Rasanya semua dah tau kan....Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.9/2013 telahpun keluar pada awal bulan Oktober mengenai PEMAKAIAN TWO/THREE - PIECE PANT SUIT BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA.
Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan yang membenarkan pemakaian two/three - piece pant suit bagi pegawai awam wanita semasa bekerja.
Suka le semua pegawai awam wanita kita nih kan... termasuk le tuan punya blog ni kan...kan...kan..... hehehehe......
Saja nak citer harinih masa turun beli kuih kat minimart tadi dah terserempak dengan beberapa pegawai awam wanita yang memakai 2/ 3 piece pant suit nih.... ermm oklah Nampak smart ..bergaya... tapi kan yang tak berapa smart tu....ada gak yang memakai seluar slack yang agak ketat...ermm.... dah bagi kemudahan jangan le kita salah gunakan pulak ye..pakai aje yang loose-loose senang nak bergerak dan mudahkan le apa yang dipermudahkan untuk kita ye...ihikkk
Boleh le shopping pant suit pasnih...jom shopping!!
labuh menutup punggung...
sesuai dengan I yang berpuluhan tahun ini kan. ehhehehe.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan