About Me

8/04/2011

Ramadan

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Puasa adalah perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkannya puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.


Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai ibadat kepada Allah.


Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.


Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Dengan itu kita hendaklah berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.




Sumber : JAKIM

8/02/2011

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak






Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata dan perbuatan dan sebagainya. Semoga kehadiran Ramadan tahun ini akan menjadi yang terbaik untuk kita muhasabah diri dan mendapat keredaan Allah SWT.




7/11/2011

Macam iyer iyer jek....

Ibu suka tengok Syahmi duk diam-diam dan baca buku... tak kacau ibu wat kerja rumah.... baguih le anak ibu nih.... kalo hari-hari macam nih mau Syahmi cepat pandai dan dapat duk kelas lompat kut.... uiksss Syahmi baca buku apa tu???...








Meh ibu nak jengok tengok apa yang Syahmi baca tu? Ibu tanya tak jawab pung......Kusyuk ya amat nih.... konpius ibu... meh ibu terjah dekat sikit lagi.....







Laaaa......





























ingatkan baca buku Doremon rupanya lena di ulit intan anak ibu nih... patut le senyap dan kusyuk bagai.... ehehehehhehee....

Aktiviti hari cuti

Sabtu dan Ahad tak kemana sangat.... pagi kami keluar gi alamanda je beli barang umah. Maleh nak keluar ke Floria dengan ramai-ramai orang... lagipun Syahmi kang wat leceh nak suh dukung lak... adesss.....bukannya nak duk dalam stroller lama-lama.....


Ibu asik dengan melayan korean drama Personal Taste lakonan Lee Min Ho itewww..... tak sabar nak tau kisah yagn seterusnya kat tv8 kan so.. ada byk masa terluang dihabiskan dengan melayan citer nih... best gak... sedikit romantik..sedikit lucu.... bila dah tengok susah pulak nak tutup...ahaksss..... tapi kena stop gak time nak masak dan wat keja rumah sekejap... kendian sambung semula... layannnnn.....




7/06/2011

Lactogen Berwajah Baru

Wajah lama





Wajah baru





Syahmi minum susu Lactogen je ... tak mampu ibu dia nak beli susu mahal-mahal dah le minum susu banyakkkkkkk...eheheh...ada cuba beli susu Enfagrow sekotak sekali tapi Syahmi lak memilih takmo minum... dah membazir alahaiii.... alhamdullilah ibu syukur sangat-sangat Syahmi nyer tekak leh masuk susu sederhana harganya ini....



Dulu susah sangat nak tengok susu Lactogen masuk dalam iklan televisyen... lately ada gak... okla kira glamer la jugak susu yang Syahmi minum ni...tapikan bila dah popular nanti sah-sah harga susu nih pun makin meningkat naik... memang naik rupanya.....



Baru-baru nih Lactogen dah bertukar wajah... maksudnya tukar 'packaging'... dan ada kandungan tambahan DHA + L Comfortis... apa benda tu? Nanti nak google dulu ye... ermm... aritu balik Ipoh masih boleh dapat harga murah di kedai ubat China... tapi lepas nih gerenti tak dapat le rega yang murah macam sebelum nih...



Hari Sabtu lepas singgah Darussalam ada promosi Lactogen 3 untuk 1.3kg berharga RM23.99... wahhh sangat murah tu... tapi disebabkan sebelum tu dah beli 1 tin... saja beli 1 kotak je dulu.... harga biasa dalam rm30** . Kadang-kadang harga kat kedai Darussalam nih ada yang lebih murah daripada Mydin dan K4... tapi bukan semua barang la... kita kena survey selalu... ehehehhe... bukan apa kalo dapat beli yang murah di depan mata beli ajelah kan... tapi kalo tak ada pilihan terpaksa le gak beli yang mahal.... nak wat camner kan....



Harith dah besar.. yeyyy....










Kejap je Harith dah besar.... ehehhehe.... bukan le besar mana pun baru menjangkau 2 bulan umurnya ye....alhamdullilah badan pun bertambah gebus.. i likeeee..... minum susu mama banyak-banyak tau.. cepat lagi gebu dan gebu ye... ihikkk...


Hujung bulan yang lepas opahnya si Harith mengadakan kenduri kesyukuran untuk cucu sulung nya itu dan juga sambutan hari jadi untuk seisi famili yang hari jadi jatuh pada bulan Jun. Bab makan-makan memang semua like kan.... ehehehehhehe....




Pandai Harith ye menangis takmo duk dalam buaian unik rekaan opahnya itu... kah3..


Pulut kuning, ikan kering, sambal belacan dan ulam-ulaman




Rendang tok masakan opah Syahmi... memang sedappppppp



Pulut kuning bertakhtakan anggur dan cilipadi





Interprem jap ye...

7/05/2011

Tips Membersihkan Bunga Hiasan Tiruan

Masa tengah google tadi terjumpa artikel berkenaan tips membersihkan bunga hiasan tiruan... bagus gak nih... nak raya-raya nanti leh le para surirumah cuba dan dapat membersihkan bunga hiasan menjadi cantik dan berseri dan juga menjimatkan duit daripada nak beli bunga yang lain pulak kan....ihikkk..... bukan kedekut tapi berjimatttt....



* Masak air bercampur sedikit garam kasar hingga mendidih

* Tuang air yang sudah suam ke dalam baldi dan campur dengan cecair pencuci

* Rendamkan bunga selama 1 hari




* Angkat bunga dan gantung dalam keadaan terbalik. Kotoran yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan. Pancutkan air dengan menggunakan paip getah




* Jemur bunga dalam keadaan terbalik dan sembur dengan penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan pakaian yang diseterika




* Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semula




Selamat mencubaaaaa.....