About Me

3/01/2012

Botol susu ooooo botol susu

Ibu sedang mencari botol susu dan bekas air yang sesuai untuk menggantikan botol susu yang sedia ada sekarang untuk hero kecik Syahmi. Syahmi tahun depan nak sekolah tadika jadinya ibu rasa elok la Syahmi guna botol susu yang agak sedikit 'matured' dengan umur yang bakal mencecah 5 tahun, tahun 2013 nanti. Dah berderet jugak le ibu belikan botol susu untuk Syahmi, tapi bila yang bukan berputing je mesti tak berapa berkenan, bila suh minum dalam gelas atau cawan pulak..minum susu nya sikit je tak abis... mungkin feeling semasa minum guna botol susu yang berputing tu lain daripada feeling minum guna gelas atau botol lain. Bila dah biasa guna botol gitu janggal pulak nak bertukar ke botol lain kan.... ibu faham... tapi Syahmi kenalah cuba dan cuba dan cuba.... Ehehehe......



Botol susu pun berwarna warni sekarang nih banyak kat pasaran... pilih aje mana yang berkenan di hati dan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak kita.....ibu pulak yang rambang mata nengok..keh3.... ibu doakan Syahmi bekenan le hendaknya bila ibu beli yang baru nanti ye....













Botol susu tupperware yang diguna sekarang









Botol MAM sekali dua je dia minum pastu terus tinggal.... mahei tu Syahmi ooiiii....












Botol Tommi Tippee yang ibu baru beli... tak tau le macamner pulak penerimaan Syahmi dengan botol nih....nih beli sebab ada sales....ehehehhee









Sesiapa yang berminat nak beli barangan anak-anak tu boleh le jengok kat http://www.mybbstore.com dan ini juga http://www.littlewhiz.com/ . Ada sales yang menarik kat situ....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2vrxzIOWYbU

video ni hak milik utube...sapa2 pun bole amik...hik
thanks singgh my blog