About Me

11/01/2013

Salam Awal Muharam

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.  Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah.  Namun tahun Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
 
 
Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
 
Sayugianya pada hari terakhir bulan Zuljijjah dan pada 1 Muharram dibacakan doa-doa yang berikut :
 
1.  Doa akhir tahun dan awal Muharram
 
2.  Selepas solat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan.  Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya,  akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki..  Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.
 
 
 
 
 
                              
 
 
 
 
Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram pada tahun baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya,  Siddiqin,  Aulia Allah dan orang-orang Solihin.
 
Marilah kita hayati lirik lagu ini..
 
 
Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 3x
 
Selamat Menyambut Awal Muharram 1435H.





Tiada ulasan: