About Me

8/23/2010

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang)

Peluang baik kepada mereka yang masih belum melakukan persiapan untuk ‘shopping’ sempena hari raya nanti. Semasa semak email tadi sempat membaca satu email daripada kenalan yang diedarkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan ini mengenai aktiviti warehouse sales sepanjang bulan ramadan ni. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang).

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa dan mampu menepati citarasa dan keperluan individu.

Antara jenama-jenama produk yang dijual dalam jualan terus dari kilang ni adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadan)


Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini orang ramai dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

8/20/2010

Belajar Tentang Binatang

Entry macam serius je kan...ehehhehe... disebabkan terlalu bz ngan keja tak berkesempatan nak update blog nih.. so ada masa sikit nih nak upload dan citer pasai Syahmi yang belajar tentang binatang masa balik kampung ujung bulan lepas. Dari rumah opah sampai ke luar rumah dia dah dapat tengok binatang-binatang yang semestinya tak nampak dilihat secara live di Putrajaya nih. Ihikkk... kesian Syahmi terlalu excited tengok binatang-binatang nih...sekali dapat tengok duk ingat tu je...ehehhehehhee.... sib baik dapat gak introducekan dia dari awal kalau tak sampai besar le tak kenai binatang-binatang ciptaan Allah tu.


Mak dah bela ayam sekarang nih, ada dalam 6 ke 7 ekor anak ayam rasanya... masa balik aritu Luqman duk bertukang buat reban ayam. Syahmi seronok sangat dapat tengok ayam secara live.. keh3.... tergedik-gedik sampai tak nak masuk rumah sebab asik sangat duk layan ayam-ayam tu... dia jolok-jolok kepala ayam tu .. mungkin sebab geram...keh3... nak tergelak pun ada tengok aksi dia masa teruja tu... kita nih takut ayam tu patuk je..tapi dia takut pun tidak....ihikkkk.....




Tak lama lak nampak kelibat seekor arnab... rabbit kata Syahmi...ehehhehehe... duk melompat-lompat dan menyorok kat balik pasu bunga mak... rupanya rabbit tu umah jiran yang punya tapi suka sangat datang ke rumah mak cari makan dan berehat...sebelum nih dah beranak kat belakang umah... ihikk...ambooiiii pandai lak rabbit nih ye... time tido dia balik umah tuan dia... sekali lagi Syahmi belajar pasai rabbit pulak.... dia nak kejar pulak rabbit tu...eehhehehhee.....





Pastu ada pulak sekumpulan lembu berlegar-legar tak jauh dari depan rumah... biasalah kat area rumah tu memang banyak rumput-rumput panjang akibat tanah yang belum dibuat rumah.. dan area situ memang ada orang bela lembu... hah sekali lagi Syahmi teruja tengok lembu pulak... ehehhehehehe.... embu embu katanya...ehehheheheh.. tupun ada hati nak keluar dari pagar umah tengok lembu dekat-dekat...ish ish ish..... no no no Syahmi duk sini je tau tengok lembu...ehhehehe...




Kemudian besoknya lak dia nampak kucing pulak... ehehhehe... gemar betui binatang-binatang nih datang kat umah sini... cari makanan agaknya.. bekejar dia sampai kucing tu lari nak menyorok bawah kereta....ehehheh..




Dan masa pegi ikut mak dan kakak gi Pasar Besar Batu Gajah beli ikan dan barang basah, kami singgah kat pasar minggu situ.. mak kata bawak Syahmi tengok orang jual anak ayam tu... so kami pun gilah depan apek yang jual ayam tu... ada 3 bekas besar berisi anak-anak ayam dalam tu... warhhhh Syahmi dah menjerit ayam..ayam... ehehhehe dia siap jolok-jolok ayam tu ... wakahahahha.... takut pulak apek tu marah tapi dia diam je tengok .... lama gak kami duk depan apek ayam tu... bila nak round tempat lain tarik Syahmi dia tak nak jalan... nak duk situ gak... laaa. ibu bosan le takkan nak duk depan anak-anak ayam nih lama-lama....alahaii... nak tak nak angkat dukung Syahmi dari situ... dia punya menjerit kuat giler satu pasar dengar... mak pun kata dia dengar...keh3... malu i tau....



Sementara tunggu mak beli ikan... masa tunggu kat situ si Syahmi nampak pulak semut kerengga.... kah3... emut emut... hah selalu tengok semut kecik je kan.. nih besar skit ... dia nak pegang le pulak... no no no nanti kena gigit sakit... ehhehehe... so dia tengok punya tekun dan asyik jelah semut-semut tu.



Jadinya balik kampung aritu Syahmi dapat belajar berbagai-bagai jenis binatang dan serangga yang dia penah dan tak penah tengok secara live. Kiranya dapat ilmu le dia...keh3... so bila simpan gambar dalam henpon ni tiap kali dia tengok mesti dia dah kenai muka dan nama binatang-binatang tu... alhamdullilah anak ibu dah pandai...

8/19/2010

Salam Ramadan Al Mubarak

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua... semoga Ramadan 1431H ini memberikan kita semua kenikmatan berpuasa dengan tenang dan aman. Semoga puasa kita semua dipenuhi dengan ibadah-ibadah yang berfaedah dan semoga puasa kita diterima Allah S.W.T. Amin...