Floria Putrajaya akan diadakan bermula 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012. Mehla beramai-ramai menyaksikan keindahan bunga-bunga kertas yang ceria dan menguja ini. Mesti cantik kan.... Ehehehehe.....
Dulu kat rumah Opah Syahmi banyak pokok bunga kertas ni, cantik ada pelbagai warna tapi lama-lama semakin banyak bunga-bunga jatuh ke tanah tu memang payah le nak sapu-sapu sekali bertimbun-timbun kan. Dulu rajin le tengah larat, sekarang dah takde..... setakat pokok bunga biasa je Opah tanam....ihikkk....
Tema Festival : Bunga Kertas - Tetap Menawan
Bougainvillea sememangnya sejenis tumbuhan dan bunga yang tidak asing lagi dalam kehidupan landskap kita. Ia mudah ditanam, dijaga dan dibiakkan selain mempunyai pelbagai kultivar dan hibrid yang indah dan menarik. FLORIA 2012 menampilkan Bunga Kertas dalam pelbagai rupa bentuk dengan gugusan bunga yang banyak, semarak, ceria dan terang warnanya. Tema ini menjelaskan walau pun tumbuhan ini telah diperkenalkan dan digunakan sejak zaman dahulu lagi tetapi penampilannya hingga ke hari ini TETAP MENAWAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan