About Me

8/07/2011

Periuk nasi oooo periuk nasi




Al kisah dijadikan cerita periuk nasi elektrik yang telah berkhidmat pada saya sejak 2003 telah menamatkan riwayat perkhidmatannya pada hari sabtu 6/8/2011. Uwaaaaa...... 9 tahun tu, memang sampai lunyai le tuan nya kerjakannya...tapi tetap nasi dan segala macam masakan penah di masak guna periuk nasi tu dulu sebelum kami belum beli dapur gas dulu.....kesan karat pun jelas kelihatan dan sekalipun di lap pun susah nak hilang....luaran je nampak buruk tapi service mantap!! ngeh3.....dan walaupun jenama tak semegah mana tapi fungsinya sangat bagus... memang berbaloi guna periuk nasi nih...sebelum ni ada hint periuk nih nak wassalam.. tapi lepas ejas-ejas skit boleh pulak on.... tapi rupa-rupanya dia nak suh gak tuan dia keluarkan sedikit peruntukan tambahan untuk beli periuk lain.. alahaiii..... sayang lak nak buang... tapi kena le gak buang daripada menyemak simpan dalam bilik stor nanti...ehehhe...





Sungguh haru biru dibuatnya bila periuk nasi rosak.....nak masak nasi guna periuk biasa tak berapa pandai... alahaii so tukar le menu kepada mee goreng basah je aritu....malas pulak nak pergi pasar ramadhan petang-petang nih, time cuti mesti ramai orang.. kalo nak pegi kena keluar awal skit patutnya... lagpun Syahmi pun baru je tidur kepenatan duk main macam-macam... kesian lak nak kejutkan dia... so berserah jelah makan mee goreng.... daripada tak makan apa langsung kan..kan..kan...





Pagi tadi kami keluar ke Carrefour dengan misi untuk membeli periuk nasi elektrik yang baru... kebanyakan di Carrefour dah abis stok untuk yang harga di bawah bajet kami iaitu bawah RM100... ehehehe... so kami terus ke Senheng untuk meninjau... sekali berkenan pada periuk nasi Cornell yang sama promosi seperti iklan Carrefour, dan kebetulan ada banyak stok lagi.. so rembat jelah dah harga pun memang berpatutan untuk member kad kan ...ngeh3...





Balik rumah bersih-bersihkan periuk tu dan try test masak nasi .... alhamdullilah so far okla periuk tu berfungsi....harap-harapnya periuk nasi ni pun akan cuba memberi khidmat yang terbaik untuk kami sekeluarga ye...





Adoiii ...lari bajet mokcik nihhh... huhuhuuuuu

















Yamada--- terima kasih di atas perkhidmatanmu selama ini...












Cornell.. selamat datang diucapkan..semoga dapat membantu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kami sekeluarga selepas ini...























Oppsssss... yang nih apa citer ????











2 ulasan:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya berkata...

kelakar x hengat,, bleh lak syahmi interprem ms last picture,,, periuk nasi penting wooo,, kita pun x gheti nak guna periuk biasa ,,tau basuh beras ,, air cukup,, on suis,, tau,,tau dah siap jerk,,ooops luper tekan kat depan tu,, (tu yg selalu luper,,,uhuks)

Fuuhhhh la la ..... berkata...

penting kan as... dah le perut jenis nak makan nasi jek... mana leh tahan kalo tak ade periuk nasi woooo...... kan kan kan......