About Me

4/05/2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI DAN MINGGU SETIAUSAHA !!

Setia + Usaha = Setiausaha


Mengikut Ensiklopedia Wikipedia :-

Seorang setiausaha merupakan pembantu pentadbiran sama ada dalam pejabat pentadbiran perniagaan, atau dalam kerusi kerajaan, seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara.

 
Gelaran di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Setiausaha eksekutif bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha, seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk majlis makan tengah hari.



Selamat datang April!!!
 
Seperti yang semua sedia maklum bulan ini sangat ditunggu-tunggu oleh semua warga setiausaha di seluruh negara.  Tak ketinggalan mokcik gak. Eheee...
 
Setakat ni dalam suratkhabar pun dah banyak iklan sempena hari dan minggu setiausaha yang akan diadakan di beberapa hotel yang terkenal.  Antara artis yang menjadi pilihan ialah Anuar Zain, Dato' Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Dato' Shake dan beberapa lagi artis yang terlibat. 
 
Dulu-dulu dapat gak can jumpa Ning Baizura dan Anuar Zain, oklah sekadar beberapa jam untuk berhibur dan heppi heppi... suka sangat kan.  Dapat lak jumpa Anuar Zain, waduhhh hensem weh. Ehehehehehe.......
 
Sempena bulan April ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Setiausaha kepada semua warga Setiausaha di Malaysia.  Semoga kerjaya kita semua diredhai Allah dan semoga kita dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen terhadap sebarang tugasan yang diamanahkan.
 
 
 
 
 
 
 
 

2 ulasan:

ZUERA berkata...

selamat hari setiausaha!!

Fuuhhhh la la ..... berkata...

thanks zura