About Me

2/14/2012

Kejohanan Lumba Basikal Asia di Putrajaya

Putrajaya telah terpilih untuk program Kejohanan Lumba Basikal Asia pada 14 hingga 18 Februari 2012. Makanya terdapat beberapa laluan di sekitar Putrajaya yang ditutup sempena dengan proram itu. Laluan berperingkat adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.



Ujian Kejohanan Berbasikal Asia: Persiaran Perdana ditutup


PUTRAJAYA 13 Feb. — Jalan Persiaran Perdana di sini akan ditutup bagi memberi laluan kepada 297 pelumba dari 29 negara Asia untuk menjalani ujian masa dan lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia.


Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya (PPj), Zaharah Salamat berkata, penutupan itu bermula esok sehingga Sabtu ini mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

"Jalan Persiaran Perdana akan ditutup bermula dari Dataran Putrajaya di Presint 3 (berhadapan Kompleks PPj dan Istana Kehakiman) melalui Persiaran Perdana menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Lebuh Gemilang, dan terus ke Presint 5 melalui Jalan P5 (jalan antara Kementerian Pengajian Tinggi/Kementerian Pelancongan dan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside),” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, pelumba akan berpatah balik dari Presint 5 ke garisan penamat di Dataran Putrajaya melalui sebahagian Lebuh Gemilang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Lebuh Sentosa sebelum memasuki Persiaran Perdana.


Katanya, pelumba akan meneruskan laluan di Persiaran Perdana dan berpatah balik ke PICC di persimpangan berlampu isyarat di hadapan Kementerian Kewangan.


Sehubungan itu bagi mengelakkan kekeliruan, beliau berkata pengguna digalakkan menggunakan laluan-laluan alternatif ke pejabat kerajaan iaitu Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tun Hussein Onn serta jalan-jalan lain yang berdekatan.


Bagaimanapun polis akan mengawal tiga lokasi lintasan untuk membantu pemandu kenderaan melintasi Persiaran Perdana iaitu persimpangan Persiaran Perdana/Kementerian Kewangan, persimpangan Persiaran Perdana/Lebuh Bestari (Menara Usahawan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan persimpangan Persiaran Perdana/Lebuh Setia (Wisma Tani/Kementerian Belia dan Sukan).


Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda sementara yang disediakan serta menggunakan laluan alternatif bagi melancarkan aliran trafik, kata beliau.

Tiada ulasan: