About Me

2/23/2010

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Kita

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, bunga raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, bunga raya terus digunakan sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti dan hibrid telah dihasilkan. Dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan bergada.
** Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

Gambar yang kat bawah nih pulak bunga raya yang datang dari Ipoh. Eehheheh....
patut-patutnya pokok bunga raya nih bawak balik bulan lepas tapi disebabkan terlupa tertinggal le ia selama sebulan lebih. So balikcuti kali nih mak dah letak dekat ngan kereta supaya tidak terlupa lagik. Masa bawak balik pun dah tumbuh kuntum tu cuma lum berkembang jelah. Nanti nak kena tukar pasu besar skit.
Aritu masa Syahmi demam ada terbaca dalam internet daun bunga raya ni elok untuk kurangkan panas badan, so tu yang mintak mak sepokok. Nak petik kat Putrajaya nih takut gak kang tak pasai-pasai kena saman. Eheheheh... mana le tau....
Semalam pagi bunga raya nih dah stat berkembang... cantik nyer kata Syahmi...ehehheheh.... suka lak tengok kan... tapi tak lama le dia kembang pagi tadi bangun pagi tengok dah gugur...ehehheh.... tapi takpe ada satu lagi kuntum lum kembang.... yang penting daunnyer tu...ehheheheh.... dah lama balkoni tu tak dihijaukan ngan pokok-pokok... takpe pelan-pelan pasnih ingat nk carik sepokok dua wat hiasan dan kehijauan mata memandang...ecewahhhh.....


Bunga raya kembang mekar


Seperti biasa model yang x asing lagik....

Tiada ulasan: