Sumber : Harian Metro Online 28/10/2013
Kuala Lumpur: AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) mengadakan kempen turun harga membabitkan lebih 4,000 barangan sempena sambutan ulang tahun pertama di semua stor pasar raya itu di seluruh negara dengan nilai penurunan bergantung kepada jenis barangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Nagahisa Oyama berkata, kempen itu menawarkan harga lebih rendah atas barangan harian seperti makanan mentah dan sayuran sekali gus membantu mengurangkan beban pelanggan dalam perbelanjaan harian mereka serta menikmati nilai barangan yang hebat. “Potongan harga kami boleh mencecah hingga 70 peratus ke atas barangan terpilih apabila kami ingin terus membantu pelanggan dalam penjimatan berbelanja terutama menjelang musim perayaan,” katanya pada satu kenyataan di sini, baru-baru ini. Kempen Karnival Ulang Tahun Pertama AEON BiG akan berlangsung mulai 25 Oktober hingga 5 Disember ini bertujuan meraikan penubuhan rangkaian pasar raya besar itu di Malaysia sejak setahun lalu selepas mengambil alih 26 buah pasar raya besar dan pengurusan Carrefour serta pembukaan dua lagi cawangan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan Kluang, Johor. Bersempena kempen itu, pelanggan akan menikmati promosi istimewa, hadiah, cenderahati dan aktiviti di samping penganjuran program amal warga kerja AEON BiG bersama komuniti setempat seperti penanaman pokok, kempen derma darah, sarapan ilmu bersama pelajar sekolah dan aktiviti gotong-royong.
“Kami turut akan memperkenalkan kad keahlian Aeon Big pertama di mana pelanggan dapat menikmati rebat dan manfaat besar dengan setiap wang yang dibelanjakan di stor AEON BiG di samping tawaran produk Tovalu dengan kualiti, dan harga nilai yang tiada tandingnya,” katanya. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti peraduan Padan dan Menang (25 Oktober-5 Disember 2013), pemberian beg Terima Kasih (1-3 November 2013), Eco Beg Edisi Terhad (9,16, 23 November 2013), tawaran istimewa kad hadiah (22 November - 24 November 2013).
Amacam geng??? Apa lagi...sila lah ke AEON Big yang berhampiran ngan kita tu!!! huhuhu.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan