About Me

11/24/2011

Heartstrings OST


Suka..suka..suka sangat lagu nih..... dan Jung Yong Hwa jugakkkkk.....




Heartstrings OST “Because I Miss You” by Jung Yonghwa

neul ttokgateun haneure
neul gateun haru
geudaega eomneun geot malgoneun
dallajin ge eomneunde

nan utgoman sipeunde
da ijeun deusi
amuil aneun deut geureoke
useumyeon salgopeunde

geuriwo geuriwoseo
geudaega geuriwoseo
maeil nan honjaseoman
geudaereul bureugo bulleobwayo

bogopa bogopaseo
geudaega bogopaseo
ije nan seupgwancheoreom
geudae ireumman bureuneyo
oneuldo


nan bonaenjul aratjyo da namgimeobsi
anijyo anijyo nan ajik geudaereul mot bonaetjyo
geuriwo geuriwoseo geudaega geuriwoseo
maeil nan honjaseoman geudaereul bureugo bulleobwayo
bogopa bogopaseo geudaega bogopaseo
ije nan seupgwancheoreom geudae ireumman bureuneyo
oneuldo

haruharuga jugeul geotman
gateun eotteoke haeya haeyo

saranghae saranghaeyo
geudaereul saranghaeyo
maljocha motagoseo
geudaereul geureoke bonaenneyo

mianhae mianhaeyo
naemari deullinayo
dwineuseun nae gobaegeul
geudaen deureul su isseulkkayo
saranghaeyo



English Translation:

Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days


Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today


I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you

Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?

Love you, love you, I love youI hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

11/23/2011

JJ Sales lagik.....



Yeayyy... best... suka suka suka.... apa yg suka sangat ni ek? Suka sebab leh tukar points ngan baucar... yeahaaa....... mari kita berbelanja tanpa gunakan wang ye kawan-kawan...... baucar aritu ada balance lagik.... ermm... nak fikir dulu apa nak beli pasni..... harap dapat hilangkan tension walaupun hati tengah dilanda keresahan akibat dapat surat cinta semalam... arghhhh..... duitttttttttttt duittttttttttttttt..............



salesss... sales... sales.....


11/21/2011

Korean Drama : Heartstrings @ You've Fallen For Me







Synopsis




Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band “The Stupid.” Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won’s grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather’s expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of “The Stupid”, she was forced to go to the band’s concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.



Cast:-
Jung Yong Hwa as Lee Shin (KPOP Group C.N.Blue & You're Beautiful)


Park Shin Hye as Lee Kyu Won (You're Beautiful, My Girlfriend is Nine-Tailed Fox)


Song Chang Ui as Kim Suk Hyun


So Yi Hyun as Jung Yoon Soo


Woo Ri as Han Hee Joo


Kang Min Hyuk as Yeo Joon


Lee Hyun Jin as Hyun Ki Young


Im Se Mi as Cha Bo Woon






Layannnnn.............


11/17/2011

Mini Sukan Taska Syahmi....













Gambar-gambar ni adalah sekitar Mini Sukan Taska Syahmi pada hari Selasa yang lepas. Seronok dapat tengok budak-budak taska tu dengan telatah masing-masing. Syahmi pun bersemangat cerita yang dia masuk berkuda dan tarik bola dengan gelung masa dorang praktis aritu. Mini sukan nih diadakan kat dalam kawasan Taska tu juga, dah nama pun mini kan... ehhehehe.... mak bapak budak-budak taska tu pun ramai yang datang bagi moral support kat anak masing-masing.... memang best kan!! Ehehehee..... yang lagik best memang tak lekang tangan sorang-sorang duk pegang henpon, kamera dan ipad pun ada untuk ambik gambar yang terbaik sebagai kenangan anak-anak tu nanti. Ibu Syahmi pun gitu gak...ehehhehee.... seronok rasanya first time dapat nikmati hari macam nih...rasa cam bangga lak!! Kah...kah..kah... yelah orang lain mungkin dah ada dua tiga orang anak dah merasa banyak kali kan, so dorang dah tak heran... yg herannya kita yang ada sorang anak nih lah... yang pertama kali kan.... ihikkkkkk....



Syahmi terlibat ngan sukan berkuda dan tarikh bola dengan gelung, secara berkumpulan. Kerjasama antara dorang ada... cuma ada yang slow dan ada yang laju la. Bila tiba giliran Syahmi je... ibu mesti bagi kata-kata perangsang kat Syahmi... "Syahmi buat elok-elok tau... laju-laju tau" ehehheheh.... nak tergelak pun ada tapi rasa macam ok apa..... takkan nak diam je kan tengok dia main... kan kan kan....



Memang sangat best le pengalaman hari ni..... teruja dibuatnya..... Syabas anak ibu pandaiiiiiii main.... go Syahmi!!.....

11/16/2011

AL MAUT...

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.


Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


Sama-sama kita renungkan.

11/14/2011

Korean Drama : Flower Boy Ramyun Shop




Yeahhh.... drama seterusnya ..... ehehheeee

11/10/2011

Bedak sejuk...bedak sejuk... sapa mauk marik dekat

Test..test.. testing 1 2 3... ehehehe..






Nak gitau nih...kita jual homade bedak sejuk, mak yang buat. Untuk makluman, bedak sejuk ini terhasil daripada beras yang direndam selama setahun lamanya. Baik untuk di buat penawar. Untuk sesiapa yang ada anak kecil tu sangat sesuai untuk kegunaan ditepek2 apabila waktu cuaca panas pada badan dan muka. Untuk dewasa juga sesuai. Untuk yang nak keringkan demam campak pun sangat sesuai. Sila... sila.....

11/02/2011

PENCURI DI PUTRAJAYA , JANGAN LETAK KUNCI RUMAH DALAM KASUT



PUTRAJAYA: Umur mereka masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun, selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu.


Antara barang berharga yang dilaporkan dicuri termasuk wang tunai RM350 dan seunit telefon bimbit Sony Ericson, cakera padat (CD) dan pelbagai barangan lain.Siasatan polis mendapati mereka juga menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan pemilik dalam kasut di luar rumah untuk memasuki rumah mangsa dan mencuri. Pemilik rumah dipercayai meninggalkan kunci dalam kasut bagi memudahkan anak mereka memasuki kediaman lebih awal daripada waktu pejabat.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata dua murid sebuah sekolah di sini itu ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang kakitangan kerajaan rumahnya di Blok D, Fasa 4C, di Presint 8, dimasuki pencuri, Khamis lalu.


“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya semalam.Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek.Katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian.


Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak. -BH


Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah."Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya."Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.


Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu."Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.


Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut."Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA

11/01/2011

Tak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang


Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.


Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.


Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'."Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan."Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis."Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.


Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.- Bernama


Demam...selesema... batuk..aduhaiiiii

3 serangkai..... penyakit yang tidak dapat dipisahkan dari Syahmi.... ehehhehehe..... gong betui le ibu nih....


Syahmi dah hampir dua minggu asyik on and off je batuk ngan selesema nih... kesian kat dia....badan pun susut lagik... ubat yang ambik kat Klinik Kesihatan Putrajaya aritu pun dah habis, jadi nak tak nak semalam cuba pegi Klinik Mediviron kat Presint 15 tu pulak atas rekemen dari Lin. Alhamdullilah tengok perkembangan malam tadi dia tidur ok dari malam sebelumnya, batuk pun tak berpanjangan ... pagi ni pun tengok ok sikit... pagi nih pun dia nampak lebih ceria daripada semalam... ehehehhe... suka ibu tengok tau....


Kat taska tadi pun dengar kong kong kong budak-budak situ batuk.... alahaii... kes jangkit berjangkit penyakit memang sangat mudah terdedah bila duk taska nih.... sebagai ibu bapa memang betui-betui kena kuatkan semangat dan kental... sementara nak besar nih macam-macam penyakit boleh dapat.... sabar jelah...


Semalam dah order madu lebah online.... cara alternatif untuk hilangkan selesema dan batuk... harap-harap batuk dan selesema Syahmi baik le selepas nih....badan sihat otak cerdas! Cayokkk!!!


Petua Melegakan Batuk Bayi/Kanak-Kanak Berkahak



Petua 1


1. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan
2. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak


NOTA: Cara membuat minyak bawang: Potong kecil-kecil bawang merah dan campurkan dengan minyak masak.




Petua 2


1. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak tangan bersama sedikit kapur makan
2. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.


Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.


Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.


"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.


Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.


"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.


"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. "Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.


"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.


"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.


Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.


"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.


"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.


Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.


"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.


"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.


"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.