehheheheh.....
Melalui ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas dijangka akan berlanjutan sehingga suku kedua Mac ini. Mudah-mudahan ....