Bila teringat ayat nih rasa lawak dan sangat nak tergelak......sebab..........????? Ayat yang keluar daripada mulut Syahmi setiap pagi bila ibu gerak untuk bangun pagi mandi dan bersiap....ayat yang mula-mula keluar daripada mulut dia bila terjaga dari tidur dan terbuka mata dia....
"Ibu, saya tak nak pegi sekolah baruuuuuu.......... "
Syahmi memang berat hati dan dia tak seronok nampaknya bersekolah di tadika barunya. Mungkin sebab faktor bangun awal dari biasa... kena mandi awal.... tak biasa dengan cikgu dan kawan-kawan sekelas yang baru... atau dia takde kawan baik macam taska lama dulu..... lagipun dia daripada 3 bulan duk kat taska bawah tu... mungkin environment dah berbeza, dia susah nak adapt lagi.....ermmm.... sian anak ibu nih..... Kalo dia tengok balik gambar kat kamera dan laptop masa taska lama, dia suka sangat sambil sengih panjang duk sebut nama sorang-sorang kawan baik dia..... Naufal, Danish Lam.... dia suka sebut nama kawan berdua tu... katanya dorang suka main ngan dia....ermm.. sayu pulak rasanya bila dia macam nih...
Syahmi asyik takde mood je pagi-pagi.... petang balik sekolah jek mesti dia tanya ibu dia arinih sekolah tak? esok sekolah tak ibu? hari apa yg tak sekolah ibu? Ehehehehhehe.... nak tak nak ibu nyer kena le jawab dengan penuh berhemah dan manis mulut... kalo tinggi suarat kang sentap pulak... merajuk..... adeshh.... sangat sensitif gak anak teruna daku ini..... memang mencabar rupanya mendidik dan melayan karenah anak bila dorang semakin membesar... padahal nih baru 5 tahun... panjanggggggggggggggg lagi masa kan.... sabar jelah ibu......
Masa hari pertama dan kedua dia sangat cool dan ok... tapi bila hari ketiga dia mula cakap tak nak ke sekolah baru. Alahaiiii...... mintak sepupu dan mak sedara dia advise kan pun tak jalan.... dia asyik kata tak best sekolah baru. Ehehehe..... memang sangat mencabar minda dan emosi ibu nih. Pujuk le gak dengan bawak mandi kolam.... jalan-jalan.... makan keropok.. main games.... dapat le skit convincekan dia untuk gi sekolah baru....
Pagi nih alhamdulilah masa ibu gerak pagi tadi.. .automatik dia bangun pagi tanpa sebut ayat favorite dia tu... ehehhehe terkejut gak ibu nih... bagus pulak anak aku nih bangun tak bebel-bebel...... sambil mata pejam tu duk lagik bersila atas tilam.. usap2 mata.... jengok pulak luar tingkap " Ibu... gelap lagi le macam malam je"... adeshhhhh ada-ada jelah ko nih Syahmi...... suh bukak seluar dan baju pun dibuatnya dengan rela hati tak macam semalam dan sebelum nih..... dia terus masuk dalam kolam mandi dia tu.... duk diam lama dalam bilik air.... ibu memang dah sediakan air mandi suam kat dia tiap-tiap pagi, aritu kena je air sejuk sangat dia nangis tak nak mandi pagi.... adehhhh.... layan le gak sementara waktu nih kan... nanti da biasa mandi le air sejuk ye!
"Ibu... saya tak nak pegi sekolah baru". Aduhaiiii..... ingatkan dah ok rupanya ada gak ketidakpuasan hati dia tu lagi. Eheheheheh... tapi oklah daripada sebelum nih, sekurang-kurangnya nampak perubahan dia... daripada susah nak bangun pagi sekarang dah ok skit....
Tapikan bila ibu perhatikan, Syahmi nih kat rumah je dia duk sebut tak nak ke sekolah baru... bila ibu ambik dia balik dari sekolah petang dia siap nyanyi-nyanyi dan sengih lagik. Rasanya sebab nak kena bangun awal skit dari biasa dan mandi pagi yang buat dia bagi alasan tak nak ke sekolah baru agaknya....... ermm... apa-apa pun harapnya esok lebih baik daripada harini.... harap-harap Syahmi akan ke sekolah baru dengan perasaan berbunga-bunga dan gembira seperti kawan-kawan lain...... nih baru 12 hari dia bersekolah di tadika baru.... biasanya dalam masa 2 minggu ke atas mesti dah ok. Harap-harapnya le.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan