About Me

1/11/2011

Klinik 1 Malaysia


Pertama kali masuk ke Klinik 1 Malaysia --- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan pada hari Ahad lepas di Stesyen 18, Pengkalan. Kebetulan ibu dan Syahmi selesema dan batuk jadi kami singgah ke klinik ni dulu sebelum bershopping di Tesco. Tau pun daripada abang ipar yang dah pegi untuk dapatkan rawatan di klinik nih Sabtu aritu. Sampai je ada dua orang pesakit tengah menunggu... ermmmm tak ramai agaknya yang tahu kerana klinik nih pun baru je buka 4 hari yang lepas. Tunggu pun tak lama lepas tu nurse panggil... cek-cek tunggu kejap pastu amik ubat kat farmasi. Lepas kami nak balik tu nampak ada beberapa lagi orang yang masuk untuk mendapatkan rawatan kat situ....Okla tu.... cuma kena bayar RM1 je masa pendaftaran. Kat luar klinik tu dah siap tulis tidak menyediakan cuti sakit... so kepada sapa-sapa yang berniat nak mc tu tak dapat le nolong nye eh.... setakat nak amik ubat tu bole... harap maklum.... ehhehehehe...
Bagus juga kerajaan kita sediakan klinik 1 Malaysia nih... bantu pelbagai golongan khususnya golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan khidmat rawatan dan ubat tanpa perlu pergi jauh daripada tempat atau kawasan mereka.
Syabas PM!!!

Tiada ulasan: