About Me

3/01/2010

Panas

Sejak akhir-akhir ini cuaca panas sangat. Cuaca panas ginih kita kena minum banyakkkkkk air masak kan sebab kita mudah 'dehydrate'. Demam, batuk, selesema dan pelbagai penyakit pun mula berlaku akibat cuaca dan kurangnya air dalam badan. Nak kena memotivasikan diri untuk minum air lebih banyak dari selalu nih.... cayhok..chayok !! Batuk dari aritu tak hilang...ubat batuk dah berbotol minum... strepsils pun dah makan.... tapi batuk lambat benor nak ilang... sekali minum ais hah.... padan muka kong kong le balik batuk...ehhehehehe....nih dah selesema lak datang.... cepatle sembuh hendaknya....
Kat rumah pasang kipas laju pun tak terasa. Syahmi berpeluh-peluh tido malam dan asyik kerap terjaga sebab dahaga, mintak susu. Ada hujan turun membasahi bumi tapi tak lama... cuaca panas sangat sampai tak terasa kelembapan air hujan tu. Nih ujian Allah SWT pada kita agaknya.... apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.... mudah-mudahan sedikit masa lagik akan kembali asal kepada cuaca yang sederhana ....
Time-time ginih bil elektrik dan air pun makin melambung kan. Kipas kat umah 24 jam pasang. Mandi kerap lak untuk hilangkan panas badan. Kalo ada swimming pool kat rumah best skit... panas je terjun kolam...kah kah kah....... berangan jelah.... nak gi taman tema air mahei lak tu nak gi berendam hari-hari..... tak kuasa gitu...ehehheheheh.....
Melalui ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas dijangka akan berlanjutan sehingga suku kedua Mac ini. Mudah-mudahan ....

Tiada ulasan: