About Me

8/25/2011

Salam Lebaran



Untuk semua rakan-rakan dan saudara mara yang jauh dan dekat, di sini kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga amalan kita semua di terima Nya. Amin...

Jangan lupa... berhati-hati semasa pulang ke kampung dan semoga selamat sampai hendaknya.



Balik kampungggg.....ooooo balikkkkkk kampung...... hati giranggggg.......


8/19/2011

Berita Harian Online : 24 lebuh raya beri diskaun tol musim raya


Pengguna di sebanyak 24 buah lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 % sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan mulai Khamis (25/8 hingga 2/9/ 2011).

Lima lebuh raya iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim - Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini.

Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta - Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.


8/09/2011

Bonus untuk penjawat awam

Alhamdullilah rezeki di bulan Ramadan Al Mubarak ini.... mudah-mudahan dapat le membantu ringankan sedikit perbelanjaan untuk persiapan hari raya yang akan datang ni.... kepada semua geng berbelanja lah dengan berhemah ye....




Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.



* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.



* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion."

8/08/2011

THE THORN BIRDS

Layan citer The Thorn Birds nih pulak kat Maaduu.com... sangat best










Sinopsis :


This is the story of two women, Seo Jung Eun and Han Yoo Kyung, who walk very different paths to achieve their desires. Seo Jung Eun is a strong and courageous woman who has suffered a difficult life, having grown up in an orphanage, but continues to embrace people around her despite longing for affection herself. Jung eun harbours the hope that she will meet her mother if she becomes a star, striving to reach her goal and overcoma her suffering with her pure and innocent nature. In contrast, Han Yoo Kyung has a birth secret for which she is willing to throw away everything in order to get revenge. The 'thorn birds' of the title refers to Jung Eun's character, who only brings out her best at the cost of great pain. A thorn birds is a mythical bird who searches for a thorn tree from the day it is born. When it finds it, the bird impales itself upon the sharpest thorn, and rises above the agony to sing the most beautiful song ever heard.

8/07/2011

Periuk nasi oooo periuk nasi




Al kisah dijadikan cerita periuk nasi elektrik yang telah berkhidmat pada saya sejak 2003 telah menamatkan riwayat perkhidmatannya pada hari sabtu 6/8/2011. Uwaaaaa...... 9 tahun tu, memang sampai lunyai le tuan nya kerjakannya...tapi tetap nasi dan segala macam masakan penah di masak guna periuk nasi tu dulu sebelum kami belum beli dapur gas dulu.....kesan karat pun jelas kelihatan dan sekalipun di lap pun susah nak hilang....luaran je nampak buruk tapi service mantap!! ngeh3.....dan walaupun jenama tak semegah mana tapi fungsinya sangat bagus... memang berbaloi guna periuk nasi nih...sebelum ni ada hint periuk nih nak wassalam.. tapi lepas ejas-ejas skit boleh pulak on.... tapi rupa-rupanya dia nak suh gak tuan dia keluarkan sedikit peruntukan tambahan untuk beli periuk lain.. alahaiii..... sayang lak nak buang... tapi kena le gak buang daripada menyemak simpan dalam bilik stor nanti...ehehhe...





Sungguh haru biru dibuatnya bila periuk nasi rosak.....nak masak nasi guna periuk biasa tak berapa pandai... alahaii so tukar le menu kepada mee goreng basah je aritu....malas pulak nak pergi pasar ramadhan petang-petang nih, time cuti mesti ramai orang.. kalo nak pegi kena keluar awal skit patutnya... lagpun Syahmi pun baru je tidur kepenatan duk main macam-macam... kesian lak nak kejutkan dia... so berserah jelah makan mee goreng.... daripada tak makan apa langsung kan..kan..kan...





Pagi tadi kami keluar ke Carrefour dengan misi untuk membeli periuk nasi elektrik yang baru... kebanyakan di Carrefour dah abis stok untuk yang harga di bawah bajet kami iaitu bawah RM100... ehehehe... so kami terus ke Senheng untuk meninjau... sekali berkenan pada periuk nasi Cornell yang sama promosi seperti iklan Carrefour, dan kebetulan ada banyak stok lagi.. so rembat jelah dah harga pun memang berpatutan untuk member kad kan ...ngeh3...





Balik rumah bersih-bersihkan periuk tu dan try test masak nasi .... alhamdullilah so far okla periuk tu berfungsi....harap-harapnya periuk nasi ni pun akan cuba memberi khidmat yang terbaik untuk kami sekeluarga ye...





Adoiii ...lari bajet mokcik nihhh... huhuhuuuuu

















Yamada--- terima kasih di atas perkhidmatanmu selama ini...












Cornell.. selamat datang diucapkan..semoga dapat membantu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kami sekeluarga selepas ini...























Oppsssss... yang nih apa citer ????











8/04/2011

Iklan 8tv berunsurkan perkauman?

Ada sesiapa yang dah tengok iklan yang kat 8tv yang sedang kecoh-kecoh sekarang nih ke? Dengarnya dikatakan iklan nih ada berunsurkan perkauman menghina kaum cina. Baru arinih perasan pasai nih sebab tengok kat internet nih....

Ramadan

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Puasa adalah perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkannya puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.


Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai ibadat kepada Allah.


Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.


Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Dengan itu kita hendaklah berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.




Sumber : JAKIM

8/02/2011

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak






Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata dan perbuatan dan sebagainya. Semoga kehadiran Ramadan tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk kita muhasabah diri dan mendapat keredaan Allah SWT.