About Me

8/19/2011

Berita Harian Online : 24 lebuh raya beri diskaun tol musim raya


Pengguna di sebanyak 24 buah lebuh raya di seluruh negara akan diberikan diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 % sempena sambutan dan cuti Aidilfitri serta Hari Kemerdekaan mulai Khamis (25/8 hingga 2/9/ 2011).

Lima lebuh raya iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Kulim - Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA) paling awal memberikan diskaun mulai Khamis ini.

Lebuh raya lain adalah Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH); Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Duta - Ulu Klang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) pula memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos ini.


Tiada ulasan: