About Me

12/12/2011

Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir


PUTRAJAYA: Orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.


"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kong berkata diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan. Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.


Beliau berkata kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).


Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.


Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.
"Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna," katanya.


AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. - BERNAMA



Tapikan, hari Sabtu aritu dah gi Pejabat Pos untuk renew lesen memandu yang sepatutnya tamat pada 16 Disember 2011. Sekarang nih renew untuk 1 tahun bermakna tarikh lesen mati untuk akan datang adalah 10 Ogos 2013 (iaitu mengikut tarikh lahir). Tapikan bayaran yang dikenakan adalah RM47... erk... masalahnya kerani kaunter tu tidak la pulak menerangkan dengan lebih jelas mengenai pertukaran ke tarikh lahir (walaupun dah sedia maklum) dan pembayaran yang dikenakan tu... nak tanya pun muka bengis macam apa je.... tapi tadi dengar kerani lelaki sebelah kaunter tu elok pulak dia terangkan pada sorang akak yang kebetulan renew lesen memandu gak.... tapi dengar sayup-sayup jelah masa tu..... Lepas nih ingat je tarikh harijadi, automatik terus akan ingat tarikh nak renew lesen memandu tau... ehehehehehhe.....




Bagi pemegang lesen CDL warga Negara yang tempoh pembaharuannya di antara tamat kuatkuasa lesen hingga tarikh lahir adalah di antara tarikh tamat kuatkuasa lesen hingga tarikh lahir adalah antara 12 hingga 18 bulan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan tersebut sekiranya tempoh tersebut kurang daripada 6 bulan di mana tarikh tempoh kuatkuasa lesen CDL mereka akan diselaraskan secara automatik mengikut tarikh lahir. Bagi penyelarasan tarikh tamat lesen CDL dengan tarikh lahir yang mana tempohnya melebihi 18 bulan tetapi kurang daripada 24 bulan, bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:



(a) RM30 bagi lesen kelas A, B dan C; dan Dimana RM20 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM10 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.


(b) RM45 bagi lesen selain kelas A, B dan C Dimana RM30 adalah kadar sedia ada bagi tempoh 1 tahun dan RM15 adalah bayaran bagi baki tempoh seterusnya yang melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan. (Saya adalah di dalam kategori ini kerana kelas lesen memandu adalah B2 dan D... jadi bayaran adalah RM45 termasuk RM2 upah pej pos)




Ilustrasi kiraan tarikh lahir dan amaun adalah seperti berikut: Dengan andaian tempoh sah lesen sedia ada ialah 20/02/2011 ~ 19/02/2012. Jenis lesen/ kelas ialah CDL kelas D. Tempoh pembaharuan yang di mohon ialah 1 tahun dan tarikh lahir pemegang lesen ialah 10/10/1980. Berdasarkan sistem sedia ada, tempoh sah lesen baru yang sepatutnya pada 20/02/2012 ~ 19/02/2013. Jadi perbezaan tempoh diantara tarikh tamat tempoh lesen baru dengan tarikh lahir seterusnya ialah pada 20/02/2013 ~ 10/10/2013 atau 7 bulan 20 hari. Dengan pelaksanaan inisiatif ini, fi yang dikenakan ialah RM30 bagi 1 tahun mulai 20/02/12 sehingga 19/02/13 dan fi RM15 bagi baki tempoh antara 20/02/13 hingga 10/10/13. Oleh yang demikian, tarikh tamat tempoh baru mengikut tarikh lahir pemegang lesen ialah pada 10/10/2013.


Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen memandu baru nih di http://www.myeg.com.my/BM/faq/driving-license-renewal_birthdate.html

Tiada ulasan: