About Me

1/11/2011

Selamat Pengantin Baru Mak Ngah

Alhamdullilah kakak kedua aka mak ngah telah selamat bernikah pada 9hb Januari 2011 (Ahad) bertempat di Masjid Pengkalan Pegoh Lahat. Semuanya berjalan lancar walaupun pihak lelaki tersasar dari arah jalan ke masjid tersebut. Ehehehehhe...... lawak le pulak walaupun pengantin lelaki penah bertandang ke rumah kami sebelum nih... agaknya panik sampai lupa jalan datang. Wakakakkaka.... sori ye gurau jek !! Dengan bantuan eskot pihak perempuan akhirnya rombongan lelaki selamat sampai ke masjid dan majlis akad nikah bermula lebih kurang jam 11.30 pagi. Dimulakan dengan takzirah daripada Tok Kadi tentang tanggungjawab dalam rumahtangga dan kendian dimulakan dengan akadnya oleh pengantin lelaki. Alhamdullilah sekali akad saja. Ihikkk.....
Tahniah kakakku aka mak ngah kerana sekarang telah bergelar isteri dan emak kepada keluarga barunya. Selamat datang ke ahli keluarga Haji Nasir wahai abang ipar ku dan anak-anak buahku .... semoga hubungan sesama sedara kita akan bertambah erat dan rapat lagi selepas ini. Amin. Berjumpa lagi kita selepas ini di majlis kenduri pada 22hb Januari 2011 (Sabtu) yang akan datang. Banyak cerita dan gambar lagi akan menyusul selepas ini. Layannnnnnn........



Faten tengah menata rias tudung pengantin perempuan

Pengantin, ibu dan Syahmi

Hantaran dari pihak lelaki








Hantaran pihak perempuan

Tiada ulasan: