About Me

1/30/2013

Mee Udang Kuala Sepetang




Hah... amacam? Terliur tak? Ehehhehe.... entri harinih tayang sikit gambo Mee Udang Mak Jah yang popular kat Kuala Sepetang ni.  Rasanya tak lama dulu ada masuk rancangan Majalah Tiga pasai Mee Udang Mak Jah ni.  Dah lama dengor dan tengok je gambo-gambo mee udang nih dari jauh kan.... so akhirnya dapat le jugak merasa mee udang yang disebut-sebut tu.     Kami semua dewasa je yang pegi, anak dara yang remaja-remaja tu semua duk rumah je. Elok le duk rumah ye, kemas-kemas dan masak apa yang patut ye. Ngeh3.......Yang bestnya mak aka opah Syahmi yang belanja kami semua... ehehehehhe... lagi le sedap kan.... ngeh3.....

Memula kami bertolak dari rumah ke Kuala Kangsar, saja jalan-jalan dan tengok pasar pagi kat sana... barang-barang boleh le tahan harganya... tapi rasanya pasar pagi Bota, Parit lagi murah dan berpatutan.  Eheheheh.....  Jalan-jalan sekitar pasar pagi, beli murtabak le, apam balik le, air kelapa le, putu bambu le.... kiranya semua yang kami beli lebih kepada makanan. Sebab barang-barang lain rasanya harga sama je macam kat Ipoh.  Eheheh....

Selepas dah kenyang sekadar alas perut, tiba-tiba mak ajak ke Kuala Sepetang makan mee udang katanya.  Wahhh..... bestnya harap-harap kedai Mak Jah tu tak tutup le hendaknya. Daripada Kuala Kangsar ke Kuala Sepetang tak jauh sangat lebih kurang 1 jam lebih je ikut jalan lama.  Tak susah sangat ikut 'signboard' tulis Kuala Sepetang, sampai dekat-dekat situ sepanjang jalan ada 'signboard' Mee Udang Mak Jah menunjukkan jarak kedai tu.  Untuk makluman sebelum tu pun ada banyak kedai menjual mee udang yang lain, tapi disebabkan nak gak cari Mee Udang Mak Jah yang glamer tu, kami terus je sampai jumpa kedai tu. 

Kedai Mak Jah nih bermula jam 12.30 tengahari, kami sampai dalam 12.05 tengahari, so kena le menunggu sekejap kan.  Kiranya kami orang pertama yang sampai situ.  Lepas dah dapat makanan tu, mula le satu demi satu kereta sampai ke tempat parking kedai Mak Jah nih.  Perghhh....... ramai giler orang mula datang semata-mata nak makan mee udang sini...  glamer  kedai nih weh..... 

Udang ada lebih kurang 7-8 ekor dalam setiap hidangan.  Ada lebih kurang 3 ekor yang besar dan yang lain kira sederhana besarnya.  Harga pun berpatutan sangat.  Selain mee udang berkuah, ada gak hidangan lain kuey teow udang, nasi goreng, udang goreng tepung dan pelbagai menu udang lain.  So far kami semua puas hati sebab dapat makan mee udang yang ada banyak udang nih... ehehhehehe...... kenyang.  

Layan gambo dulu ek.....






'Signboard' Kedai Mee Udang Mak Jah



Nasi Goreng Udang dalam sampan... ehehehhee



Mee Udang dan Kuey Teow Udang



Dua orang budak yang sedang asyik main games..



Kedai Mak Jah dari hadapan



 Berpatutan harganya... puas hati







Kepada peminat mee udang disyorkan berkunjung ke kedai Mee Udang Mak Jah ni.  Mudah nak cari kedainya, gerenti tak sesat.  Insya-allah ada rezeki kami nak gi lagi ke sana pasni.  Nak cuba order menu lain pulak. Ehehehhehe...... nyam-nyam.......


Tiada ulasan: