About Me

2/23/2012

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya




Dapat info mengenai Ekspo Buku Islam daripada Rin aritu... terima kasih Rin...... ada peluang dan kelapangan boleh le kita ramai-ramai menjengah ke Ekspo tu nanti... tengok gayanya ramai gak penceramah2 yang hebat dan terkenal akan datang ke sana nanti.... mesti menarik kan...


Mengapa anda perlu datang ke Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya ?

Semua buku-buku terbitan penerbit-penerbit buku Islam terkenal tanah air boleh didapati di dalam 1 bumbung.

Kami menerima pembelian buku melalui baucar buku 1Malaysia

Pelbagai aktiviti menarik daripada stesyen TV 9 dan IKIM.FM bakal diadakan

Aktiviti bersama ikon-ikon penulis seperti Ustaz Dr. Zahazan Mohamaed, Prof. Dr. Muhaya, Fatimah Syarha dan ramai lagi.

Aktiviti bersama 10 orang DJ IKIM.FM

Kawasan parkir yang luas di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), kawasan parkir bersebelahan Istana Kehakiman dan tapak pasar tani Putrajaya

Kemudahan asas lain seperti mesin ATM Maybank dan surau berada berdekatan dengan dewan ekspo.

Bual bicara bersama artis terkenal.

Sebagai satu sokongan ke atas program yang berunsurkan Islam dan ilmu, sekiranya ekspo ini berjaya penganjur akan menganjurkannya setiap tahun.

Salah satu sumbangan anda dalam menyemarakkan industri buku Islam di Malaysia.

Meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Program pelancaran buku dari penerbit-penerbit buku terkenal tanahair.

Persembahan oleh kumpulan nasyid.

Sesungguhnya jika anda letih dalam melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang tetapi kebaikan yang anda lakukan akan kekal selama-lamanya.

Maklumat lanjut boleh layari http://ekspobukuislam.com/

2/22/2012

Biografi Agung Rasullullah S.A.W

Sejak akhir-akhir nih kami rajin melayan program 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah. Memang best tengok rancangan tu sampaikan Syahmi pun dah kenai dan cam Ustaz Don tu. Cara penyampaian Ustaz Don sangat sempoi dan bermakna.




Kelmarin Ustaz Don ada rekemenkan buku yang bagus dan lengkap tentang perihal Rasullullah SAW. Yelah jugak kan... tak kenal maka tak cinta. Kita asyik menyebut nama Rasullulah tapi sebenarnya kita tak mengenali siapa Rasullulah pada hakikatnya. Terdetik kejap keinsafan masa tu... bila fikir balik yelah apa le salahnya luangkan sedikit wang untuk beli buku ni... benda lain mahal2 boleh pulak beli kan....nikan pula ilmu... jangan le berkira kan...ermm... tekad perlu cari buku nih. Nak cari kat MPH Alamanda dulu pasni, harap-harap ada le stok lagi.




Setelah meminta bantuan cik google dah terjumpa buku yang dimaksudkan..harap-harapnya buku nihlah kut kan... ehhehee






Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.


Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.



2/14/2012

Kejohanan Lumba Basikal Asia di Putrajaya

Putrajaya telah terpilih untuk program Kejohanan Lumba Basikal Asia pada 14 hingga 18 Februari 2012. Makanya terdapat beberapa laluan di sekitar Putrajaya yang ditutup sempena dengan proram itu. Laluan berperingkat adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.



Ujian Kejohanan Berbasikal Asia: Persiaran Perdana ditutup


PUTRAJAYA 13 Feb. — Jalan Persiaran Perdana di sini akan ditutup bagi memberi laluan kepada 297 pelumba dari 29 negara Asia untuk menjalani ujian masa dan lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia.


Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya (PPj), Zaharah Salamat berkata, penutupan itu bermula esok sehingga Sabtu ini mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

"Jalan Persiaran Perdana akan ditutup bermula dari Dataran Putrajaya di Presint 3 (berhadapan Kompleks PPj dan Istana Kehakiman) melalui Persiaran Perdana menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Lebuh Gemilang, dan terus ke Presint 5 melalui Jalan P5 (jalan antara Kementerian Pengajian Tinggi/Kementerian Pelancongan dan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside),” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, pelumba akan berpatah balik dari Presint 5 ke garisan penamat di Dataran Putrajaya melalui sebahagian Lebuh Gemilang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Lebuh Sentosa sebelum memasuki Persiaran Perdana.


Katanya, pelumba akan meneruskan laluan di Persiaran Perdana dan berpatah balik ke PICC di persimpangan berlampu isyarat di hadapan Kementerian Kewangan.


Sehubungan itu bagi mengelakkan kekeliruan, beliau berkata pengguna digalakkan menggunakan laluan-laluan alternatif ke pejabat kerajaan iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tun Hussein Onn serta jalan-jalan lain yang berdekatan.


Bagaimanapun polis akan mengawal tiga lokasi lintasan untuk membantu pemandu kenderaan melintasi Persiaran Perdana iaitu persimpangan Persiaran Perdana/Kementerian Kewangan, persimpangan Persiaran Perdana/Lebuh Bestari (Menara Usahawan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan persimpangan Persiaran Perdana/Lebuh Setia (Wisma Tani/Kementerian Belia dan Sukan).


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda sementara yang disediakan serta menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan aliran trafik, kata beliau.

2/13/2012

Korean Drama : The Moon That Embraces The Sun



Synopsis

“The Moon Embracing The Sun” tells a love story between King Lee Hwon and a female shaman named Wol. Wol was born from a noble family and became the crown princess, but she was entrapped and faced execution. Finally, she lived as a shaman.

Kim Soo Hyun as Lee Hwon
Yeo Jin Goo as Lee Hwon (young)
Han Ga In as Wol / Heo Yeon Woo
Kim Yoo Jung as Wol / Heo Yeon Woo (young)
Jung Il Woo as Prince Yang Myung
Lee Min Ho (1993) as Prince Yang Myung (young)
Kim Min Seo as Yoon Bo Kyung
Kim So Hyun as Yoon Bo Kyung (young)
Song Jae Hee as Heo Yeom
Si Wan as Heo Yeom (young)
Song Jae Rim as Kim Chae Woon
Lee Won Gun (이원근) as Kim Chae Woon (young)





Sangat suka drama ini....... tak sabar nak menunggu episod 13 yang seterusnya......