About Me

7/23/2012

Apa menu berbuka puasa arinih?

Ermm... asal mula puasa je mesti kepala pening nak sediakan masakan apa untuk berbuka puasa kan?... Ehehhe.... nak kena google cari idea jap nih.....

Selamat berbuka puasa ye kawan-kawan!!!

Fadilat Bulan Ramadhan - Kelebihan Bulan Ramadhan



KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

 


kredit kepada Masjid Al-Ehsan http://masjidalehsanss4a.blogspot.com




Salam Ramadan Al Mubarak



Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.  Insya-allah hari ini hari ketiga kita semua berpuasa, alhamdullilah mudah-mudahan dipermudahkan sehingga berbuka puasa nanti.  Segala salah dan silap harap dimaafkan.  Semoga puasa tahun ini memberikan kita semua keberkatan dan kenikmatan dalam menjalankan kewajipan kita ini, mudah-mudahan puasa kita diterima Allah SWT.  Amin..


 
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan bermaksud:


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan keatas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.  Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”


(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

 

 


7/19/2012

5s

Masih lagik sibuk dengan aktiviti penambahbaikan 5s di sekitar zon sigma.  Tak dapat nak update blog. Cayok kawan-kawan!! Eeheh....

7/13/2012

Tazkirah Jumaat

"Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia selagi tak mengenali latar belakangnya kerana itu adalah bermulanya segala dosa yg membawa kepada dengki dan khianat."






7/10/2012

Takde keja cari keja.......

Agak-agak kan apa jadi pada Cik Lynn kalo dapat pedang ultraman mcm nih??? Untuk pengetahuan, pedang itu milik Syahmi ye... disebabkan dia tak nak bawak ke taska takut rebut-rebut dengan kengkawan dia tinggalkan pada ibu, diamanahkan untuk bawak balik ke rumah. Ihikkk.....

Tapi kan... bila Cik Lynn nampak pedang ultraman nih.... Cik Lynn terus amik dari ibu dan menghunuskan pedang itu seperti nih :



Erkkk...... Cik Lynn bawak bersabar.... nih pedang Syahmi.... jangan rakus ye... ingat harini Jumaat... dah pakai jubah comei-comei tu kena sabar.!!!



Ok... setelah kawtim dua tiga minit..Cik Lynn lembut hati dan kembali possing pedang tersebut dengan gaya yang muslimah gitu!!



Tiga dara... Opss....



Hah.. Cik CT pulak pehal nih??? Nak nyorok perut lak ye!!! Ihikkk.....

7/09/2012

Wayang : Ice Age 4 Continental Drift






Ambikk kauuu......

Hehehehe.... dah lama rasanya tak nengok wayang...... kali nih rasanya nak isikan masa weekend kat rumah dengan aktiviti yang menarik skit untuk si kecik Syahmi. Eehehhehe......  Sebenarnya dari minggu lepas dah plan nak bawak Syahmi tengok Madagascar... tapi duk tangguh tup-tup abih le pulak tayangannya last khamis aritu.  Pilihan kedua nak tengok Brave, tapi rasanya Syahmi lebih suka citer yang ada haiwan-haiwan nih...... Brave tu mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak yang 6 tahun ke atas kut... ehheheheheh.....

Masa survey kat GSC Online tu terpandang citer Ice Age 4 nih... uikss... ingatkan keluar minggu depan rupanya dah start awal pulak ye.  So memandangkan citer nih ada watak haiwan-haiwan yang memang menjadi pilihan Syahmi, setelah mintak izin En Suami, orait dapat lampu hijau dengan pesanan jaga diri. Keh3..........yahooooooooo!!! Ini pertama kali bawak Syahmi menonton wayang... tak tau le apa nak jadi.  Ibu gamble je!!!! Belum cuba belum tau kan. Ihikkk......

Terlebih dahulu ibu langsung tak bagitau Syahmi pasai misi pagi ini.  Plan nak tengok kul 12 pm nyer, so dalam kul 10 lebih tu dah leh siap-siap apa yang patut, cakap nak gi Alamanda je.  Ibu jahat pakaikan Syahmi pampers .... bukan pe nanti tak pasai-pasai le pulak duk keluar masuk bawak dia gi toilet kang dalam pawagam kan... ganggu orang lain pulak... ehheheheh.....

Sampai dalam kul 11.10 gitu... terus parking dan jalan ke arah pawagam GSC, tengok orang takle ramai sangat..... Syahmi dah tanya nak wat apa nih ibu?? Ehehehe....  nak tengok wayang ....maleh nak citer lebih-lebih kang lagi bising kan.... dia pulak excited nampak Spiderman.... ehehehhe.... jangat ingat ibu nak tengok Spiderman sudah... 2 jam lebih movie tu... sah ibu tak konpiden bawak lama-lama weh!.. Bila turn nak membeli tiketnya tengok-tengok kami berdua terpaksa duk seat depan... yang belakang-belakang dah full house. Ler.... takpe lah kira ok lagi tu.... janji dapat masuk tengok kan...beli tiket tapi bukan yang 2D atau 3D ye... yang biasa2 je.....





Untuk memenuhi masa lapang tu kami berjalan keluar... Syahmi nampak tempat boling... " Ibu, jom main boling nak?" Ewahhh..... nak tergelak pulak rasanya bila diajukan soalan tu. Eheheh.... "Nanti lenkali ajak ayah tau, kita main boling sama-sama".  Erm... tak sempat abih borak dia terus berlari ke tempat games2 tu... apa lagik Syahmi suka le kan.  Pusing staring kereta Datona tu.... tekan sini tekan sana... ermm... gasakle Syahmi.. asalkan bahagia... Muahhaaaaa.....

Okay dah jemu bagai semua games Syahmi dah tekan.... masa untuk bertindak.  Jam 11.50 kami beratur untuk beli minuman dan makanan.  Syahmi harus diumpan dengan semua tu untuk bagi dia concentrate dalam wayang tu kang. Kami beli nugget small, mister potato dan air mineral sebotol.  Ok semua dah siap jom kita. 

Melangkah masuk dalam hall 7 tu, dah ada suku orang duduk dalam tu.  "Gelap je ibu" Ehehehe.... kuat le pulak cakap si Syahmi nih.... eehheheheh.... sib baik citer animasi ginih memang ramai yang penontonnya bebudak kecik kan... so idak le rasa macam anak i sorang je yang cakap kuat... ada gak budak lain gitu weh.... ehehheheheh...

Mula-mula makan nugget yang dibeli tu... pastu bukak pulak plastik Mister Potato tu... hah... makan le Syahmi.... layan citer nih ye..... ok dalam 1 jam pertama tu Syahmi well behaved.. sebab tengah asyik makan dan minum nyer.... dah abih makanan tu wat aksi pulak... bangun dan berdiri atas kerusi... uikss....... duduk..dudukk..Syahmi.... ehehhehe sib baik dia terus duduk.  "Kaki Syahmi sejuk ibu" Ehehehe...... lupa nak pakaikan stokin tadi..... sebab pakai kasut sarung angry bird tu je kan.....
Ok pastu dia bangun pulak nak duduk atas tangga... alahaiii...... sib baik dia duk berdiri kejap je... pastu ibu tarik tangan... dia duduk semula.... ehehheheh..... suspen le pulak nih kang dia wat lagak ngeri dalam nih kan....  So far kesimpulannya Syahmi boleh di ajak ke pawagam lagik menonton.... tapi pastikan stok makanan takkan putus sampai abih citer okay.... ehehhehehe....... yang tak tahan dia akan cakap kuat dalam tu... mak aiii jenuh ibu duk bisik kat dia suh cakap pelan-pelan... tapi tak makan dek saman... kah3....... takpe la Syahmi dah nama pun budak-budak kan... ada anak sapa tah duk menangis punya kuat lagik dalam tu... keluar le dulu pujuk atau tenangkan anak tu.. ini duk lagik dalam tu lama-lama...ish.....
Jalan citer oklah terhibur, ada kerjasama dan tolong menolong sesama haiwan (Manny, Diego and Sid)  tu apabila berlaku trajedi.  Pentingnya persahabatan dan semangat kekitaan sesama mereka.  Yang baik akan berjaya dan yang berniat jahat biasanya akan kecundang juga akhirnya.  Best!!

Selesai tengok wayang, kami pun keluar dan menuju ke K4 untuk beli sedikit barang dapur.  Dah abis membeli singgah McDonald beli burger, dan set Happy Meal Syahmi dapat pulak toy animasi Ice Age 4 macam gambo bawah nih. Sengih le Syahmi dapat toys tu kan... tapi dia nak yang Monyet tu ... kata budak kaunter tu nih toy promosi awal so adalah dua jelah pilihan.... samada Sidney atau Scrat.










Balik rumah, makan.. minum.... mandi... rehat.  Opss lupa le pulak masa kat K4 tadi Syahmi dah pau satu cd Ultraman Mebius.... ermm...... dia terus pasang, dah tak sabar-sabar nak tengok pung.  Erm.... layan jelah.... jangan sampai kul 6.30 sudah ok.. tu turn ibu nak tengok tv8 Skip Beat..... Ehehhe...

Terbaikkkkkk!!!!





7/06/2012

Poplook Dress





Orang berpoplook..kita pun nak berpoplook gak! Ehehehe...... kelmarin dress nih baru je sampai.... design memang untuk TALL...  saiz UK....dah ibu yang tall nih pun memang meleret-leret labuh nya ... sungguh labuh dress nih... sah nak kena jahit skit.... saja gatai beli nak pakai masa bila entah le nih...... nak matching kan dengan cardigan panjang yang loose skit nanti.... kalo pakai ketat kang sah takde can nak beli lagik kang ....ehehehhehehe.  Kalo sesapa yang berminat nak beli dan view website dia bole klik http://thepoplook.com

Flora Parade & Bunga Api

Selasa malam yang lepas dah cakap dengan Syahmi nak bawak dia tengok bot berhias dan bunga api. Asyik dengar dentuman bunga api je dari rumah kan... so nak saksikan pulak secara live.  Ihikk... Syahmi sangat teruja sampai berpuluh kali dia remind ibu pasai bunga api nih.... ermm..... budak-budak bukan boleh cakap atau janji awal-awal... alamatnya itu la diulang berkali-kali...ehehehhehe....

Dalam jam 9 lebih malam tu kami berdua keluar le sambil berpegangan tangan berjalan kaki menyusuri perkarangan blok baru ke arah Jambatan Wawasan tu...  bawak spare tupperware air masak untuk Syahmi kut dia dahaga kang...ehehhe... dari jauh nampak banyak deretan kereta dah tersadai di tepi jabatan tu.... memang le bot berhias tu dah mula dari jam 8.30 malam tadi..... ada jugak orang yang dari blok bangunan kuarters baru tu yang berjalan kaki bersama keluarga masing-masing menuju ke jambatan... ehhehehe... Syahmi ok lagi sebab suka tengok lampu jambatan yang bertukar-tukar warna tu... kami berdua duk teka warna yang akan keluar lepas satu warna yang lain...ehehhehe.... best!

Berjalan kaki tu ada le dalam 10 minit kut... jalan lambat-lambat biasale bawak budak kecik kan.... kalo ibu sorang mau dah jalan laju...ehehehhe... Sampai kat jambatan tengok dah ramai orang bersusun tepi tu... leceh pulak kang Syahmi tentu tak nampak clear kan... so kami turun menyusuri tangga ke bawah jambatan tu.... ada nampak dalam 3 ke 4 famili dah siap duk berbentangkan tikar lagik lepak kat bawah jambatan tu sambil melihat bot berhias tu.... ehehhehe... oklah kami pun bersila la sampai menikmati pemandangan yang indah sangat tu... bot-bot dari setiap negeri dengan hiasan yang sangat menarik dan cute.  Suka le si syahmi tu...ehehheh

Dalam duk teruja tu pulak bateri kamera lak low.. alahaiiii lupa nak cas awal-awal kat rumah tadi.. .ermmm.... snap jelah apa yang dapat..... lepas abis pertunjukan bunga api kami pun balik le berjalan kaki semula ke rumah.... sib baik Syahmi tak mengadu pulak tak larat ke apa kan.... ehehhehe...

Ibu : Syahmi, seronok tak?

Syahmi : Seronok... tapi ibu... takut le bunga api tu...

Ibu : Aik... selalu duk sebut bunga api... takut pulak... esok tengok lagik nak???

Syahmi : Taknak le ibu... takut...

Ibu : Alahhh... jom le kita tengok lagik... ( saja nak usik dia..... tau takut ek)



Masa start bunga api tu mula-mula dia sengih pastu tak lama kendian dah berubah air muka dia... jantung dia berdegup laju... ehehehhe.... selalu dengar daripada rumah tak nampak live kan..... Ehehehhe..... Sampai rumah tu dia basuh kaki dan badan pastu tukar baju.. minum susu terus dia tido. Penat sangat le tu ...... Syahmi...Syahmi.....














7/05/2012

Nisfu Syaaban dan Syafaatnya

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
 
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

 
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
 
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
 
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Sambungan ini amat panjang. Kelapangan masa, waktu dan fikiran anda untuk menerima ilmu amatlah diperlukan.

 
– Fatwa tentang merayakan malam Nisfu Syaaban –



Bacaan yasin

 
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
 
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masa kini tentang sahih batilnya amalan ini.
 
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
 
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
 
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

 
‘Solat Sunat’ Nisfu Syaaban
 
Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]
 
Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”
 
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.
 
Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.
 
Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.
 
Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.
 
Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.
 
Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.
 
Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [al-Nisa’ 4:59]
 
“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]
 
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

 
Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.
 
Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…
 
Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”
 
Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan-berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.


 
Ulasan dan terjemahan fatwa : http://www.darulkautsar.com

[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]



** kredit kepada http://www.ohislam.com

Puasa ganti

Kawan-kawan semua dah ganti tak posa tahun lepas?

Last-last minit baru teringat nak ganti posa ye? Kah...kah..kah.... macam tuan blog nih gak...tak jugak last minitnye... dah mula dari awal tahun aritu... tapi selang seli ikut mood konon.... last-last terlajak jugak sampai ke saat akhir.


Alhamdullilah posa ganti tahun lepas dah selamat dilaksanakan sehingga semalam.  Syukran.  Tapi ingat saja nak posa ganti lagik le, wat lebih-lebih skit...bukan apa kut2 sebelum nih ada yang terlepas pandang atau hilang ingatan pasai tertinggal posa atau yang membatalkan posa.  Ehehehhe.... insya-allah selagi ada masa sebelum 1 Ramadan nih nak cuba posa.  Mudah-mudahan.....




7/02/2012

Bising le !!

Malam sabtu lepas dalam kul 8 lebih sekali bunyi bam bam bummm bergemerlipan bunga api terpancar kat atas langit, ada la lebih kurang 3 minit kut... ehehhee.... Syahmi yang tengah rileks minum susu sambil tengok tv kat depan bangun jengok kat sliding door beranda tu.... memang le tak nampak sebijik-sebijik bunga api tu.. hanya kerlipan cahaya dari cermin tingkap jiran blok yang depan je membias cahaya tu.... dia bangun dah jerit " bising la... diam le skit, dah malam nih!!".... keh3... lawak tul syahmi nih....

Malam semalam sekali lagik bunyi bunga api dalam jam 10 malam... dia dah tidur awal sebenarnya tu.  Boleh pulak kelam kabut bangun dari tidur dia tu... dan pegi kat sliding door dan jerit lagik "diam le... bising je!!". Gelak besar ibu dibuatnya, yelah tengah asyik lena tidur boleh pulak dia bangun marah-marah macam tu.  Dia tunggu sampai selesai satu bunyi bunga api takde dia terus baring kat tilam dan sambung tidur balik. Kah3........