About Me

2/23/2012

Ekspo Buku Islam 2 Putrajaya




Dapat info mengenai Ekspo Buku Islam daripada Rin aritu... terima kasih Rin...... ada peluang dan kelapangan boleh le kita ramai-ramai menjengah ke Ekspo tu nanti... tengok gayanya ramai gak penceramah2 yang hebat dan terkenal akan datang ke sana nanti.... mesti menarik kan...


Mengapa anda perlu datang ke Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya ?

Semua buku-buku terbitan penerbit-penerbit buku Islam terkenal tanah air boleh didapati di dalam 1 bumbung.

Kami menerima pembelian buku melalui baucar buku 1Malaysia

Pelbagai aktiviti menarik daripada stesyen TV 9 dan IKIM.FM bakal diadakan

Aktiviti bersama ikon-ikon penulis seperti Ustaz Dr. Zahazan Mohamaed, Prof. Dr. Muhaya, Fatimah Syarha dan ramai lagi.

Aktiviti bersama 10 orang DJ IKIM.FM

Kawasan parkir yang luas di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), kawasan parkir bersebelahan Istana Kehakiman dan tapak pasar tani Putrajaya

Kemudahan asas lain seperti mesin ATM Maybank dan surau berada berdekatan dengan dewan ekspo.

Bual bicara bersama artis terkenal.

Sebagai satu sokongan ke atas program yang berunsurkan Islam dan ilmu, sekiranya ekspo ini berjaya penganjur akan menganjurkannya setiap tahun.

Salah satu sumbangan anda dalam menyemarakkan industri buku Islam di Malaysia.

Meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Program pelancaran buku dari penerbit-penerbit buku terkenal tanahair.

Persembahan oleh kumpulan nasyid.

Sesungguhnya jika anda letih dalam melakukan kebaikan, keletihan itu akan hilang tetapi kebaikan yang anda lakukan akan kekal selama-lamanya.

Maklumat lanjut boleh layari http://ekspobukuislam.com/

Tiada ulasan: