Entri hari ini sebenarnya adalah percutian kami ke Melaka pada hujung tahun lepas. Ehehehe.... baru ada masa skit nak upload dan story mory kat blog nih. Kami menginap kat chalet di Pengkalan Balak, Melaka. Kebetulan cuti sekolah masa tu, kebanyakan chalet semuanya penuh, tapi mujurlah ada gak yang masih kosong. Tapi chalet nih jauh skit le daripada tepi pantai, tak macam chalet lain yang keluar kaki daripada chalet je dah cecah pantai... macam kami kena seberang jalan baru jumpa pantai. Tapi so far oklah... kiranya 2 tahun lepas pun kami pernah menginap kat chalet Angin Laut nih. Masa tu Syahmi baru 2 tahun, rasanya ada gak citer kat blog nih.... (kena selak post lama).
Masa nampak pantai dan laut pun skang dia dah pandai ingat nak mandi laut dan main pasir. Ehehehehhe...... daripada dalam perjalanan duk pot pet tanya ...penat ibu ngan ayah nak jawab tau...... Tapi ibu dalam diam-diam dah prepare toys dan baju mandi Syahmi... lalalalala.....
Kiranya percutian 3 hari 2 malam nih sangat menyeronokkan Syahmi. Hari kedua dan ketiga sebelum balik sibuk duk cakap nak mandi laut. Ehehehe.... mandi sampai kecut tangan dan kaki abihs... amik ko!...
Makan malam seafood yang fresh kat restoran Nelayan Sg Baru..... jalan-jalan sekitar Bandar Hilir... Pantai Klebang... Pantai Puteri .. dan merata-rata ayah bawa seolah-olah macam jadi pemandu pelancong kami lak... ehehhehe.....
Kiranya penutup tahun 2012 berjaya melangsaikan misi untuk percutian bersama keluarga. Alhamdullilah....... lain kali ada rezeki kita berjalan lagik....... yeahaaaaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan