About Me

2/24/2011

Potty Training

(Gambar hiasan)








Dah dua minggu melatih Syahmi buang air kecil dan besar di tandas. Minggu pertama gagal kerana masih lagi dia tak dapat menserasikan diri tanpa pampers. Ehehehhe... terbabas akhirnya ibu terpaksa mengemop dua tiga kali sehari, dah basah seluar baru nak cakap. Adess..... tapi alhamdullilah minggu lepas sabtu dan ahad dia berjaya mengharunginya dengan jayanya tanpa perlu memakai pamper sepanjang waktu siang kecuali masa keluar jalan-jalan dan waktu tidur malam. Syabas beta !! Ehehehhe.... sikit masa lagi akan dikembangkan latihan supaya waktu malam dan keluar rumah jalan-jalan pun tak perlu pakai pampers okay!! Dapat le ibu jimat sikit ongkos beli pampers pasnih.... ihikkkk ihikkk.... Ibu suka sangat tengok Syahmi kelam kabut berlari ke toilet dan lekas-lekas bukak seluar akibat tidak tahan nak buang air kecil dan besar. Bangga rasanya Syahmi dah bijak buat macam tu sendiri.... alhamdullilah...


Ibu pun dah beli sehelai training pants dan 3 helai seluar kecik kat dia baru-baru nih... saja untuk bagi motivasi skit kat dia.... dan bagi dia serasikan dari sekarang mudah-mudahan sebelum dia genap 3 tahun bulan Mei nih, dia mampu 99% tak pakai pampers lagi.



Tapi kesian lak macam susah dia nak pijak atas tools dan duduk atas toilet tu.... ibu cadang nak beli pelapik toilet yang untuk budak kecik tu pasni... atau nak beli potty seat kat dia.... emm... nak cari nanti...tapi yang paling penting keselamatan dalam bilik air perlu diambil kira dan kena pantau le sama takut gak kalo licin ke apa kan... .. ehhehhehe... orait sapa-sapa yang tau tolong gitau nanti kat mana leh beli benda-benda tu dengan harga yang berpatutan ye......macam gambar pelapik bowl bawah nih my dear nyer... ehehheee...... beliiii...beli......beliiiiiiiiiiii....rasa cam terpanggil-panggil je sayup-sayup nih.... ihikk.....




Ada banyak info mengenai Potty Training nih kita boleh dapati daripada majalah-majalah mahupun internet secara online ... salah satunya http://www/babycenter.com.my



Chayok Syahmi!!!


Tiada ulasan: