About Me

1/25/2011

Selesai sudahhhhh...........

UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK MAK NGAH & PAK NGAH. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. AMIN.



Alhamdullilah semuanya telah selesai dan selamat. Majlis kenduri kahwin Mak Ngah Syahmi telah selamat berlangsung. Semua anak-anak buah dan beradik-beradik bersemangat saling bantu-membantu sepanjang majlis tersebut. Caya lahhhhh u all ...... ehehehhee....



Hari Jumaat


Pagi nih aktiviti mengisi goodies bermula kerana bahulu baru je sampai malam tadi. Mujur banyak tenaga kerja yang sudi membantu kan cepat le siapnya. Eheheheh... termasuk le Syahmi. Kami bertolak konvoi dari rumah ke Manjung pada petang Jumaat selepas semua urusan packing memacking selesai. Tiba di IPD Manjung lebih kurang 8 malam dan di sambut oleh Mak Ngah Syahmi dan kami terus menuju ke rumah yang telah disediakan tak jauh dari dewan yang akan berlangsungnya majlis kenduri esok. Memang besar dan luas sangat dalam rumah tu... cukup untuk kami yang reramai nih. Memang puas ati wooo... tilam pun banyak... bantal pun banyak... ekon ada...kipas ada... dapur pun luas.... bilik air ok... tv pun ada.... emm..... best.. tapi yang tak bestnya Syahmi mula-mula masuk dah nak ajak balik.... sikit-sikit nangis nak balik... jenuh le budak-budak tu pujuk dia main macam-macam untuk elak dia duk sebut balik tu lagik... last-last dia pun lupa nak ajak balik lepas seronok dah main.... ehheheh macam-macam Syahmi nih...


Malamnya disebabkan sedikit masalah teknikal, bekalan makanan lambat sampai. Kereta terakhir yang berisi makanan lewat bertolak dari rumah, alamatnya beberapa orang anggota keluarga kelaparan. Ihikkk.... terpaksa mencari altenatif lain untuk mengisi perut, mujurlah Mak Ngah mengoffer kami ke rumahnya yang tak jauh dari blok kuarters kami untuk makan malam. Tapi yang perginya kebanyakan dewasa dan kanak-kanak... pasainya yang warga emas nak stay kat rumah tu je... ihikkk....


Mak Ngah mintak kami tunggu sementara Pak Ngah keluar membeli tomyam. Emm... bestnya dah le perut tengah lapor. Keh3.. Orang ramai katanya di kedai so terpaksalah kami menunggu lama nak pekena tomyam tu... yang dengan mata kuyu pun ada dah.. pasainya ngantuk sama weh.... Syahmi aje yang aktif sokmo.... ke sana ke sini duk usik barang-barang dalam rumah Mak Ngah dia tu.... ehhehehe... Mak Ngah pun goreng telur dadar sama kasi melengkapkan menu malam tu. Alahmdullulah semuanya kenyang makan sorang skit. Dengan mata yang ngantuk nih lagi.... rasa letih je macam le perjalanan kami jauh sangat kan..ihikkk....


Tak lama pastu kereta terakhir yang bawa bekalan makanan pun sampai... kami balik tengok-tengok dorang semua dah ada kat rumah yang satu lagi.... semua pakat menjamu selera selepas perut lama kelaparan...eehehhe....


Lepas gosok baju untuk majlis esok, tiba masa untuk landing time. Syahmi tidur lambat skit malam nih... asik main je ngan anak-anak buah yang lain. Kami tidur di depan atas tilam toto dengan mak, Mak Wan dan Man. Syahmi lak tidur skit-skit jaga nangis.. agaknya tak serasi ngan tempat baru... tidur pun terganggu.... tepuk-tepuk bagi susu pastu lena dia tidur sampai ke pagi.



Hari Sabtu


Anak-anak buah pagi-pagi dah bangun solat Subuh... wahhhh so excellentnya geng-geng depa semua bangun tanpa digerak.... semangat tul bebudak nih wooo.... alhamdullilah... susah nak tengok depa bangun sendiri...ehehehhehe....


Sedara mara sorang demi sorang telah tiba di rumah dan kecoh rumah tu dengan suara-suara depa yang dah lama tak berjumpa di antara satu sama lain. Lebih kurang jam 12.00 kami semua bergerak ke dewan untuk majlis kenduri. Kelihatan beberapa orang dah ada dalam dewan makan.. rasanya mungkin tu orang-orang yang tinggal kat kawasan perumahan ni. Semua mula menjalankan tugas masing-masing... yang bagi bunga telur... bagi gula-gula... susun goodies.... oklah... yang paling excellent Makcik Ina le.... baguih sangat berdesup bagi goodies bila nampak je ada tetamu... ehehheheheh...


Syahmi tak reti duk diam masa majlis tu.... ke sana ke sini... lari2... baring le tidur le kat atas lantai...ish3.... tak larat dah ibu nak larang.... asalkan tak nangis sudahhhh.... ihikkk.... Kedua pengantin sibuk menyambut dan melayan tetamu.... semuanya ringkas saja kerana tiada acara bersanding, cuma ada makan beradap saja. Lebih kurang jam 2 petang pengantin dan kedua-dua wakil pihak lelaki dan perempuan sama-sama makan beradap. Makanan macam biasa yang spesial skit le decoration nye.... udang cucuk le.... ayam percik le... dan pelbagai lagik.... kami yang tak makan semeja ngan depa pun dapat gak habuan makananan yang sama macam atas meja depa tu...ihikkkk.... alhamdullilah kenyang...


Lebih kurang jam 4 petang majlis jamuan pun berakhir... sedara mara mula berangkat pulang. Selesai sudahh.... opsss blum selesai keseluruhan rupanya nih! Eheheh....sebelum balik Lahat, program tambahan ada wooo ....ada yang sempat lagi menjengah di Tesco, ada yang berehat di rumah dan ada gak yang sempat mandi manda di Teluk Batik. Eheheh... dapat gak korang gi mandi manda ek.... xpe lenkali leh bawak Syahmi gi wokey....
Pas Maghrib singgah rumah Mak Ngah Syahmi dulu makan-makan ringan dan pastu masing-masing berkonvoi balik ke Lahat. Alhamdullilah semuanya selamat sampai ke rumah dan dengan jayanya perut lapor kembali datang. Kereta yang paling awal gerak rupanya sampai paling lambat diantara semua keta. Kelakar...kelakar..... Ehehheheheh.... nasi dan lauk kenduri tadi dah di tapau dan apa lagi pakat makan ramai-ramai le. Ihikk...... Mandi.. solat dan terus tido. Penat woooo.... Sekian selesai sudahhhh........




1/11/2011

Makan-makan

Terima kasih pada Man dan Ifwat kerana belanja kami makan sate dan yong tau fu pada hari Ahad lepas. Terima kasih daun keladi..lain kali leh belanja lagiiiiiiii..............pada sapa-sapa yang tak merasa atau tak sempat makan tu jangan mare arrrr.................keh3





Sate


Yong Tau Fu

Klinik 1 Malaysia


Pertama kali masuk ke Klinik 1 Malaysia --- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan pada hari Ahad lepas di Stesyen 18, Pengkalan. Kebetulan ibu dan Syahmi selesema dan batuk jadi kami singgah ke klinik ni dulu sebelum bershopping di Tesco. Tau pun daripada abang ipar yang dah pegi untuk dapatkan rawatan di klinik nih Sabtu aritu. Sampai je ada dua orang pesakit tengah menunggu... ermmmm tak ramai agaknya yang tahu kerana klinik nih pun baru je buka 4 hari yang lepas. Tunggu pun tak lama lepas tu nurse panggil... cek-cek tunggu kejap pastu amik ubat kat farmasi. Lepas kami nak balik tu nampak ada beberapa lagi orang yang masuk untuk mendapatkan rawatan kat situ....Okla tu.... cuma kena bayar RM1 je masa pendaftaran. Kat luar klinik tu dah siap tulis tidak menyediakan cuti sakit... so kepada sapa-sapa yang berniat nak mc tu tak dapat le nolong nye eh.... setakat nak amik ubat tu bole... harap maklum.... ehhehehehe...
Bagus juga kerajaan kita sediakan klinik 1 Malaysia nih... bantu pelbagai golongan khususnya golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan khidmat rawatan dan ubat tanpa perlu pergi jauh daripada tempat atau kawasan mereka.
Syabas PM!!!

Selamat Pengantin Baru Mak Ngah

Alhamdullilah kakak kedua aka mak ngah telah selamat bernikah pada 9hb Januari 2011 (Ahad) bertempat di Masjid Pengkalan Pegoh Lahat. Semuanya berjalan lancar walaupun pihak lelaki tersasar dari arah jalan ke masjid tersebut. Ehehehehhe...... lawak le pulak walaupun pengantin lelaki penah bertandang ke rumah kami sebelum nih... agaknya panik sampai lupa jalan datang. Wakakakkaka.... sori ye gurau jek !! Dengan bantuan eskot pihak perempuan akhirnya rombongan lelaki selamat sampai ke masjid dan majlis akad nikah bermula lebih kurang jam 11.30 pagi. Dimulakan dengan takzirah daripada Tok Kadi tentang tanggungjawab dalam rumahtangga dan kendian dimulakan dengan akadnya oleh pengantin lelaki. Alhamdullilah sekali akad saja. Ihikkk.....
Tahniah kakakku aka mak ngah kerana sekarang telah bergelar isteri dan emak kepada keluarga barunya. Selamat datang ke ahli keluarga Haji Nasir wahai abang ipar ku dan anak-anak buahku .... semoga hubungan sesama sedara kita akan bertambah erat dan rapat lagi selepas ini. Amin. Berjumpa lagi kita selepas ini di majlis kenduri pada 22hb Januari 2011 (Sabtu) yang akan datang. Banyak cerita dan gambar lagi akan menyusul selepas ini. Layannnnnnn........



Faten tengah menata rias tudung pengantin perempuan

Pengantin, ibu dan Syahmi

Hantaran dari pihak lelaki








Hantaran pihak perempuan

1/07/2011

Selsema.... batukkk

Permulaan tahun baru kesihatan tak memberangsangkan.... mula demam... selesema dan kini batuk. Ubat dah makan... harap2 cepat le sembuhnya.... gatai kerongkong nih duk batuk.... rimas....lemassss.........

1/04/2011

Slownyaaaaaaa

Geramnya....grrrrrrr.... dari semalam try tak mau2 gak....'hang' sokmo nih.......tensionnyaaaaaaa lahaiiii.....

Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011